Kaedah Trolling Spesies Barracuda!!

Share

 

Gewang

Teknik pancingan trolling menjadi lebih berjaya sekiranya mengaplikasikan struktur gewang yang mampu dan berkebolehan berenang dengan pantas mengikut kelajuan bot. Jadi kami menggunakan gewang tundaan jenama Strike Pro Titan 14 cm untuk menewaskan si pemangsa ini.

 

Strike Pro Titan berkemampuan beraksi semula jadi secara berputar ketika di dalam air. Struktur badan penuh diperbuat dari jenis kayu balsa beri kelebihan pada gewang ini supaya tidak mudah pecah dan retak ketika dihentam kuat barracuda.

 

Jika mulakan pancingan pancingan di awal di tengah hari seelok-eloknya warna yang berkilau seperti emas dan perak dijadikan pilihan. Kami juga menjangkakan keadaan pastinya lebih sukar sekiranya tidak mengaplikasikan gewang yang berdiameter lebih besar.

 

 

Kelajuan Bot

 

Mengambil kira pengalaman trolling yang lalu, kelajuan bot kami tetapkan diantara 3 knot hingga 5 knot. Kami merasakan jika bot terlalu perlahan dan laju tidak sesuai untuk melakukan trolling kerana kurang berdaya saing dengan ikan sasaran iaitu barracuda. Justeru jika pemancing di luar sana ingin melakukan trolling, bot haruslah dipacu dalam kelajuan yang betul.

 

Untuk pancingan trolling, perkara yang harus dititikberatkan ialah kedudukan gewang yang kelihatan mudah dilihat dan spesies ikan sasaran yang ingin didaratkan.

 

 

Pemilihan Mata Kail

Barracuda dan juga tenggiri adalah jenis ikan yang gemar memburu mangsa secara menyambar dan laju. Satu perkara yang harus dititikberatkan lagi adalah pemilihan mata kail juga mestilah betul, iaitu kuat, lasak dan mudah hook-up.

 

Justeru kami menggunakan mata kail dari jenis “Big Game Hook” yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana apabila ikan tersebut menyambar pada gewang mata kail akan secara terus sahaja mencangkuk pada ikan tersebut.

 

Mata kail jenis ini mempunyai daya ketahanan yang cukup lasak dan kuat. Malah tidak akan mudah melurus semasa hentakan mahupun hentaman yang kuat dan agresif dari ikan sasaran. Kekuatan mata kail haruslah 10 kali ganda anggaran berat ikan sasaran untuk menampung kuasa sentapannya.

 

Published by
Amang