Perkataan mabuk sememangnya sinonim dengan aktiviti memancing. Mabuk yang paling popular tentulah mabuk laut.

Sebenarnya bukan mabuk laut saja yang terdapat dalam dunia memancing. Banyak lagi mabuk jenis lain yang ada tetapi tidak diketengahkan.

Berikut merupakan jenis-jenis mabuk melibatkan hobi memancing.

 

MABUK LAUT

Sejenis mabuk yang paling lumrah dalam dunia memancing. Sejenis mabuk yang paling tidak disukai oleh mana-mana pemancing terutamanya pemancing yang baru berjinak-jinak dengan pancingan laut dalam.

 

MABUK JIG

Mabuk jenis ini hanya dialami oleh jigger pada dua situasi. Situasi pertama ialah ketika memilih jig untuk dibawa ke trip jigging.

Terlalu banyak sangat jig nak dipilih sampai tak tau nak bawa yang mana. Situasi kedua adalah ketika untuk menggunakannya.

Jadi bingung secara tiba-tiba yang menyebabkan seperti hilang kewarasan untuk memilih dan menggunakannya.

 

MABUK TRIP

Mabuk jenis pulak bukannya berlaku ketika dalam trip memancing. Sebaliknya berlaku dalam minda yang mengakibatkan kepala seperti nak kebabom.

Ia berlaku apabila banyak tawaran untuk join trip muncul secara serentak. Semua trip best belaka sama ada pada tarikh serentak atau terlalu rapat satu trip dengan trip yang lain.

Ads

 

MABUK DARAT

Berbanding mabuk laut yang berlaku ketika sedang memancing, mabuk darat pula terjadi sebaik saja pemancing pulang darat memancing.

Atau lebih lagi ia terjadi sejurus pemancing memijak daratan. Mabuk jenis ini lebih parah kesannya berbanding mabuk laut dan tiada ubat atau penawar untuk mengatasinya.

 

MABUK HASIL

Mabuk jenis hanya dapat dikesan setelah berakhirnya sesuatu trip memancing terutamanya trip memancing laut dalam.

Pemancing yang diserang mabuk ini dapat dikesan ketika proses pembahagian hasil pancingan.

Para pemabuk ini tanpa segan silu berusaha untuk mendapatkan hasil pancingan yang berkualiti walaupun hasil pancingan tersebut bukannya beliau yang perolehi.

 

Ads

MABUK SPOT

Mabuk jenis ini biasanya dialami oleh tekong atau juru pandu pancing ketika membawa pemancing menguji lubuk-lubuk berpotensi.

Berpotensi menurut fahaman tekong dan juru pandu pancing itulah. Oleh kerana terlalu banyak lubuk atau spot yang hendak diuji, ia berkesudahan dengan satu spot pun tidak memberikan sebarang hasil kepada pemancing.

 

MABUK KERUSI

Kerusi yang dimaksudkan dalam mabuk jenis ini ialah seat atau posisi kedudukan tempat memancing.

Lazimnya ia berlaku dalam trip memancing memancing di laut dalam sama ada trip jigging ataupun trip bottom.

Kerusi yang sering direbutkan tentulah spot di bahagian belakang bot. Pemancing yang terkena mabuk jenis ini tidak akan mengalah kepada pemancing untuk terus memiliki kerusi tersebut setiap kali trip.

 

Ads

MABUK KUASA

Mabuk jenis ini biasanya dialami oleh pemancing yang bersifat ketua dalam sesuatu trip berkumpulan.

Atau seseorang yang paling banyak mengeluarkan belanja untuk sesuatu trip. Mabuk kuasa yang dimaksudkan ialah bersikap bossy yang gemar memerintah itu ini kepada ahli trip yang lain, seolah-olah pemancing lain itu seperti budak suruhannya.

 

MABUK GEWANG

Mabuk mabuk jenis hampir sama dengan mabuk jig juga. Bezanya, ia bukan berlaku di laut atau sungai sebaliknya di atas darat.

Pemabuk gewang ini sebenarnya adalah pengumpul gewang. Apa saja gewang yang viral atau berstatus gewang keramat akan dimilikinya dengan apa cara sekali pun.

Namun gewang tersebut langsung tidak digunakan ketika memancing. Malah, ada juga yang memancing atau casting pun tersangat jarang.

 

MABUK KUMPAU

Mabuk jenis ini sebenarnya lebih digeruni berbanding mabuk laut. Sebagaimana mabuk laut, mabuk jenis ini juga tidak diingini oleh mana-mana pemancing sekalipun.

Memang tidak ada pemancing yang memancing untuk kumpau. Bezanya, mabuk jenis bukan berlaku ketika memancing.

Sebaliknya berlaku selepas habis memancing berakhir dengan kumpau. Bila dah kumpau maka tingkah lakunya seperti orang mabuk dengan melakukan perkara yang pelik-pelik.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI