Jenis-Jenis Mata Kail & Kegunaannya (siri 3/3)

Share

 

Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan aktiviti memancing.

Untuk mendapat hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.

 

Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.

Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.

Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.

 

19) LARGE RING HOOKS

 

Mata kail ini tidak direka dengan bentuk yang unik malah hampir tiada beza dengan mata kail biasa.

Hanya lubang cincinnya agak besar yang membolehkannya ia sesuai digunakan bagi menyambungkan mata kail dengan perambut tanpa menggunakan ikatan.

Selain itu ia juga sesuai untuk menggantikan penggunaan mata tiga pada gewang terutamanya sesudu.

 

 

20) PRAWN HOOKS

 

Sebagaimana namanya, mata kail ini dicipta khusus untuk memancing udang terutamanya udang galah.

Ia dibentuk seperti bilah sabit bagi memudahkan hujung matanya yang halus, nipis dan tajam mudah menembusi mulut udang.

Selain udang, mata kail ini juga boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan yang tidak kuat melawan atau ikan-ikan kecil.

 

21. ABERDEEN HOOKS

 

Ia adalah mata kail biasa yang boleh digunakan untuk pancingan ikan air tawar dan air masin yang bersaiz kecil.

Ia biasanya diperbuat daripada logam yang lembut dan boleh dibentuk atau diubai suai beberapa kali sebelum kekuatannya menjadi lemah.

Walau bagaimana pun ia masih tajam dan mampu memegang ikan dengan baik apabila tercangkuk pada mulut ikan.

 

22. KAHLE HOOKS

 

Keluk pada mata kail ini menjadikannya ideal untuk umpan hidup. Dibuat dari logam yang sama seperti cangkuk Aberdeen, mereka akan membengkok jika digantung di bawah beberapa struktur.

Walau bagaimanapun, apabila ikan tertancap padanya, reka bentuk mata kail ini menghalangnya daripada diluruskan.

 

23) SINGLE HOOKS

 

Berbeza dengan mata kail tunggal yang lain, single hooks atau mata tunggal jenis ini lebih sesuai untuk kegunaan pada gewang.

Ia lazimnya digunakan bagi menggantikan mata tiga pada gewang atau jig. Perbezaan paling ketara mata tunggal jenis ini ialah kedudukan lubang cincin yang selari dengan teras mata kail.

Ia direka bentuk sedemikian rupa bagi membolehkan posisinya selari dengan pergerakan gewang.

 

24) JIG HEAD HOOK

 

Mata kail jenis ini didatangkan lengkap dengan pemberat pelbagai saiz dan bentuk yang dikhususkan bagi kegunaan pancingan teknik mengilat.

Lazimnya gewang soft plastic akan dicangkukkan pada mata kail ini. Selain soft plastic, umpan lain seperti anak ikan atau hirisan ikan juga boleh dicangkuk padanya.

 

 

25) ASSIST HOOKS

 

Pada awal penciptaannya, mata kail untuk kegunaan aktiviti pancingan teknik jigging ini direka bentuk dengan duri pandan berada di bahagian luar teras.

Namun kini kedudukan duri pandannya dibentuk sama sahaja dengan mata kail biasa. Assist hooks ini diperbuat daripada pelbagai jenis logam dan corak bentuk bagi kesesuaian teknik jigging yang ingin dipraktikkan.

 

 

26) DOUBLE HOOK

 

Double hook atau kail dua mata merupakan mata kail yang dikembarkan atau memiliki dua cangkuk.

Kail dua mata ini biasanya dipasang pada gewang permukaan seperti jump frog atau soft frog bagi tujuan mengurangkan masalah tersangkut pada objek yang terdapat di permukaan air atau pun di dasar perairan.

 

27) TREBLE HOOKS

 

Mata kail tiga atau mata tiga merupakan mata kail yang mempunyai tiga cangkuk. Ia digabungkan menjadi satu dengan tujuan meningkat peratus hook up berbanding mata kail tunggal.

Mata tiga ini biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis logam, saiz dan kekuatan. Mata tiga ini lebih banyak dipasangkan pada gewang.

Walau bagaimana dalam sesetengah teknik memancing ia turut digunakan menggantikan mata tunggal.

 

baca kembali : mata kail

Published by
Amang