Ikan kelah yang terkenal sebagai antara ikan eksotik bernilai tinggi pastinya sentiasa menjadi buruan kaki pancing. Ikan kelah sesuai dimasak dalam pelbagai cara, dan kunjungan Team Umpan ke tasik Kenyir baru-baru ini telah belajar satu resipi masak asam ikan kelah yang sangat mudah untuk dibuat dan pastinya amat menyelerakan!
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kelah
Cili padi merah (lada jarum)
Kunyit hidup
Daun kesom
Asam keping
Garam kasar
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Lumatkan cili padi merah, kunyit dan garam kasar sehingga hancur.
Ikan kelah yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam air bersama asam keping.
Rebus sehingga ikan hampir masak.
Apabila sudah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama daun kesom.
Biarkan mendidih, tambah sedikit serbuk perasa dan boleh dihidangkan.