Sauh ialah sejenis benda, biasanya daripada logam, yang digunakan untuk menambat kapal ke dasar perairan sehingga tidak berpindah tempat kerana hembusan angin, arus ataupun gelombang laut.
Sauh dihubungkan dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau perahu.
Sauh ini telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim.
Terdapat beberapa jenis sauh yang biasa digunakan oleh nelayan dan pemilik bot seluruh dunia. Antaranya ialah…
➡ SAUH 1 MATA
Sauh ini mempunyai satu mata saja dan diperbuat dari besi tahan karat. Sauh jenis ini perlu diturunkan ke dasar dengan betul supaya matanya dapat terbenam ke dasar.
Ads
Tali anak perlu sesuai panjangnya supaya kedudukan mata sauh menghala ke bawah.
Kelemahan : Tidak boleh dilipat bagi memudahkan penyimpanan.
➡ SAUH 2 MATA
Terdapat banyak jenis sauh 2 mata ini. Ada yang boleh dilaras dan ada yang tidak boleh dilipat. Sauh 2 mata ini mudah digunakan kerana bagaimana pun ia terjatuh, matanya tetap akan menghala ke bawah. Sauh jenis ini mempunyai 2 mata dan tangkai di belakang.
Tangkai tersebut mempunyai kunci selak untuk memudahkan penyimpanan. Biasanya ia tidak terlalu berat dan sesuai di kawasan berpasir.
Ads
Mudah digunakan kerana mata sauh akan tetap menhala ke bawah. Biasanya digunakan kapal besar. Tidak mempunyai tali anak. Berat dan sukat diangkat kembali.
Mata boleh dilaras dan dilipat untuk memudahkan penyimpanan. Mata sauh boleh dilaras dan bergerak secara automatik.
Biasanya mata sauh perlu ditajamkan terlebih dahulu selepas dibeli. Selepas di tajamkan, barulah ia dapat berfungsi dengan baik.
Ads
➡ SAUH 4 MATA
Sauh 4 mata ini biasanya ada dijual di kedai peralatan memancing yang menjual jaring. Boleh dilipat dan ada jugak yang tidak boleh.
Ia mempunyai gelang kunci sepaya tidak terbuka bagi memudahkan penyimpanan. Besi yang digunakan tahan karat. Walau bagaimana pun, sauh ini kurang berkesan.
Kesemua sauh ini mempunyai berat sekitar 5kg hingga 12 kg yang biasanya digunakan bagi bot-bot kecil. Lagi besar bot lagi besarlah sauhnya.
Namun berat muatan yang dibawa juga boleh mempengaruhi keberkesanan sauh tersebut. Pastikan tali anak lebih kecil dari tali utama dan boleh putus sekiranya tersangkut pada reba.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, MENOTOK merupakan istilah kepada teknik pancingan dasar secara berhanyut.
Teknik menotok ini cukup popular di perairan Pelabuhan Kelang dan kaedah paling selamat untuk memancing di kawasan laluan kapal dagang.
Untuk memancing dan kembali dengan hasil dan selamat, beberapa panduan dan tips ini haruslah diaplikasikan.
TEPATI MASA
Kebanyakan jeti bot di kawasan perairan Pelabuhan Kelang terletak di kuala dan selat sungai yang cetek.
Oleh yang demikian faktor pasang surut air laut memainkan peranan sebelum anda menaiki bot.
Ini kerana jika air surut maka bot akan berhadapan untuk masuk atau keluar dari jeti.
Justeru itu apabila tekong menetapkan waktu tertentu untuk bergerak, maka patuhilah waktu yang telah ditetapkan.
PERALATAN SESUAI
Jangan segan untuk bertanya kepada tekong tentang peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan. Ia lebih baik kelihatan seperti tak tahu apa-apa daripada berlagak pandai.
Dari jenis kekili, joran, kekuatan tali, jenis perambut, mata kail dan batu ladung, sebaiknya tanyalah pada tekong kerana tekong sudah pastinya lebih arif.
