Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancing yang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.

 

Namun untuk memujuk GT menyambar jig atau umpan tiruan lain memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur.

 

Keasyikan Sebenar Jigging Golden Trevally (GT)!!

IKLAN

 

Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang. Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.

 

IKLAN

Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.

 

Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.

IKLAN

 

Keasyikan Sebenar Jigging Golden Trevally (GT)!!

 

Kebelakangan ini, apabila GT semakin liat untuk membaham jig, pemancing yang bijak akan bertindak kreatif dengan meletak umpan tambahan pada jig. Lazimnya udang hidup atau sotong akan dicangkuk pada mata kail bersama jig demi meningkatkan lagi prestasi strike.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI