Keistimewaan Tali Sulam Berbanding Tali Tangsi!!

Share

 

Braided memiliki daya regangan sifar. Amat sensitif. Jadi, ia memudahkan pemancing merasai setiap pergerakan tali dan seterusnya pada umpan, gewang dan Dengan ini ia amat bagus untuk merasai sentapan lebih-lebih lagi di air yang dalam.

 

 

Dengan diameter yang lebih kecil atau halus, nyata ia lebih baik dari pelbagai aspek. Diameter lebih kecil boleh mengandakan kapasiti muatan tali dalam spool.

Boleh membuat lontaran lebih jauh kerana ia berupaya menurunkan kadar rintangan angin. Ia juga menurunkan kadar rintangan air terhadap tali. Maka gewang mampu menyelam lebih dalam dan saiz ladung lebih kecil boleh digunakan.

 

Sifat memori bermakna ia tidak menganjal ke bentuk asal apabila dibentuk, kekal lurus dan tidak bergelung atau berkerinting. Contoh paling hampir, jika braided disimpan lama dalam spool kekili, talinya tidak akan bergelung sebagaimana tali mono.

 

Tahan lama. Jika tali mono mampu bertahan hingga setahun (contoh), tali braided sekurang-kurangnya mampu tahan sekali ganda berbanding mono.

 

Tidak mudah putus bila bergesel dengan permukaan kasar atau sesuatu halangan. Contoh paling mudah, cuba potong tali mono dan braided tanpa meregangkannya. Tali mana yang lebih mudah dipotong?

 

 

Banyak faktor yang boleh dijadikan penentu dalam membuat keputusan memilih tali sulam. Antaranya iklan, jurujual kedai pancing, kawan-kawan dan pengalaman.

Pengaruh yang terbaik ialah melalui pengalaman. Nasihat rakan-rakan juga boleh diambil kira kerana mereka telah mencubanya.

Namun faktor terpenting ialah beli ikut kemampuan anda kerana harga di pasaran berbeza-beza mengikut sulaman, jenama, mutu dan bahan yang digunakan. Kerana itulah harganya jauh lebih mahal berbanding tali mono.

 

Published by
Amang