JANGAN KEDEKUT UMPAN
Sotong kurita dan udang lipan merupakan umpan yang paling efektif di perairan ini khususnya untuk memancing ikan merah, jenahak dan kerapu.
Namun harga bagi seekor umpan terutamanya sotong kurita semakin hari semakin melambung harganya.
Tetapi, jika anda terlalu berkira-kira untuk membeli dan `sayang’ untuk menggunakannya, usahlah bermimpi untuk pulang dengan hasil penuh di dalam tong.
RABUT DAN PUTUS
Mana-mana tekong pasti akan meradang apabila kejadian rabut dan putus berlaku berulang kali terutamanya di lubuk ikan merah.
Atas sebab itulah anda sangat-sangat digalakkan mendapatkan nasihat tekong terlebih dahulu terutamanya pemilihan perambut dan jenis ikatan yang bersesuaian.
Jika putus juga itu cerita lain. Sekurang-kurangnya tekong tiada modal untuk menyalahkan anda lagi.
TINJAU SEKELILING
Jangan menunggu sehingga kapal membunyikan hon amaran sebagai tanda untuk beredar dari laluannya.
Anda pula jangan bergantung kepada tekong sahaja untuk memantau kedudukan kapal yang lalu lalang di kawasan anda berhanyut.
Ada kalanya tekong terlepas pandang juga. Bila mendapati ada kapal yang bergerak ke arah bot, cepat-cepatlah beritahu tekong walaupun ikan sedang galak membaham umpan di lubuk berkenaan.
JANGAN TIDUR SERENTAK
Ada ketikanya tekong akan terlelap juga ketika berhanyut terutamanya jika menotol pada waktu malam. Kalau lihat tekong tertidur ataupun sememangnya tidur untuk seketika, jangan pula ikut sama tidur.
Lagi parah kalau kesemua ahli trip ikut sama tidur. Dan ia akan menjadi tragedi lebih parah jika kapten kapal dagang yang sedap bergerak laju ke arah anda juga tertidur.
Seawal pagi kami berempat memulakan perjalanan menuju ke arah 180 darjah sebaik sahaja keluar dari muara Pulau Pintu Gedung. Biasanya kami akan menempuh alun agak tinggi di muara Pintu Gedung selepas berlakunya angin barat.
Alun menjadi semakin rendah apabila mula memasuki kawasan selat air dalam di kawasan laluan kapal. Jika alun berterusan, batalkan sahaja rancangan kerana aktiviti menotok akan terbantut disebabkan suasana yang amat tidak selesa.
Perjalanan akan mengambil masa selama 30 minit lagi untuk tiba di lokasi pertama. Kalau kekurangan umpan, boya merah terakhir di mana tempat kapal menukar haluan di hujung laluan masuk ke Pelabuhan Kelang boleh disinggahi untuk apollo anak-anak ikan.
Dari lokasi yang pertama kami akan berhanyut mencari lubuk didiami ikan dan ulang kembali di posisi sama sekiranya terdapat strike.
Jika tiada sambaran, sampan akan dibiarkan hanyut untuk tempoh masa tertentu sebelum berpindah ke lokasi berikutnya jika masih tiada sebarang sentapan.
Setibanya di lokasi, perkara pertama yang dilakukan ialah memerhatikan kapal dagang yang bertali arus. Hari itu saya memilih untuk memancing di Paloh 2 iaitu laluan kapal yang hanya melalui Selat Melaka tanpa singgah di Pelabuhan Kelang.
Paloh 3 pula ialah kawasan khas di mana kapal tangki dan kapal besar sahaja menggunakannya.
Saya memilih untuk berhanyut di celah antara laluan kapal di mana sebelah kanan ialah haluan yang menghala ke utara dan sebelah kiri haluan kapal yang menghala ke selatan.
Kawasan ini dikenal pasti sedikit selamat kerana kapal-kapal ini jarang menggunakan laluan tengah.
