Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan aktiviti memancing.
Untuk mendapat hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.
Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.
Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.
Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.
10) WORMHOOKS
Reka bentuk mata kail ini cukup luar biasa kerana mempunyai banyak ciri-ciri unik. Gap atau lekuk yang lebih luas untuk cengkaman dan pengekalan ikan yang lebih baik, dan
mengimbangi mata untuk mendapatkan umpan yang lebih baik, menstabilkan umpan, dan menghidupkan point untuk kurang kegagalan.
Mata kail ini banyak digunakan terutamanya dalam umpan yang agak ringan. Ia turut banyak digunakan bersama gewang soft plastick.
11) SWORDFISH HOOK
Mata kail tugas berat ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred tinggi. Ia didatangkan dengan kemasan yang digilap.
Mata kail ini mempunyai reputasi meluas di dunia kerana kualiti pembuatannya dan ketajamannya.
Tentu saja ia merupakan pilihan utama untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus monster sebagaimana nama mata kail itu sendiri.
12) OCTOPUS CIRCLE HOOKS
Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat. Mungkin inovasi terbaik dalam pembuatan mata kail terbaik masa kini.
Ia bukan saja mesra ikan tetapi juga mesra alam. Reka bentuk cangkuk itu sendiri, apabila digunakan dengan betul, menghalang ikan daripada tertelan hingga usus.
Ramai pemancing mempunyai masalah menggunakan kerana mereka tidak memerlukan sentapan untuk strike ikan.
Mata kail ini direka untuk bergerak ke sudut mulut ikan dan tertancap dengan kemas.
13) NAUTILUS CIRCLE HOOKS
Fungsi dan reka bentuk hampir sama dengan octopus circle hook. Namun ia lebih ringan dan nipis dan amat sesuai untuk kegunaan pancingan berhanyut dengan menggunakan umpan hidup yang lebih kecil.
Dalam pancingan sukan seperi pancingan ikan layaran, mata kail ini adalah pilihan terbaik terutamanya untuk memanjangkan hayat umpan hidup yang kecil seperti tamban.
14) SHINER HOOKS
Mata kail ini direka bentuk berdasarkan bentuk udang. Jika anda perhatikannya betul-betul terbukti ia dibentuk seperti udang.
Berdasarkan reka bentuk tersebut maka ia merupakan mata kail yang paling efisien untuk menyangkuk umpan udang sama ada udang hidup atau pun udang mati.
Cara penggunaannya juga pelbagai. Sama ada menyucuk ke dalam badan udang melalui bahagian ekor atau menggantung seekor atau lebih udang.
Selain itu ia juga sesuai untuk memancing spesies ikan keli atau tongsan yang bermulut luas.
15) ISEAMA HOOKS
Mata kail yang diperbuatan daripada carbon steel ini dengan warna permukaan yang terang berkilat.
Point atau hujung mata kailnya amat tajam dan amat sesuai untuk memancing ikan-ikan yang bermulut tebal dan keras.
Mata kail ini amat sesuai untuk digunakan dengan perambut berangkai dan menjadi pilihan utama untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil. Malah ia juga bagus untuk memancing ikan patin dan pacu.
16) CARP HOOKS
Sepadan dengan nama khususnya, carp hooks direka cipta untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Ia diguna secara meluas terutamanya dalam terma course fishing.
Selain itu ia juga sesuai untuk terma pancingan layang. Berikutan kedua-dua terma memancing agak kurang menonjol di negara kita maka ramai pemancing di negara kita kurang pendedahan keberkesanan penggunaannya.
17) BREAM HOOKS
Bream hooks sangat sesuai untuk menangkap ikan di laut. Dengan teras pendek dan tempaan keluli tambahan yang kuat menjadikannya sangat kuat.
Sepadan dengan namanya juga ia merupakan mata kail utama untuk memancing ikan yang bergigi keras dan berahang kuat seperti ikan kuku dan bayan, yang sememangnya terkenal dengan kekuatan kunyahannya.
Ia juga mata kail alternatif untuk memancing ikan yang mampu mematahkan teras mata kail seperti ikan pacu.
18) CHINU HOOKS
Mata kail yang diperbuat daripada karbon tinggi yang sangat kuat dan ringan. Ia dibentuk bagi menghasilkan cengkaman tinggi dan membantu proses tancapan yang sempurna.
Ketajamannya diasah dengan kimia. Pateri mata kail ini membantu meningkat nisbah cangkukan terutamanya apabila menyasarkan spesies ikan menggigit dan mengunyah umpan.
Mari baca : 9 lagi mata kail terbaik