Ikatan double uni knot ini lebih merujuk kepada ikatan penyambungan dua tali. Dengan ikatan penyambungan double uni knot ini anda boleh menyambung sama ada dua jenis tali yang sama jenis (tangsi atau benang), tali yang berlainan jenis, tali yang sama diameter atau berlainan diameter. Ia boleh dianggap teknik ikatan sambungan yang paling basic untuk dipelajari.
LANGKAH 1
Tindankan tali utama utama dan perambut dengan bahagian hujung masing-masing berlawanan arah.
LANGKAH 2
Pegang di bahagian tengah pertindihan dua tali dengan tangan kiri atau tangan kanan sekiranya anda kidal.
LANGKAH 3
Buatkan satu pusingan atau lingkaran dengan tali perambut dahulu.
LANGKAH 4
Kemudian lilitkan bahagian hujung perambut pada lingkaran tali benang dan perambut. Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan.
LANGKAH 5
Tarik hujung perambut dan perambut sehingga terbentuk satu simpulan perambut pada tali benang.
LANGKAH 6
Pegang simpulan yang terhasil dari dengan tangan kanan dan lakukan perkara yang sama pada LANGKAH 3 dengan menggunakan tali benang.
LANGKAH 7
Buatkan lilitan lebih daripada 5 kali kerana tali benang lebih senang untuk dibuat lilitan.
LANGKAH 8
Tarik bahagian hujung tali benang dan benang utama sehingga terbentuk simpulan pada perambut.
LANGKAH 9
Dua simpulan yang terhasil… lepaskan bahagian hujung kedua tali dan tarik kedua-dua tali utama serentak.
LANGKAH 10
Apabila kedua-dua simpulan bertemu, tarik lagi hingga seketat mampu yang mampu.
LANGKAH 11
Potong lebihan kedua hujung tali dan penyambung tali telah pun sempurna.