Kelas Asas Memancing – Cara Buat Ikatan!!

Share

 

Langkah 1

Masukkan  tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang.

 

 

Langkah 2

Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.

 

 

Langkah 3

Selitkan hujung  tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran tadi.

 

 

Langkah 4

Ulangi langkah itu sekurang-kurangnya tiga kali. Lagi banyak lagi bagus ikatannya nanti.

 

 

Langkah 5

Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk. Pastikan simpulan tidak terbelit atau bertindih.

 

 

Langkah 6

Kemaskan  ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.

 

 

Langkah 7

Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.

 

 

 

 

Published by
Amang