Belida biasanya bersembunyi di tunggul-tunggul kayu di tepian sungai dan akar-akar pokok. Kelebihannya, belida tidak akan berpindah tempat apabila sudah selesa berada di sarangnya. Apa yang sukar ialah untuk mengesan posisi tepat ikan ini bersarang.
Satu-satunya cara untuk mengetahui ikan belida berada di sarangnya adalah dengan cara duduk diam menunggu ia muncul di permukaan dan melibas ekornya sambil menghirup udara. Pergerakan inilah menandakan ikan belida bersarang di kawasan sekitarnya. Walaupun hidup di air tawar dan berada di permukaan pada musim kemarau, namun pada musim hujan ikan belida akan kembali hidup di dasar tasik atau sungai.
Ads
Waktu yang tepat:
Waktu yang tepat untuk memancing ikan belida adalah lewat petang atau malam hari dan juga pada awal pagi. Biasanya ikan belida mencari makan pada waktu-waktu tersebut. Selebihnya ia banyak berdiam diri di dalam sarangnya.
Ads
Umpan yang tepat:
Umpan hidup merupakan umpan terbaik untuk menjerat belida. Pemancing boleh gunakan udang atau anak ikan. Selain itu gunakan mata kail yang kecil agar umpan dapat bergerak dengan bebas dan biarkan umpan sampai ke dasar sambil sesekali diangkat sekitar 30-50cm.
Ads
Selain itu umpan tiruan juga boleh boleh digunakan. Namun peratusan untuk menjeratnya agar rendah kecuali gewang memasuki kawasan sarangnya dan berlenggang-lengguk di hadapan matanya.
Strike yang tepat:
Pada kebiasaannya ikan belida menangkap mangsa adalah dengan cara menggonggongnya dan menghempaskannya berulang kali sehingga pengsan barulah ditelan sekaligus. Jadi, ketika strike biarkan umpan dibawa terlebih dahulu oleh ikan belida ini sampai ke dasar sungai. Setelah tali keluar 3 hingga 5 meter barulah tegangkan tali dan lakukan strike yang kemas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lates calcarifer merupakan nama saintifik atau nama Latin bagi spesies ini. Spesies ini merupakan ikan katadromous dalam keluarga Latidae.
Taburan spesies ini agak meluas terutamanya di kawasan perairan Indo-West Pacific. Taburan ikan siakap boleh ditemui di pinggir timur Teluk Gulf sehingga ke China, Taiwan, selatan Jepun, selatan Papua New Guinea dan selatan Australia.
Selain itu, kawasan perairan Asia Tenggara juga merupakan kawasan taburan spesies ini. Di Malaysia, tidak sukar untuk menemui spesies ini kerana Malaysia dikelilingi oleh perairan yang panjang.
Tidak hairanlah, kaki pancing di Malaysia cukup sinonim dengan spesies ikan ini. Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan peminat siakap tertumpu pada bahagian muara dan tempat pertemuan laut dan sungai.
Ikan siakap merupakan spesies ikan yang mempunyai toleransi salitini yang sangat tinggi. Toleransi saliniti ini membawa maksud kepada daya toleran spesies ini terhadap sifat saliniti air atau kemasinan air.
Jadi, ikan siakap mampu hidup dalam keadaan air masin atau air tawar. Toleransi saliniti yang tinggi memberikan kelebihan kepada spesies siakap dalam memilih habitatnya.
Ikan siakap mempunyai bentuk badan yang memanjang dengan mulut condong yang besar. Bahagian rahang atas spesies ini memanjang sehingga ke bahagian belakang mata.
Bahagian pipi atau operkulumnya mempunyai duri kecil yang mampu melukakan. Sementara itu, sisiknya pula dalam kategori ctenoid.
Kepalanya pula melengkung ke bawah. Selain itu, ikan siakap mempunyai sisik yang agak besar.
Sisik pada badannya berwarna perak di mana mungkin boleh menjadi semakin cerah atau semakin gelap mengikut keadaan persekitaran habitatnya.
Barramundi merupakan spesies ikan demersal yang biasanya tertumpu di kawasan muara, lagun dan sungai.
Spesies ini boleh hidup dalam keadaan air yang jernih sehingga kepada keruh dalam lingkungan suhu air 26°C-30°C.
Siakap juga merupakan spesies ikan katadromous iaitu bersifat migrasi dari kawasan air masin ke air payau untuk melepaskan telurnya.
Siakap menjadikan moluska, krustasea dan ikan kecil termasuk spesiesnya sendiri sebagai diet makanannya.
Jadi ikan siakap boleh dikategorikan sebagai pemangsa yang bersifat karnivor. Ketika bermula musim monsun, siakap jantan akan masuk ke muara untuk mencari pasangannya untuk pembiakan.
Ketika ini ikan siakap betina mampu menghasilkan sehingga beberapa juta telur untuk dilepaskan.
Siakap juga merupakan spesies ikan yang bersifat hermaphroditic di mana mampu untuk bertukar jantina ketika musim mengawan.
Kebanyakan spesimen siakap dewasa yang ditemui merupakan spesimen betina. Selepas melepaskan telurnya, induk siakap tidak akan menjaga telur atau anak yang akan menetas.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Ikan air tawar adalah spesies ikan yang menghabiskan kebanyakan atau keseluruhan masanya tinggal di dalam air tawar, seperti sungai dan tasik dengan kadar kemasinan kurang daripada 0.05%.
Walaupun beberapa jenis ikan boleh hidup di dalam air masin atau air tawar, majoriti besar memerlukan persekitaran tertentu. Komposisi air menentukan di mana ikan air masin dan ikan air tawar boleh hidup.
