Jenis-Jenis Batu Ladung Custom!!

Share

 

Custom Besi

Besi juga sebenarnya berpotensi untuk dijadikan pemberat. Carilah besi-besi terbuang atau terpakai yang memiliki lubang dan berpermukaan tidak terlalu tajam. Perkara ini agak penting agar mudah digunakan dan tidak merosakkan tali pancing. Bahkan ramai juga pemancing menggunakan besi bar untuk menggantikan ladung timah di pancingan laut dalam. Cuma kelemahan besi, ia mudah berkarat jika digunakan di air masin. Untuk kegunaan jangka masa panjang, mungkin cat boleh membantu.

 

Custom Kaca

Pernah juga terdengar kaca diusulkan jadi pengganti timah. Isi padu kaca agak padat dan sisinya mudah dibentuk halus dan tidak melukai. Selain itu, kaca berbentuk cembung (bebola) tidak mudah pecah. Selain itu, dikatakan warnanya yang transparent dapat menarik perhatian ikan. Cuma pembentukkan agak rumit dan kos yang sedikit tinggi tetapi masih boleh dilakukan jika benar-benar mahu menggantikan timah.

 

Custom Batu

Batu adalah barang alami yang dianggap paling mesra lingkungan untuk dijadikan pengganti timah. Cuma batu agak sukar untuk ditebuk untuk membuat lubang. Dikatakan, beberapa pemancing menggunakan bungkusan plastik untuk menyambungkannya ke rangkaian pancing. Masalahnya, plastik itu sendiri adalah satu sumber pencemaran. Yang pasti batu adalah mesra alam. Mungkin anda mampu memikirkan cara-cara untuk menggunakan batu sebagai batu ladung.

 

Lain-lain Custom

Banyak barang lain yang boleh dijadikan pengganti timah sebagai pemberat pancing. Bancuhan simen dan pasir yang dikeraskan dalam acuan tertentu juga boleh dijadikan pemberat. Begitu juga dengan stainless steel. Stainless steel berbentuk bar merupakan pengganti timah yang paling ideal, kecuali harganya yang sekeras sifatnya juga. Dan yang paling popular digunakan sejak dahulu ialah spark plug.

Published by
Amang