Kelas Asas Memancing – DIY Assist Hook v1 (VIDEO)!!

Share

 

Ada banyak cara untuk menghasilkan assist hook atau set mata kail untuk teknik jigging. Berikut merupakan perkongsian salah satu caranya.

Ia sangat mudah untuk dihasilkan dan yang paling penting dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk memancing yang semakin meningkat.

 

BARANG KEPERLUAN

 

  1. Kevlar
  2. Jig
  3. Jigging hook
  4. Split ring
  5. Solid ring (satu atau dua lubang)

 

LANGKAH 1

Pasangkan split ring dan solid ring pada cincin jig.

 

LANGKAH 2

 

Masukkan tali kevlar ke dalam solid ring.

 

LANGKAH 3

 

Lilitkan sekali lagi hujung tali ke dalam solid ring.

 

LANGKAH 4

 

Biarkan satu lingkaran terhasil dan tali hujung tali ke tali kevlar utama.

 

LANGKAH 5

 

Buatkan satu lilitan pada tali utama.

 

LANGKAH 6

 

Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.

 

LANGKAH 7

 

Tarik dan ketatkan tali utama sehingga satu ikatan kemas terhasil.

 

LANGKAH 8

 

Buangkan lebihan hujung tali dan potong tali sepadan dengan badan jig.

 

LANGKAH 9

 

Masukkan mata kail dan buatlah ikatan mata kail yang korang biasa digunakan.

 

LANGKAH 10

 

Assist hook yang ringkas, mudah dan cepat untuk disiapkan.

 

(Saksikan juga video DIY assist hook ini)

 

 

 

Published by
Amang