Cuma yang dibimbangi ialah sampan hanyut ke arah laluan khas untuk kapal. Setelah memastikan laluan selamat dan jauh dari kiri kanan laluan kapal, berulah peralatan digunakan.
Penggunaan kekili elektrik sangat efektif di kawasan ini kerana kedalaman air sekitar 60 meter ke atas. Kekili manual boleh digunakan sekirinya memiliki tenaga mengarau yang konsisten kerana ada ketikanya tali pancing perlu dikarau secepat mungkin apabila sampan disedari berada di haluan kapal.
Waktu ini, pasti hon kuat kedengaran dari kapal menandakan bot sudah hampir di haluannya.
Misi pertama ialah ikan demersal sebagai buruan utama seperti kerapu, jenahak, ibu gelama, gegerut dan kadangkala kaci serta tebal pipi. Perambut kekuatan 60 lb ke atas sepanjang 4 depa dengan tali utama 80 lb hingga 100 lb.
Ini berikutan jika tersangkut pada karang kebiasaannya perambut lebih kecil dari tali utama akan putus, dengan ini ladung terselamat daripada menjadi tukun.
Elakkan menggunakan kekili mendatar kerana ia lebih cepat meletihkan pemancing apabila disuruh karau setiap kali sampan ingin beredar ke lokasi lain.
Mata kail 5/0 jika mata tunggal atau 2 bentuk mata 3/0 digunakan mencangkuk seekor sotong kurita hidup.
Ladung biasanya saiz 24 agar ia terseret di dasar ketika berhanyut atau menotok. Kalau umpan hanyut jauh ke atas dari dasar peluang sentapan adalah tipis kecuali di kawasan yang adanya ikan pertengahan seperti GT, talang dan haruan tasik.
Jika sampan hanyut dengan melintang arus, 6 joran boleh dipasang sekali gus, jika ia hanyut senget memadai 3 joran sahaja.
Pastikan joran di belakang dihanyutkan jauh dari kedudukan pemancing kedua dan ketiga. Yang seronok menotok ialah cara sentapan dilakukan ikan. Oleh kerana umpan bergerak, ikan seperti marah dan menerkam dengan rakus.
Joran pula perlu dipastikan kuat dan diikat kemas pada sampan kerana banyak sentapan ikan adalah dengan mengejut. Beberapa kes joran tercampak kerap juga berlaku gara-gara pemancing leka menjaga dan mengikat joran.
Tentangan di awal sentapan cukup kuat dan ia berterusan hingga 1/3 dasar sebelum ikan demersal akan lumpuh apabila gelembung udara terhasil di mulutnya. Umpan perlu dilabuhkan satu persatu bagi mengelakkan tali pancing berbelit antara satu sama lain.
Umpan selain sotong kurita, udang lipan, pelaling mati, hirisan cabut, belanak, ikan tembakul, anak gelama da udang kertas boleh digunakan. Jika berhanyut pada malam hari sotong cumit adalah umpan nombor 1!
Sambil itu jika membawa sonar, sentiasa perhatikan tahap kedalaman air kerna ia berbeza di setiap kawasan. Bermula dari 30 meter hingga menjunam 70 meter.
Bila umpan masuk lubang dalam, hulurkan lagi tali pancing hingga ladung dikesan terhentak pada lantai dasar. Bila umpan terlepas jauh, ikan jarang mengejarnya.
Begitu juga apabila kedalaman menaik, tali pancing perlu dikarau sedikit. Jika tidak ia amat mudah melekat apabila memasuki kawasan berkarang.
Jika tersangkut karang, pegang joran sehingga lurus, dapatkan koyan kosong segera belitkan beberapa lilitan talipancing pada koyan kosong. Tahan sehingga putus. Jangan gunakan joran.
Sampan yang sedang berhanyut membantu pemancing menarik hingga terlepas sangkut berkenaan. Sama ada perambut atau tali utama putus itu soal kedua kerana melepakan tali sangkut adalah perlu.
