Boleh tak admin senaraikan gewang yang killer untuk ikan siakap?
JAWAPAN:
Sekiranya wujud gewang yang betul-betul killer khusus untuk sesuatu spesies ikan, sudah pastinya industri pembuatan gewang tidak akan berkembang pesat seperti sekarang.
Dan mungkin juga ikan siakap akan pupus umpama ditangkap menggunakan racun tuba atau bahan peledak.
Jikalau memang ada gewang yang betul-betul berkesan untuk siakap sekalipun, saya masih tidak berani untuk melabelnya sebagai killer.
Ini kerana sekiranya anda menggunakan gewang tersebut dan kumpau, ia akan menjejaskan reputasi saya pula.
Walau bagaimana pun saya boleh mencadangkan untuk anda memilih gewang berdasarkan pengalaman dan teori. Saya mencadangkan gewang jenis minnow.
Pilihlah gewang minnow jenis deep diver yang berbadan sedikit slim berbanding gewang crank.
Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang. Atau gewang minnow yang agak panjang melebihi 80mm.
Gewang minnow yang agak pipih tetapi panjang ini lebih menyerupai ikan belanak yang merupakan diet utama ikan siakap.
Contoh gewang yang banyak digunakan untuk casting siakap antaranya ialah Rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain lagi.
Dalam pada pemilihan gewang perlu mengikut faktor keadaan dan warna air juga. Selain itu faktor warna gewang dan kesesuaian dengan faktor air perlu diambil kira juga.
Kesimpulannya, anda perlulah banyak melakukan r&d sendiri untuk mencari gewang yang betul-betul killer untuk siakap.
Skop pancingan ultra light ini tidak tertakluk kepada pancingan air tawar semata-mata. Ia juga boleh dipraktikkan di laut dalam dalam ia lebih praktikal di kawasan air tawar dan air masin yang cetek.
Light jig pula merujuk kepada perkakasan terminal berupa umpan tiruan atau gewang yang diperbuat daripada logam menyerupai bentuk dan aksi hidupan laut seperti ikan dan sotong.
Gewang yang dinamakan jig ini pula terdapat pelbagai bentuk saiz dan berat. Berat jig inilah yang menentukan kelasnya dari mikro hinggalah heavy. Lazimnya jig yang dikelaskan sebagai light jig memiliki berat dari 30gm hingga 120gm.
Sementara jigging pula adalah terma memancing sebagaimana bottom fishing, fly fishing atau casting. Ia dinamakan jigging berikutan teknik pancingan mengunjun kepingan besi atau metal jig.
Jigging ini lebih praktikal dilakukan di perairan air masin melalui kaedah horizontal dan vertical jigging. Ia kurang dilakukan di perairan tawar kecuali di tasik-tasik yang dalam.
Manakala light jigging yang anda ingin ceburi itu ialah teknik jigging menggunakan peralatan kelas ringan. Ia merangkumi joran kelas ringan sehingga PE 1.5, tali pancing kurang dari 30 lb dan jig tidak melebihi berat 120 gm.
Teknik karauan pula bergantung kepada spesies buruan. Jika menyasarkan ikan pelagik maka jig perlu dimainkan dengan laju dan digayakan dengan perlahan jika menyasarkan ikan demersal.
Bagi seorang pemancing, kecantikan dan keunikan rekaan kekili tentunya mempunyai tarikan yang tersendiri. Rekaan dan kemasan sesetengah kekili seolah-olah mempunyai seni tersendiri. Oleh kerana tarikan ini, pemancing sanggup menghabiskan sejumlah wang untuk memiliki kekili yang diminati. Ini antara senarai kekili pilihan yang mempunyai tarikan seni, rekaan, prestasi dan teknologi tersendiri.
VAN STAAL REELS
Dengan paten ‘maintenance-free drag system’ dan rekaan yang menonjol, kekili ini mempunyai tarikan tersendiri. Kekili ini dihasilkan daripada material aluminium 6061-T6511, stainless steel dan titanium, bayangkan betapa kuatnya senjata ini. Kombinasi warna badannya juga membuatkan kekili ini kelihatan bergaya dan mewah.
DAIWA MEGABASS ITO
Kekili Ito mula dikeluarkan pada 2003 dengan jumlah yang terhad. Kekili ini direka oleh Mr. Yuki Ito, pengasas dan ketua pereka bagi Megabass. Rekaan yang teliti dan kualiti kekili ini memang mengagumkan cukup popular di kalangan kebanyakan pemancing tempatan dan seluruh dunia.
ACCURATE REELS
Kekili Accurate direka oleh kumpulan yang pakar dalam kejuruteraan berteknologi tinggi yang asalnya mereka turbine enjin jet. Jadi apakah hasilnya jika mereka mereka sebuah kekili? Ya, kekuatan! Kekili ini mempunyai sistem revolusi ‘twin-drag system’ dan merupakan senjata terbaik anda untuk bertarung dengan spesies ‘monster’.
SHIMANO DC
Revolusi daripada Shimano ialah sistem teknologi Digital Braking. Malah sistem DC mampu meningkatkan jarak balingan anda sehingga 40%. Dengan rekaan luaran yang menonjol dan teknologi DC, anda tidak pernah salah untuk memilih kekili ini.
QUANTUM REELS
Kekili daripada Quantum mempunyai rekaan luaran yang semakin unik kebelakangan ini. Rekaan kekili Quantum kelihatan elegan dan penilaian untuk prestasi kekili spinning daripada Quantum cukup membanggakan. Kelebihan bagi kekili ini ialah pada kekuatan badannya dan juga drag.
TIBOR REELS
Penulis bukan di kalangan pemancing layang. Namun, penulis tidak menafikan yang penulis begitu tertarik dengan kekili daripada Tibor. Tibor mempunyai rekaan kekili yang sangat cantik dan unik. Bukan sahaja dari segi rekaan luaran, malah ramai pemancing percaya dengan binaan dan kualiti Tibor. Memang mempunyai tarikan seni tersendiri.
ABEL REELS
Abel menawarkan rekaan kekili yang jarang dilihat. Rekaan kekili Abel dibuat dengan tangan dan rekaan badan melalui proses artistic metallurgical istimewa. Apakah maksudnya? Ini bermaksud anda akan mendapatkan sebuah kekili yang sangat unik di mana sebuah kekili yang mempunyai rekaan paten seperti konsep ikan kegemaran anda.
HARDY ZANE TI
Kekili Zane Ti ibarat sebuah Bugatti Veyron. Kekili ini merupakan antara kekili termahal oleh kerana rekaan, kualiti prestasinya melawan spesies monster dan juga materialnya iaitu titanium. Apa yang melonjakkan nilainya lagi ialah kekili ini dihasilkan dalam jumlah yang terhad iaitu 100 buah sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...