Kaedah Paling Baik Menjerat Ikan Bujuk!!

Share

 

Untuk memancing bujuk, langkah pertama yang perlu tahu adalah mengenal habitat bujuk. Ikan bujuk boleh ditemui atau berhabitat di sistem sungai berarus perlahan atau hampir tiada arus, tasik, kolam dan paya.

 

Lazimnya ia lebih mudah ditemui di sistem perairan berdekatan hutan atau ladang-ladang (suhu air 20 hingga 30 darjah celcius, PH air 5.0 hingga 7.5).

 

Pada kebiasaannya ikan  bujuk akan menjadikan  kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan akuatik, serta tumbuh-tumbuhan berkayu yang terendam sebagai habitatnya.

 

 

Diet ikan bujuk adalah seperti anak-anak ikan atau ikan-ikan yang lebih kecil, udang, katak, cacing, serangga seperti cengkerik, dan belalang menjadi diet yang paling digeraminya.

 

Oleh yang demikian, umpan untuk memancing bujuk tidaklah terlalu cerewet. Walau bagaimana pun umpan terbaik untuk memancing spesies ini masih lagi umpan organik seperti katak, anak ikan dan cacing.

 

Selain menggunakan umpan organik, ikan bujuk juga boleh dipancingan dengan teknik mengilat menggunakan umpan tiruan. Umpan tiruan seperti soft frog dan soft plastic sudah banyak terbukti berjaya mendaratkan spesies. Namun penggunaannya agak terhad di padang pancing yang terbuka sahaja.

 

 

Seperkara lain yang perlu diketahui ialah sifat keaktifan ikan bujuk memburu makanan. Ikan bujuk ini bolehlah dianggap sebagai antara ikan pemalas yang hanya kebiasaanya menunggu mangsa lalu di depannya. Ia kurang agresif untuk mengejak mangsa sebagaimana haruan atau toman. Justeru itu ketepatan meletakkan umpan adalah penting setelah berjaya mengesan kewujudannya.

 

Selain sukar untuk ditemui, ikan bujuk turut sukar untuk untuk didaratkan walaupun sikapnya yang amat rakus tetapi mempunyai mulut yang amat lembut. Sentapan yang kuat boleh membuatkan mulut ikan ini pecah. Namun kekuatannya dikatakan lebih daripada haruan.

 

 

Bujuk juga memiliki keupayaan untuk memuntahkan mata kail dari mulutnya. Ia dapat dilihat apabila melonjak keluar daripada air seraya menggoyang kepala dalam usaha memuntahkan umpan dan mata kail.

 

Seperkara lagi, faktor habitatnya suka mendiami kawasan yang bereba dimana kayu-kayu, pelepah, samai, secara tidak langsung habitat kegemaran bujuk tersebut menjadi halangan yang membuatkan ia sukar untuk didaratkan.

Published by
Amang