Ambil dalam masa sejam setiap kali berhanyut sebelum naik ke arah arus semula. GPS adalah perlu sebagai panduan wajib bagi mengetahui arah sampan hanyut serta membuat data simpanan setiap kali sentapan terjadi.
Rujuk balik kawasan berlaku strike tadi melalui bacaan sonar untuk mengesan struktur dasar. Pasti ada karang atau lubang dalam tempat ikan bersembunyi.
Kemudian ulang laluan yang sama sehingga laluan berkenaan tiada lagi sebarang tanda sentapan ikan. Panduan utama berhanyut di kawasan ini ialah aliran arus.
Jika sampan berhanyut ke arah utara maka ia menandakan air bergerak surut dan jika sampan hanyut ke arah Singapura ini menunjukkan air pasang.
Kecuali bila angin menolak sampan lebih kuat daripada arus. Ketika berhanyut sentiasa ingat darat adalah sebelah timur manakala sempadan Indonesia di sebelah Barat.
Kalau panik hilang arah terutama ketika kabus atau jerebu, tuju timur sehingga nampak pedoman darat. Yang mudah dikesan ialah bukit Jugra, Banting.
Jika mengantuk, jangan tidur serentak, ambil giliran sebab apa yang penting seorang perlu berjaga mengawasi sebarang pergerakan kapal dan sentapan.
Ada masa kita pasti terserempak dengan bot Indon kecil yang disyaki membawa puluhan PATI melepasi sempadan. Yang kelihatan ialah tekong laut di bumbung bot, PATI berselindung macam ikan sardin di dalam kabin yang kecil.
Kalau boleh rujuk carta pasang surut air. Kunci penggera pada handphone waktu-waktu air dijadualkan bertukar arus.
Bila dah hampir masanya sentiasa standby atau pegang joran kerana waktu ini adalah paling produktif. Pastikan semua joran yang dilabuhkan, umpannya segar dan ditukar baru jika perlu.
Kadangkala seharian ikan berhanyut hasil hanya diperolehi dalam 10 hingga 30 minit sahaja ketika arus bertukar.
Waktu-waktu lain hanya dok termenung menunggu joran melentur sambil kena karau umpan yang sering kehabisan dikerjakan kumpulan ikan mengkerong.
Jika kena lubuk ikan jarang menolak umpan yang hanyut di depan mata masa arus lemah.
Biasanya waktu begini saya memilih untuk berhanyut berdekatan dengan lubuk potensi yang banyak sentapan sebelumnya.
Ini pernah terjadi di mana kesemua joran yang dilabuhkan mengena ikan. Yang mana satu ingin dikarau dahulu terpulanglah kepada pemancing itu sendiri.
Kalau pakai bangla suruh je bangla yang karau sambil perhatikan keputusannya. Nak kepuasan lebih, kayuh dengan kudrat tenaga tangan uatu pusing manual.
Jika trip menotok pulang dengan tangan kosong, baki umpan boleh digunakan untuk memancing di dalam sungai. Setidak-tidaknya ada ikan muara yang boleh menceriakan hati suram bak kata pepatah tiada enjin, dayung pun berguna.
Setelah trekking berkilometer jauhnya, memikul beg berat muatan berjam-jam lamanya, panjat bukit redah denai randuk sungai sampai berjelir lidah dibuatnya, tetapi bila sampai di lubuk memancing… jangan sia-siakan masa dan tenaga korang dengan melakukan perkara-perkara berikut…!
Celebrate Awal
Sesampai saja kat lubuk memancing korang terus celebrate kejayaan trekking dengan terjun, mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk. Dah puas celebrate barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik. Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan takut memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.
Berebut Spot
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip. Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama. Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.
Bajet Umpan
Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja. Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.
Tertinggal Alatan
Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian. Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.
Patah Semangat
Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi. Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down. Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.
Tidur
Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing. Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...