Terdapat pelbagai cara atau teknik ikatan sambungan mono leader ke tali utama (tali sulam).
Ikatan braid to mono ini merupakan ikatan yang mudah kerana hanya disambung secara simpulan tetapi sangat kuat untuk kegunaan pancingan laut dalam.
LANGKAH 1
Buatkan Duncan Braid Loop (atau apa sahaja ikatan simpulan mati) pada tali sulam dan potong lebihan tali sulam tersebut.
LANGKAH 2
Ambil tali mono (atau perambut) yang hendak disambungkan dan letakkan simpulan tali sulam ke atasnya.
LANGKAH 3
Pegang simpulan tali sulam dan lakukan lilitan biasa pada tali mono.
LANGKAH 4
Lakukan lilitan sebanyak 15-20 kali (lagi banyak lilitan maka lagi kuat sambungan yang akan dihasilkan)
LANGKAH 5
Setelah selesai melakukan lilitan, masukkan hujung mono ke dalam gelung tali sulam.
LANGKAH 6
Pegang tali mono dan hujung tali mono pada sebelah tangan, kemudian tarik tali sulam perlahan-lahan (pastikan hanya tarik tali sulam)
LANGKAH 7
Pastikan hasilnya jadi seperti ini dan basahkan simpulan ini dengan air. Jika ikatan tersebut bergumpal maka ia diperlu diulangi prosesnya.
LANGKAH 8
Tarik dengan kuat kedua-dua tali ini hingga kelihatan lilitan tali mono ke atas lilitan tali sulam dan mono.
LANGKAH 9
Tarik sekuat mungkin hingga lilitan terkumpul pada satu tempat sahaja. Kemudian bolehlah potong lebihan tali mono.
(Saksikan juga cara ikatan ini melalui video yang disertakan)