Batu Ladung berbentuk panjang atau lonjong juga antara jenis pemberat yang biasa digunakan oleh pemancing tidak kiralah di pantai, kolam mahupun tasik.

Batu jenis ini sangat efektif digunakan untuk pancingan tepi pantai ataupun kuala. Batu ladung jenis ini juga boleh diguna pakai untuk pancingan di kawasan berbatu karang.

Bentuknya yang menajam di kedua-dua hujung berpotensi untuk mengelakkan perambut anda dari tersangkut di celah-celah batu karang.

Sama seperti batu ladung bulat, saiz batu ladung panjang juga digunakan mengikut kawasan memancing anda.

 

Batu hidup merupakan sejenis pemberat yang membenarkan tangsi bergerak bebas melaluinya tanpa diikat.

Kebiasaannya batu jenis ini sesuai digunakan di kawasan muara dan ia juga sering digunakan untuk memancing di tasik, sungai atau kolam-kolam komersial.

Penggunaan batu jenis ini amat sesuai digunakan untuk memancing ikan siakap di muara-muara sungai kerana bagi sesetengah ikan (seperti siakap) ia akan memuntahkan kembali umpan apabila terasa ‘berat’ dan umpan tersangkut-sangkut pergerakannya.

Jenis batu hidup yang popular ketika ini ialah ladung biji kana dan ladung bulat.

Ads

 

 

Batu sauh amat popular digunakan oleh kaki pancing dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Batu jenis ini amat bersesuaian digunakan di kawasan yang berarus deras terutamanya sewaktu air jalan pasang ataupun jalan surut.

Fungsi dawai di sekeliling batu sauh ini adalah untuk memastikan batu ini dapat mencengkam dasar laut sekali gus mengelakkan dari perambut kita dihanyutkan arus deras.

 

 

Ads

Terdapat beberapa jenis batu ladung leper. Salah satunya direka untuk memastikan umpan tidak hanyut apabila dilontar ke kawasan tepi pantai. Namun begitu, batu jenis ini lebih sesuai digunakan untuk joran aksi ringan sahaja.

Ini kerana, kebiasaannya, ikan-ikan target untuk batu jenis ini hanyalah untuk ikan-ikan kecil seperti gelama, bolos dan sewaktu dengannya sahaja.

Satu jenis lagi batu ladung leper ialah yang kini menjadi pilihan ramai pemancing dasar laut dalam. Batu ladung leper ini biasanya datang dengan nombor berat sebenar batu ladung tersebut seperti 720 dan sebagainya.

Jenis-Jenis Batu Ladung & Kegunaannya!!

 

Batu kepit atau split shot adalah sejenis pemberat atau batu ladung di mana terdapat banyak penggunaannya.

Ads

Batu kepit adalah pemberat yang terdapat lurah pada badannya, di mana ia dikepilkan pada tali atau perambut untuk memberi berat pada umpan atau tali.

Penggunaannya pula amat senang sekali iaitu dengan memasukkan tali ke celah lurah dan mengepitnya.

 

 

Terdapat pelbagai lagi jenis batu ladung yang ada di pasaran masa kini. Ada batu yang berbentuk diamond, piramid, buah kana dan sebagainya. Namun begitu, pemancing haruslah bijak untuk menggayakan kegunaan batu ladung ini mengikut kepada spot memancing anda.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI