Kita gunakan kili supaya ia bertindk sebagai penghenti gelongsoran batu ladung sepanjang tali sehingga ke mata kail, dan kita mahu ia menghindarkan masalah tali berpintal.
Untuk tugasan pertama itu, kili jarang gagal jika ia diikat dengan betul. Tetapi untuk tugasan kedua, terdapat darjah-darjah akan bagaimana ia memainkan peranannya dengan baik.
Kili bergalas bebola berkualiti tinggi sememangnya lebih mahal harganya dan lancar putarannya agar tali bebas dari berpintal.
Tetapi ketahanan dan kos harganya bergantung kepada gred logam tahan karat pada galas bebola tersebut.
Ads
Kili tembaga murahan berpadanan dengan kerendahan kualitinya, justeru kurang tahan, terutama dalam situasi yang agak kasar misalnya apabila memancing di perairan berarus laju.
Jika menggunakan teknik mata kail berangkai, umpan ikan biasanya berpintal, terutamanya di pantai berombak.
Jadi, masalah tali berpintal ini perlu diselesaikan. Pilihlah kili yang bagus putarannya.
Ads
Ia lebih bagus berbelanja lebih sedikit membeli kili yang berkualiti daripada perlu menukar tali pancing yang rosak.
Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!
MirrOlure 52M
Dibuat oleh Harold LeMaster’s dan Phil Shriner’s L & S Bait Company sekitar tahun 1950 sebagai antara gewang air masin pertama mereka, MirrOlure 52M sangat berjaya hingga digelar sebagai ‘Troutmaster’. Gewang ini datang dalam model shallow, medium dan deep running. Gewang tanpa bibir ini menghasilkan corak renangan yang menjadi kegilaan pemancing di Southeastern dan Gulf dan mampu menaikkan pelbagai spesies ikan.
Mold Craft Wide Range
Pertemuan antara Captain Peter Wright dan Frank Johnson dalam satu trip memancing di Cozumel, Mexico pada 1977 menjadi titik permulaan kepada pengenalan salah satu gewang trolling paling produktif dan menjadi revolusi awal kepada gewang soft head. Mold Craft Wide Range telah mencetak banyak rekod marlin termasuk tangkapan Atlantic blue marlin seberat 1189 lb menggunakan tali 80 lb. Gewang ini seterusnya menjadi model ikutan kepada rekaan gewang yang menyerupainya.
Gibbs Original Pencil Popper
Stan Gibbs merupakan salah satu pereka gewang yang terkenal selepas zaman perang dunia kedua, di mana pancingan air masin menjadi trend meningkat naik pada masa itu. Stan Gibbs memulakan syarikatnya pada tahun 1945 dan mula mendapat kepercayaan pemancing dengan inovasi ciptaan seperti Casting Swimmer, Polaris Popper dan Needlefish and Darter. Namun original Pencil Popper menjadi antara inovasi paling bermakna dan dikenali sebagai penangkap ikan sebenar. Gaya renangan sisi ke sisi dan sesekali gerakan atas bawah cukup menggoda dalam menaikkan mangsa demi mangsa.
Rapala Magnum
Senarai ini memang tidak lengkap tanpa dimasukkan salah satu gewang daripada jenama Rapala. Gewang ciptaan Lauri Rapala diperbuat daripada kayu balsa dan cukup popular. Rahsianya ialah mencipta gewang yang berenang sedikit ganjil berbanding renangan biasa daripada ikan kecil. Gewang Rapala diakui cukup popular hingga ke hari ini termasuk gewang untuk air tawar. Bagi pancingan air masin, gewang Magnum memang terbukti dari sejak dahulu mampu menaikkan spesies ikan yang mempunyai saiz yang besar.
Salas Jig
Salas jig telah menjadi kegilaan pemancing di West Coast kerana keupayaannya mampu menaikkan spesies seperti yellowtail, sea bass, albacore, tuna, barracuda, wahoo dan marlin. Jig besi ini direka oleh keluarga Salas sejak awal 1950. Model Light 7X sesuai untuk light jigging manakala model Heavy 6X dan 7X lebih efektif untuk jigging vertical atau yo-yo. Antara warna kegemaran pemancing ialah senorita, nacho dan mint sardine.
Slug-Go dan Fin S-Fish
Gewang soft plastic menjadi buruan ramai pemancing sejak 1980 apabila keupayaannya terbukti mampu menggoda pelbagai spesies ikan. Syarikat Herb Reed’s Lunker City Lures telah menawarkan 2 jenis soft plastic yang cukup efektif. Fin S-Fish merupakan sebuah gewang yang berbentuk ikan yang diguna pakai bersama dengan leadhead.
Gewang ini ditawarkan dari saiz 2 inci hingga ke 10 inci dan mampu menaikkan spesies seperti snapper hingga ke redfish dalam pelbagai kedalaman air. Bagi gewang Slug-Go (hijau) pula, soft-plastic ini mempunyai bentuk lebih nipis dan fleksibel dan selalu digunakan tanpa berat tambahan.
Storm Wildeye Shad
Terdapat sebuah lagi rekaan gewang soft-lure yang sangat popular sejak 8 tahun lepas iaitu Storm Wildeye Shad. Pada mulanya gewang ini dikatakan kurang efektif dan hanya mempunyai rekaan yang cantik dan tidak tahan, namun keberkesanannya apabila digayakan terbukti apabila menaikkan ikan dalam masa yang singkat. Gaya renangannya terbukti cukup efektif menggoda ikan menyebabkan gewang ini semakin mendapat perhatian di kalangan pemancing air masin.
Zara Spook
Pemancing tegar semestinya pernah mendengar terma ‘walk the dog’ dan gewang ini memenuhi apa yang dikatakan oleh terma tersebut. Rekaan asal James T. Heddon ini diperkenalkan pada awal 1920an, diperbuat daripada kayu dan diberi nama Zaragossa 6500. Pada lewat 1930an, gewang ini diinovasi menjadi Zara Spook dengan badan plastik namun mempunyai gaya renangan yang sama. Keupayaan Zara Spook terbukti apabila menaikkan banyak spesies seperti redfish, seatrout, snook, striped bass dan banyak lagi.
Perambut mata kail merupakan kelengkapan terpenting dalam pancingan air tawar terutamanya kolam. Bagi pancingan air tawar atau kolam, pemilihan perambut mengikut spesies yang hendak dipancing. Se Sebagai contoh, kalau hendak memancing rohu maka gunakanlah perambut rohu seperti perambut spring dan sebagainya.
Pemilihan perambut juga bergantung kepada lokasi memancing dan situasi semasa sama ada konsep pancingan harian atau pertandingan. Oleh yang demikian, amat penting untuk menjaga dengan baik perambut ini agar tidak menyusahkan diri sendiri apabila hendak menggunakannya nanti.
Bersihkan dan keringkan perambut selepas digunakan terutamanya perambut yang dihasilkan dari tali braided. Ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.
Sapukan sedikit minyak pada mata kail terutamanya mata kail yang senang karat. Jika tiada minyak yang sesuai, minyak masak pun boleh.
Periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat.
Periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru. Jangan menyesal di kemudian hari.
Sebaiknya letakkan perambut dalam bekas yang terdedah udara dan terkena cahaya matahari yang tidak terlalu terik.
Penting! Asingkan perambut anda. jangan campur adukkan pelbagai jenis perambut di dalam satu bekas, nanti jadi mee goreng susah nak leraikan.
Pastikan juga perambut disimpan di tempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Ikatan Buffer Loop ini sangat sesuai untuk pancingan menggunakan umpan ikan hidup. Walaupun menggunakan leader yang keras, ikatannya tetap kukuh dan mampu memanjangkan usia umpan hidup yang digunakan.
Step 1
Buatkan satu simpulan pada perambut kira-kira sejengkal dari hujungnya.
Step 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Step 3
Masukkan pula hujung perambut itu ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Step 4
Ketatkan ikatan simpulan itu terlebih dahulu.
Step 5
Buatkan satu simpulan baru di atas ikatan yang dibuat tadi.
Step 6
Lakukan dua atau tiga lilitan pada simpulan tersebut.
Step 7
Jerutkan simpulan itu dengan ketat sehingga kemas pada ikatan pertama tadi. Potongan lebihan perambut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...