Ultralight fishing atau pancingan ultralight (UL) merupakan salah satu helaian dalam sukan pancing yang semakin menjadi kegilaan di kalangan pemancing di Malaysia.

UL boleh dikatakan teknik pancingan yang lebih mencabar atau ekstrem kerana anda menggunakan set pancing dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Ini memberikan kelebihan kepada ikan, namun lebih kepuasan pada anda andai berjaya mendaratkannya.

Kanicen Nix – Ikon Ultralight Fishing Malaya

 

Peningkatan peminat UL di Malaysia agak ketara kebelakangan ini dan perlu diakui nama Kanicen Nix harus diberikan kredit sewajarnya kerana telah memainkan peranan yang signifikan.

Kanicen Nix, figura yang menjadi ikon di kalangan peminat UL hari ini, antara yang berperanan besar membawa fenomena UL Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Menjenamakan Kanicen Nix

 

Kanicen yang sejak kecil menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi merupakan seorang pemancing tegar dengan falsafah memancing yang ekstrem.

Beliau gemar mencuba sesuatu yang baru, lebih mencabar, kadangkala gila dan tidak masuk akal untuk mendapatkan kepuasan dalam memancing.

 

Kanicen Nix – Ikon Ultralight Fishing Malaya

 

IKLAN

Daripada kegilaan ini jugalah, tercetusnya visi untuk melangkah lebih jauh sehingga lahirnya jenama KANICEN NIX dengan slogan ‘Ultralight Trend Setter’ yang bertujuan menjadi satu-satunya jenama yang hanya focus pada dalam pancingan ultralight.

 

Idea bermula sekitar 2010, di mana masih tiada standard spesifikasi set pancing yang khusus untuk mendefinisikan pancingan UL di Malaysia.

Setelah meneliti maklumat daripada beberapa sumber utama arena pancing, Kanicen bersama beberapa rakannya mewujudkan grup Ultralight Anglers dan memperkenalkan

konsep standard spesifikasi tali, rod dan kekili antara 1-6lb untuk pancingan UL di Malaysia.

Kanicen Nix – Ikon Ultralight Fishing Malaya

 

Dengan sokongan rakan-rakan sebagai pelabur, pada 2014 dia mula memasarkan produk Grenti Strike di bawah jenama KANICEN NIX, yang merupakan soft bait, spoons dan hard bait.

Bermula dengan 4 produk, kini Grenti Strike telah memasarkan 18 produk yang kini menjadi kegilaan pemancing ultralight.

 

IKLAN

Selain Grenti Strike, satu lagi produk yang menjadi fenomena kegilaan kaki UL ialah rod LEEBASS Limited Edition, rod UL pertama yang rekaan spesifikasinya oleh rakyat Malaysia, iaitu Kanicen sendiri.

 

Terhad kepada 100 unit, semua terjual hanya dalam masa 3 hari. Jualan rod ini juga terjual hingga ke beberapa buah negara luar, 7 daripadanya telah terbang ke Dubai.

 

Kanicen Nix – Ikon Ultralight Fishing Malaya

 

Visi, Inspirasi Dan Kepuasan

 

Ditanya ke mana langkah seterusnya, Kanicen membayangkan untuk terus menawarkan produk yang berkualiti dan mengukuhkan jenama KANICEN NIX seterusnya menjadi pemain utama dalam industri memancing hingga ke peringkat global.

 

IKLAN

Begitu pun, Kanicen mengakui faktor modal menjadi faktor utama dalam bersaing dalam skala pengeluaran lebih besar, apa lagi jenama KANICEN NIX masih hijau usianya.

Dia mengalu-alukan jika ada pelabur yang berminat untuk turut serta dalam mengembangkan jenama KANICEN NIX ini.

Kanicen Nix – Ikon Ultralight Fishing Malaya
Selain itu, Kanicen juga akan terus menyumbang dalam arena pancing Malaysia terutama ke arah melahirkan pemancing yang berpengetahuan.

Tidak dinafikan terdapat konflik perbezaan pendapat dalam sesetengah isu di kalangan pemancing, misalnya standard spesifikasi bagi sesuatu teknik pancing.

 

Namun, Kanicen beranggapan adalah lebih baik kita meraikan perbezaan pendapat itu berbanding mencari siapa betul dan siapa salah. Setidaknya, kita masih boleh sama-sama menikmati hobi ‘gila’ ini.

 

Kanicen Nix – Ikon Ultralight Fishing Malaya

 

“Kepuasan sebenar bagi saya ialah dapat mengaspirasikan rakan pemancing lain dan ini memerlukan keberanian, dedikasi dan kecekalan mempopularkan ideologi ultralight fishing di Malaysia.

 

Bagi saya, ultralight is an ART (ultralight ialah seni) yang memerlukan imaginasi dari pelbagai sudut sebab apa yang kita cari ialah extreme experience dan merasai pengalaman

yang maksima untuk kepuasan diri dan ini hanya boleh dikecapi jika pemancing memahami setup yang digunakan dan faktor yang perlu untuk target ikan yang dicari,” memetik kata-kata Kanicen sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.

Kanicen Nix – Ikon Ultralight Fishing Malaya

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI