Ikatan double San Diego jam knot merupakan ikatan san diego jam knot yang dipertingkatkan.
Yang pasti, sekiranya anda sudah biasa dengan san diego jam knot maka ia sama sekali tidak mendatangkan kesukaran untuk melakukannya.
Langkah 1
Ads
Lipat dua hujung tali perambut dalam anggaran sejengkal. Kemudian masukkan pangkal lipatan ke dalam cincin mata swivel atau mata kail.
Langkah 2
Ads
Mulakan lilitan pada tali perambut (tali yang dikembarkan dua kali) sekurang-kurangnya lima lililtan. Kemudian masukkan hujung lipatan tali ke dalam ruang antara tali masuk dan keluar dari swivel.
Langkah 3
Ads
Kemudian bawa pangkal lipatan tali itu dan masukkan ke dalam gelung pertama yang terhasil dari lilitan yang dihasilkan.
Langkah 4
Tarik perlahan-lahan gelung pangkal lipatan tali serta tali utama agar jerutan ikatan terbentuk. Kemudian tarik sehingga betul-betul ketat pada cincin swivel. Kemudian barulah potong lebihan tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin beri perbezaan ketara antara ikan pari dengan ketuka? Kadang-kadang saya konfius kerana menyangka ikan ketuka ialah anak pari.
JAWAPAN:
Walaupun mengenal ikan boleh dikatakan perkara asas untuk memancing tetapi percayalah masih ada yang memerlukan penjelasan mengenai perbezaan spesies ikan yang ada di Malaysia.
Kita akan berbicara tentang perbezaan antara spesies pari dan ketuka memandangkan masih ada yang beranggapan bahawa ketuka itu ialah anak kepada ikan pari walaupun ia sebenarnya bukan.
Ada 2 perbezaan ketara yang boleh membezakan kedua-dua spesies ini iaitu saiz dan ekornya:
Ekor
Ini adalah perbezaan yang paling ketara untuk menentukan beza pari dan ketuka. Tidak seperti spesies pari yang berekor panjang (kecuali pari kelawar), ketuka hanya mempunyai ekor yang pendek sahaja, iaitu kira-kira sejengkal dari jari manusia. Namun harus diingat kedua-dua spesies ini mempunyai sengat yang sama di pangkal ekor. Oleh itu sentiasalah berwaspada ketika mengendalikannya.
Saiz
Umum tahu bahawa ikan pari mempunyai saiz yang besar berbanding ketuka. Ketuka sememangnya sejenis spesies yang tidak membesar seperti ikan pari. Menurut pengalaman peribadi penulis, ketuka yang paling besar pun sekitar 500 gram sahaja, tidak seperti pari yang mampu menjangkau saiz puluhan kilogram.
Sampan fiber atau kayu mempunyai kelebihan tersendiri yang mana kedua dua jenis bot ini mempunyai daya apungan di atas air mengikut rekaan kapasiti tanggungan beban muatan sesebuah bot. Maksud bebanan adalah bebanan kapasiti berat pemancing dan berat sesebuah enjin sangkut yang menjadi nadi penggerak kepada sesebuah bot.
Berat kedua-dua elemen ini perlu diambil kira kerana berat yang berlebihan akan menjadi tekanan kepada bot apabila menampung berat dalam satu-satu masa. Kesesuaian di antara sampan dengan enjin sangkut perlu di titik beratkan kerana padanan yang sesuai banyak mempengaruhi soal keselamatan, penjimatan bahan bakar dan penjimatan masa.
Berkata soal keselamatan, adalah tidak wajar bagi fiber 10 kaki disumbatkan enjin sangkut 30 kuasa kuda. Padanan begini boleh mengundang risiko walaupun bot masih mampu timbul di permukaan air namun bebanan enjin seberat 50 hingga 60 kilogram dan ditambah lagi dengan penumpang maka tampungan beban bot akan melebihi kapasti sebenar.
Kelajuan yang boleh dicapai dengan padanan sebegini boleh mengundang padah apabila throttle dipulas habis kerana ia mampu mencecah 15knot dan apa saja boleh berlaku dengan kelajuan sedemikian di laut, tasik atau sungai.
Kemalangan seperti bot terbalik atau terlanggar kayu akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan kelajuan mengikut keperluan sebenar. Ini adalah anggaran mengikut kesesuaian tampungan sesebuah bot dan janaan tenaga penggerak enjin sangkut dalam satu-satu masa.
Contoh di atas boleh diguna pakai kerana kebiasaannya bot direka hanya untuk menampung berat mengikut kapasiti jisim yang telah dikira secara tepat Kiraan di atas adalah untuk rekreasi memancing dan bukan bertujuan untuk perlumbaan sukan air.
Ada pemilik bot memasang enjin sangkut melebihi kapasiti sebenar bot untuk tujuan tertentu namun bagi kaki pancing perkara pertama yang perlu diambil kira adalah keselamatan dan selebihnya barulah melihat aspek kelajuan sesebuah bot.
Kuasa tinggi yang ada pada enjin bot mampu memberi kepuasan kepada pemandunya dan pemancing lain untuk beralih dari satu lubuk ke satu lubuk.
Selain itu, padanan kuasa yang ada pada enjin tersebut mampu menolak bot menyusuri laluan mengikut kehendak pemandunya dengan lancar dan dapat menjimatkan bahan bakar.
Apungan mengikut kapasiti akan mengurangkan tekanan kepada bot untuk bergerak dan ini akan menjadikan perjalanan akan menjadi cepat dan lebih menjimatkan.
Ambil pemukul telur dan letak di penghujung joran. Sebaiknya pastikan pemukul telur dapat diikat pada joran di antara dua cincin.
Ia bertujuan bagi menghalang alat pemukul telur ini menggelongsor turun atau naik. Ikat dengan ketat dengan menggunakan cable tie bagi menghalang pemukul telur itu melurut dan tercabut ketika proses melepaskan gewang yang tersangkut.
Penyelamat gewang ini bolehlah digunakan untuk melepaskan gewang yang tersangkut pada reba di dalam atau pada batang pokok yang tidak dapat dicapai dengan tangan.
Penyelamat gewang ini tidak perlu disiapkan terlebih dulu di rumah. Tentu korang malu untuk membawanya pergi ke mana-mana trip.
Sebaiknya bawa saja alatan keperluan tersebut di dalam beg memancing. Apabila berlaku kejadian gewang tersangkut di atas pokok, barulah jadikannya sebagai alat penyelamat gewang.
Joran 2 pieces yang telah rosak juga boleh digunakan sekiranya tiada joran 1 piece. Tapi pastikan anda bawa sellotape bersama bagi menguatkan sambungan joran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...