MABUK LIGHT
Mabuk light ini adalah mabuk kategori ringan yang mana akan merasai sakit kepala yang tidak berterusan.
Ia tidak menjejaskan aktiviti memancing dan boleh mengambil makanan atau merokok seperti biasa.
Pada kemuncak rasa mabuk light ini mereka yang merasai akan berehat seketika untuk meredakan sakit kepala.
MABUK SEDERHANA BERAT
Pemancing yang mengalami mabuk sederhana berat ini mula memperlihatkan tanda setelah sesi memancing berlangsung hampir separuh hari.
Mereka biasanya tidak akan mengambil makanan dan akan tidur apabila tahap mabuk berada di kemuncak dan akan berakhir dengan muntah.
Pada tahap ini aktiviti memancing ditamatkan dan menghabiskan masa dengan berehat atau tidur.
MABUK BERAT
Mereka yang berhadapan dengan mabuk tahap berat ini lazimnya hanya sempat memancing untuk tempoh yang amat singkat.
Malah ada yang tidak sempat menyentuh pancing langsung. Masa panjang yang berbaki dihabiskan dengan tidur dan muntah bersilih ganti.
Apa saja bentuk makanan tidak mampu untuk dimakan.
MABUK EKSTRA BERAT
Pemancing yang pada tahap mabuk ekstra ini langsung menyentuh barang pancing. Malah ketika bot gerak menuju ke lokasi memancing sekali pun sudah berwajah hijau.
Lazimnya sejurus saja berhenti, merekalah yang terlebih dahulu muntah sebelum umpan dilabuhkan.
Apa saja aktiviti tidak dapat dilakukan selain muntah sehingga tidak ada yang hendak dimuntahkan lagi. Tahap paling kritikal mereka ini berkemungkinan akan pengsan.