Kehebatan Ikan Buntal Yang Ramai Tak Tahu!!

Share

 

Menurut pakar kajian haiwan marin laut, ikan buntal mempunyai 1000 jenis spesies berikutan memiliki proses pembiakan yang cepat. Nama ikan buntal berbeza sebutannya di setiap negara antaranya ballon fish, blowfish, globerfish dan toadfish.

 

Ikan buntal terbesar pertama ditemui di perairan laut Jepun dan Afrika. Spesies ikan buntal terbesar di dunia dikenali dengan sebutan ikan stella yang mampu mencapai panjang 47 inci. Jadi, sekarang korang tentu faham dari mana kekili Stella yang gah itu dapat nama.

Ikan buntal di Sungai Congo dikenali sebagai ikan jenis air tawar. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan buntal air tawar terbesar di dunia dengan ukuran 26 inci.

Ikan buntal di India pula dikategorikan sebagai ikan buntal terkecil di dunia. Ukuran ikan buntal India hanya berukuran 1 inci.

 

Keunikan yang dimiliki ikan buntal adalah racun yang terdapat di kulitnya, bukan di dalam tubuh. Racun ini dikenali Tetrodotoxin atau TTX.

Tetrodotoxin adalah neurotoksin yang mampu merosakkan sistem saraf sehingga menyumbat saluran komunikasi antara tubuh dengan otak dalam waktu yang singkat.

Sebab itulah dikatakan bahawa racun yang ada pada ikan buntal lebih berbahaya dibandingkan dengan sianida.

 

Keunikan ikan buntal adalah ketika diancam pemangsa, ikan Buntal akan mengembung tubuhnya sehingga duri-duri tajam yang beracun di kulit menakutkan pemangsa. Lebar ikan buntal ketika mengembung tubuhnya melebihi 3 kali ganda dari ukuran biasa.

 

Ikan buntal juga mempunyai keunikan lain iaitu kemampuan untuk mengubah warnanya mengikut keadaan sekeliling. Selain itu, ikan buntal juga dapat melarikan diri dengan cepat kerana ikan buntal mempunyai penglihatan yang jauh lebih baik.

 

Dari sekian banyak spesies ikan buntal, ada sebahagian ikan yang mampu membuat tempat tinggalnya sendiri. Contohnya seperti white-spotted puffer dan masked puffer. Kedua jenis ikan ini membuat tempat persembunyian atau rumah sendiri.

White-spotted puffer membuat sarangnya dengan menggunakan dasar pasir. Gambaran sarang yang biasanya dibuat oleh ikan tersebut berbentuk bulat dengan diameter 6 kaki atau 3 meter. Mereka lakukan ini untuk menarik perhatian ikan buntal betina untuk bertelur di dalam rumahnya.

 

Ikan buntal ikan yang beracun, tetapi ramai peminat ikan memelihara ikan beracun tersebut.

Ikan buntal yang selamat untuk dipelihara adalah seperti green potted puffer, bronze puffer dan pignose puffer. Walau bagaimanapun, ikan buntal memerlukan banyak air maka wajib bagi pemelihara ikan ini untuk selalu menggantikan airnya.

Memandangkan gigi ikan buntal yang cepat tumbuh, maka ikan tersebut sangat memerlukan batu karang atau cengkerang siput sebagai bahan pemotong giginya. Dan ikan buntal juga agresif apabila bercampur dengan ikan lain.

 

Di restoran Jepun, ikan buntal menjadi santapan yang lazat namun, memerlukan skil yang baik dalam mengolah ikan buntal sebelum menjadi makanan.

Untuk menghidangkan ikan buntal memerlukan pakar tukang masak profesional untuk menyiang ikan tersebut agar racun ikan buntal boleh dibuang sepenuhnya sehingga selamat untuk dimakan.

 

Published by
Amang