Bagi korang yang berhajat untuk memancing tenggalan di Sungai Perak, sedikit sebanyak korang perlu tahu panduan atau tip agar hasil pancingan itu berbaloi. Berdasarkan pemerhatian penulis, rata-rata pemancing di sini menggunakan joran sepanjang 8 kaki dan ke atas atau rod surfcasting (joran pantai).
Ia sangat berguna untuk mendapatkan jarak balingan yang jauh memandangkan keadaan permukaan sungai yang luas. Terutamanya untuk membolehkan umpan sampai ke alur atau laluan sungai yang mana merupakan laluan ikan juga.
Ads
Pemancing di sini yang memburu tenggalan masing-masing datang dengan bekal umpan hasil resipi sendiri. Rata-rata umpan yang diadun terdiri daripada bahan asas seperti dedak, kelapa sawit dan gandum.
Ads
Terdapat juga sesetengah yang menggunakan palet dan cengkerik. Jika berhajat untuk mengetahui umpan power menjinak tenggalan, pandai-pandai ayat manis dengan pemancing otai.
Antara teknik yang paling popular di sini ialah penggunaan mata bom. Selain itu, penggunaan mata rambai juga banyak diaplikasi oleh pemancing di sini selain mata tunggal dan dua mata.
Ads
Apa pun, musim tenggalan menjadikan sekitar Sungai Perak agak meriah dengan kebanyakan lubuk sepanjang sungai pasti dihuni oleh pemancing dari pelbagai golongan usia.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mungkin bagi sesetengah pemancing yang mempunyai duit yang lebih melihat enjin baru lebih berbaloi dimiliki. Harga pasaran yang masih konsisten membolehkan pemancing memilih untuk membelinya.
Terdapat pelbagai jenama seperti Yamaha, Suzuki, Mariner, Mercury, Johnson, Honda dan lain-lain jenama seperti Hidea keluaran China terdapat di pasaran tempatan.
Enjin 2 lejang atau 4 lejang boleh dipilih mengikut kehendak pemancing tetapi mungkin cuma harganya sedikit berbeza.
Di Malaysia, tiada had penggunaan kuasa kuda terhadap perairan padang pancing kita namun sesetengah negara luar, terdapat penguatkuasaan undang-undang terhadap had penggunaan kuasa enjin sangkut.
Memilih membeli enjin sangkut terpakai.
Sebenarnya ramai nelayan atau pemancing menjual dan mencari enjin sangkut terpakai. Berbeza dengan membeli enjin sangkut baru, pembeli haruslah meneliti dan melihat sendiri enjin terpakai tersebut supaya tidak kecewa setelah memilikinya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan seperti:-
1. Memeriksa badan enjin sangkut.
2. Memeriksa kipas enjin.
3. Meneliti kebocoran head enjin.
4. Memastikan tangki minyak dalam keadaan baik.
5. Memastikan hose penyalur minyak tidak bocor.
6. Bunyi rod tidak bising.
7. Enjin tidak bergegar.
8. Gear mudah dimasukkan ke hadapan dan mengundur.
Ia tidak mungkin 100% sempurna namun pembeli harus tahu penyelenggaraan enjin sangkut ini bukan mudah. Bayangkan enjin sangkut berkuasa 15 hp baru sama nilainya dengan sebuah motosikal kapcai.
Buat sedikit research mengenai kelong yang anda ingin pergi. Sekurang-kurangnya anda akan tahu struktur, kedalaman dan pelbagai perkara penting tentang kelong tersebut. Selain itu, kaji juga spesies ikan yang ada di kelong berkenaan. Dari sini anda boleh dapatkan petua dan info umpan yang sesuai untuk memancing ikan yang ada di kelong tersebut.
Tidak cukup dengan hanya membuat research tentang kelong itu sahaja. Kadang-kadang adalah perlu juga untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang arif tentang kawasan kelong yang hendak anda pergi. Cungkil seberapa banyak rahsia dan petua untuk memancing di kawasan kelong berkenaan.
Waktu air pasang besar dan air bani adalah dua masa berbeza untuk memancing di kelong. Ketika air bani arus kurang laju untuk pancingan yang santai bagi memancing ikan yang bermain di sekitar kelong untuk mencari makanan. Pada waktu pasang besar pula arus agar laju dan sedikit sukar untuk memancing. Namun ketika ini lebih banyak ikan masuk ke kawasan kelong.
Ini juga antara perkara yang paling penting untuk memancing di kelong. Iyalah, bukan semua kelong ada menyediakan khidmat makanan dan minuman. Adalah seelok-eloknya jika anda menyediakan keperluan bekalan minuman dan makanan ini secukupnya sebelum naik ke kelong. Kalau tak, nanti ada pula yang tak dapat memancing akibat menahan lapar.
Pastikan peralatan dan tiada yang tertinggal. Ada juga mendengar kes pemancing yang sudah membawa joran, tetapi terlupa membawa kekili dan pelbagai peralatan yang lain. Selain itu, penting juga bagi anda membawa joran spare. Iyalah, ada masanya kejadian tak diingini boleh berlaku dengan mudah. Sekurang-kurangnya, jika kejadian seperti joran patah, joran jatuh laut dan lain-lain berlaku anda sudah ada back-up plan. Jangan lupa bawa apollo! Dan jangan sesekali lupa untuk membawa tong ikan serta ais.
Jangan hanya fokus kepada pancingan bottom sahaja, sekali sekala cuba juga teknik yang berbeza seperti drifting, casting, jigging dan sebagainya (bergantung kepada jenis dan kedalaman kelong). Ini kerana bukan semua spesies ikan boleh dipancing dengan satu teknik.
Jangan lupa juga untuk membawa pelbagai jenis umpan yang berkemungkinan berkesan untuk memancing. Jangan bergantung harap kepada umpan hasil pancingan apollo sahaja yang belum tentu setiap masa ada.
Amat penting juga bagi mendidik pemancing menjadi warga yang menjaga kebersihan. Jangan sesekali meninggalkan umpan yang lebih dan ikan-ikan yang kecil di kawasan kelong. Dan janganlah juga membuang plastik atau sampah-sarap ke dalam laut. Jadilah warga yang bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar kita.
Paling penting untuk utamakan keselamatan diri anda. Pastikan anda kenal pasti barang di sekeliling anda yang boleh membantu jika musibah berlaku. Mana tidaknya musibah seperti rebut, hujan lebat dan sebagainya berlaku tanpa kita duga. Pastikan diri dan harta benda anda selamat dari sebarang kecelakaan yang tidak diingini.
Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancing yang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong belang tidak sukar untuk dipujuk.
Namun untuk memujuk gerong belang menyambar jig atau umpan tiruan lain memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong belang terhadap gewang yang dihulur.
Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang. Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Kebelakangan ini, apabila gerong belang semakin liat untuk membaham jig, pemancing yang bijak akan bertindak kreatif dengan meletak umpan tambahan pada jig. Lazimnya udang hidup atau sotong akan dicangkuk pada mata kail bersama jig demi meningkatkan lagi prestasi strike.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...