Aspek fisiologi ikan yang disebut osmoregulasi menunjukkan perbezaan utama antara ikan air masin dan ikan air tawar. Osmoregulasi merujuk kepada cara pengawalan aliran air di seluruh badan mereka serta termasuk komposisi tisu badan dan insang.
Tisu badan dalam ikan air masin mengandungi kurang garam daripada air di mana ia hidup. Kerana persekitaran yang masin di dalam air luar menarik air dari tisu badan, ikan air masin sentiasa kehilangan air melalui kulit dan insangnya.
Untuk mengimbangi dan mencegah dehidrasi, ikan air masin meminum air garam yang banyak, menghasilkan sedikit air kencing dan merembeskan garam dari air ini melalui insangnya.
Sebaliknya, tisu badan di dalam air tawar mengandungi lebih banyak garam daripada air di mana ia hidup. Akibatnya, air terus mengalir ke dalam badan ikan air tawar melalui kulit dan insangnya dan ikan itu tidak mempunyai sebab untuk mengambil air tambahan dengan meminumnya. Ikan air tawar mengelakkan lebihan air dalam tisu badan dengan menghasilkan sejumlah besar air kencing.
Jika ditanya apakah ikan air tawar hidup dalam air masin dan ikan air laut hidup dalam air tawar? Jawapannya tidak kerana ciri-ciri ikan air tawar hanya sesuai di persekitaran air tawar manakala ikan air masin sebaliknya.
Ikan-ikan tuna, tenggiri, wahoo dan mackerel merupakan antara nama-nama biasa bagi ahli-ahli keluarga Scombridae. Ahli-ahli keluarga Scombridae ini dapat dikenali dengan memiliki finlet atau sirip ceracak di antara sirip dorsal dan sirip anal, sirip kaudal atau ekor yang sangat bercabang dan sekurang-kurangnya memiliki dua lunas kecil setiap sisi kaudal pandukal. Dan kebanyakan spesies mempunyai lunas yang lebih besar di antara lunas-lunas kecil.
Ahli-ahli keluarga Scombridae bertaburan di laut tropika dan subtropika di seluruh dunia. Terdapat 15 genus dan 54 spesies di seluruh dunia. Saintifik keluarga ini dibahagikan kepada dua subfamili.
Subfamily Scombrinae terdiri daripada 53 spesies dan subfamili Gasterochismatinae terdiri daripada hanya satu spesies. Namun, pada umumnya ia boleh dibahagikan mengikut bentuk mereka kepada tiga kumpulan iaitu Spanish mackerel, mackerel dan tuna.
Ikan tenggiri dengan nama biasanya Spanish mackerel atau seerfish tergolong dalam Scomberomorus (terdapat 18 spesies dalam genus) dan dua spesies dalam genus Grammatorcynus. Kebanyakan spesies ini hidup berdekatan dengan permukaan perairan pantai.
Mereka sering ditemui dalam kluster atau kelompok kecil dan sebahagian daripada mereka merupakan ikan migrasi. Spesies tenggiri adalah ikan karnivor dengan gigi rahang besar, segi tiga, mampat dan tajam. Lazimnya mereka menjadikan kelompok ikan yang lebih kecil sebagai mangsa serta krustasea dan sotong.
Di perairan negara kita terdapat beberapa spesies dalam genus Scomberomorus ini namun hanya tiga spesies yang amat sinonim dalam dunia memancing iaitu tenggiri batang, tenggiri papan dan tenggiri bunga.
Tenggiri Batang
Nama saintifik: Scomberomorus commerson
Nama Inggeris: Narrow-barred spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri batang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral mendadak bengkok ke arah bawah di bawah hujung sirip dorsal kedua. Badan bertanda dengan pelbagai corak nipis dan jalur menegak berombak.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 220 cm, namun saiz ditemui biasanya sekitar 90 cm.
Tenggiri Papan
Nama saintifik: Scomberomorus lineolatus
Nama Inggeris: Streaked seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri papan, tenggiri musang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral melintang hampir lurus ke bawah finlet sirip dorsal kedua, berakhir dengan sedikit bengkok ke bawah ke arah lunas kaudal padunkel.
Bahagian atas badan ditanda dengan corak yang tidak teratur, mendatar dan garis hitam mengecil dan berpecah.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesies paling besar ditemui kurang dari 70 cm.
Tenggiri bunga
Nama saintifik: Scomberomorus guttatus
Nama Inggeris: Indo-Pacific king mackerel, Spotted Spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri bunga
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral hampir lurus ke bahagian bawah pertengahan sirip dorsal kedua dan bengkok ke bawah di pertengahan kaudal padunkal.
Terdapat kira-kira tiga baris warna gelap berbintik tidak teratur pada sisi badan. Gerigi sirip dorsal berwarna gelap sehingga tulang belakang kelapan dan putih.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 76 cm namun biasa ditemui dalam saiz 55 cm sahaja.
Tenggiri Korea
Nama saintifik: Scomberomorus koreanus
Nama Inggeris: Korean Seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri Korea, Luding, Dengkeh, Dengkel
Ciri-ciri diagnostik: Kedalaman tubuh jauh lebih besar dari panjang kepala. Garis lateral secara bertahap melengkung ke bawah ke arah kaudal pedunkal atau tangkai ekor. Sirip dorsal pertama berwarna hitam. Namun spesies ini semakin diancam kepupusan.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 150cm namun biasa ditemui dalam saiz 60cm sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...