Tenggiri Batang
Nama saintifik: Scomberomorus commerson
Nama Inggeris: Narrow-barred spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri batang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral mendadak bengkok ke arah bawah di bawah hujung sirip dorsal kedua. Badan bertanda dengan pelbagai corak nipis dan jalur menegak berombak.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 220 cm, namun saiz ditemui biasanya sekitar 90 cm.
Tenggiri Papan
Nama saintifik: Scomberomorus lineolatus
Nama Inggeris: Streaked seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri papan, tenggiri musang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral melintang hampir lurus ke bawah finlet sirip dorsal kedua, berakhir dengan sedikit bengkok ke bawah ke arah lunas kaudal padunkel.
Bahagian atas badan ditanda dengan corak yang tidak teratur, mendatar dan garis hitam mengecil dan berpecah.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesies paling besar ditemui kurang dari 70 cm.
Tenggiri bunga
Nama saintifik: Scomberomorus guttatus
Nama Inggeris: Indo-Pacific king mackerel, Spotted Spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri bunga
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral hampir lurus ke bahagian bawah pertengahan sirip dorsal kedua dan bengkok ke bawah di pertengahan kaudal padunkal.
Terdapat kira-kira tiga baris warna gelap berbintik tidak teratur pada sisi badan. Gerigi sirip dorsal berwarna gelap sehingga tulang belakang kelapan dan putih.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 76 cm namun biasa ditemui dalam saiz 55 cm sahaja.
Tenggiri Korea
Nama saintifik: Scomberomorus koreanus
Nama Inggeris: Korean Seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri Korea, Luding, Dengkeh, Dengkel
Ciri-ciri diagnostik: Kedalaman tubuh jauh lebih besar dari panjang kepala. Garis lateral secara bertahap melengkung ke bawah ke arah kaudal pedunkal atau tangkai ekor. Sirip dorsal pertama berwarna hitam. Namun spesies ini semakin diancam kepupusan.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 150cm namun biasa ditemui dalam saiz 60cm sahaja.