Belut merupakan salah satu spesies yang agak unik. Nak kata ular, bukan ular… nak kata ikan tapi tak sama dengan ikan yang lain.
Dengan bentuk fizikal yang agak panjang dan licin, belut seringkali disalah anggap sebagai ular jika bertembung secara tidak sengaja.
Apa sekalipun, belut mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi malah sering mendapat permintaan untuk dijadikan hidangan makanan.
Spesies berbadan licin ini biasanya boleh ditemui di kawasan sawah bendang. Terdapat 2 cara yang biasanya digunakan untuk menjerat belut. Salah satu daripadanya ialah dengan cara memancing.
Biasanya memancing belut agak sukar bagi pemancing yang tidak biasa dengan pancingan belut. Umpan yang boleh digunakan termasuklah perut ayam dan jantung ayam.
Cara memancingnya pula ialah dengan mengenal pasti lubang yang menjadi habitat kepada belut ini sebelum dihulurkan umpan tadi ke dalam lubang belut.
Buat sedikit pergerakan pada umpan untuk menarik perhatian belut. Mata kail bersaiz nombor 2 sudah memadai untuk memancing belut.
Selain cara memancing, belut juga boleh ditangkap dengan menggunakan perangkap yang dipanggil ‘tukil’ yang secara tradisionalnya diperbuat menggunakan buluh.
Saya merupakan pemancing yang menyokong konsep tangkap dan lepas. Masalahnya, sering terjadi ikan yang saya pancing berkeadaan lemah dan seperti hampir mati ketika hendak dilepaskan kembali.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan ikan yang dipancing cepat mati?
JAWAPAN:
Sebenarnya agak sukar kepada saya untuk menjawab persoalan yang dikemukan dengan tepat kerana tidak menyatakan secara jelas jenis pancingan yang dipraktikkan.
Begitu juga dengan spesies ikan yang dipancing dan ingin dilepaskan kembali atas konsep tangkap dan lepas. Ini disebabkan tidak semua spesies ikan sesuai untuk konsep tangkap dan lepas.
Terutamanya jika pancingan air masin yang mana kebanyakan spesies ikan demersal amat mudah mati selepas didaratkan.
Begitu juga dengan kaedah pancingan yang dipraktikan. Ini kerana teknik pancingan konservatif (menggunakan umpan) lebih mudah mendatangkan kecederaan (mudah mati) mati berbanding teknik pancingan mengilat yang menggunakan umpan tiruan.
Oleh yang demikian, berdasarkan soalan tuan, saya beranggapan mungkin anda memancing ikan toman atau sebarau dengan teknik mengilat menggunakan gewang.
Saya beranggapan ikan yang pancing mudah selepas dinaikkan kerana ia kepenatan akibat bertarung habis-habisan dalam proses menyelamatkan nyawa.
Ada beberapa sebab kenapa ikan mudah mati selepas dinaikkan. Antaranya mungkin pertarungan berlangsung agak lama, sebaiknya cubalah daratkan ikan dengan sepantas yang mungkin.
Mungkin juga peralatan pancing yang anda gunakan tidak sepadan dengan kekuatan ikan tersebut, sekaligus menyebabkan pertarungan tersebut menjadi lama.
Harus diingat, semakin lama ikan berada di hujung mata kail, semakin tinggi tekanan yang dialaminya dan semakin banyak asid pembunuh yang dibebaskan ke sistem badannya.
UMPAN: Boleh perkenalkan diri anda dan sudah berapa lama anda memancing?
SHAHIDAN: Saya Shahidan dan lebih mesra dengan gelaran Abang Dan di seluruh semenanjung Malaysia ini.
Saya memancing sudah lama cuma pada tahun 1992, saya mula berminat casting toman dengan menggunakan umpan gewang di Sungai Kedah ini.
UMPAN: Apa istimewanya Sungai Kedah dan toman sungai ini?
SHAHIDAN: Sungai Kedah ini dipengaruhi arus pasang surut sekali sehari… tapi di sini 100% fresh water walaupun bersempadan dengan muara laut.
Induk toman di sini di katakan sangat kuat dari toman-toman yang biasa kita jumpa di tasik atau lombong.
Di Sungai Kedah, toman di sini sangat kuat kerana sejak dari kecil sampailah besar, ia biasa melawan arus sungai yang surut laju.
Jadi tak hairanlah jika setiap musim di sini, selalu didengari ada rod yang high end patah. Kejadian reel yang loose drag pun biasa saja.
Ini kerana induk toman di sini bersaiz agak baik hingga mencecah saiz 10 atau 11kg. Namun kebanyakan yang naik antara saiz 3 hingga 9kg adalah yang paling kerap.
UMPAN: Sejak bila anda menjadi guide dan membawa pemancing?
SHAHIDAN: Bermula tahun 1992, saya dah mula memancing menggunakan sampan kayu. Sekarang ni saya dah upgrade sampan fiber 13 hingga 13.6 kaki yang saya gunakan untuk memburu sang toman yang rakus ini.
Tahun sudah 2018 saya bawa trip casting Sungai Kedah. Pada tahun lalu saja hampir 180 ekor mama toman Sungai Kedah yang berjaya ditewaskan.
UMPAN: Anda mengamalkan konsep tangkap dan lepas atau bagaimana?
SHAHIDAN: Semua induk di sini, saya amalkan tangkap dan lepas. Ia supaya generasi masa akan datang akan dapat merasai kemeriahan yang sama.
Rata-rata caster dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Singapore, boleh dikatakan setiap tahun mereka akan menempah bot saya.
UMPAN: Apa pakej yang anda sediakan?
SHAHIDAN: Biasanya setiap trip saya selalu bagi tip-tip untuk setup mama Sungai Kedah supaya bila datang, kita dah tahu apa yang kita hajatkan.
Yang pertama sekali, saya akan bawa caster yang datang untuk mencari strike… itu matlamat utama saya!
Kos sewa bot yang dikenakan tak seberapa… hanya RM170.00 untuk sehari. Siap bekalan ais khas 1 atau 2 caster. Lokasi casting sekitar Alor Mengkudu, Alor Star.
UMPAN: Boleh berikan sedikit tip untuk menduga toman Sungai Kedah ni?
SHAHIDAN: Untuk menduga induk kat Sungai Keda… biasanya kita selalu gunakan gewang jenis crank atau deep. Top water biasanya kita guna untuk mencari toman bujang.
Contoh gewang seperti buzzbait dan jumpfrog. Saiz gewang dari 7-13 cm asalkan deep atau crank.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...