Ikatan asas shock leader atau perambut kejutan ini biasanya digunakan apabila anda ingin menghubungkan dua jenis tali berlainan diameter. Dalam erti kata lainnya, anda boleh menggunakan ikatan ini bagi menghubungkan juga tali dari jenis yang sama tetapi berlainan diameter.
Tujuan penyambungan shock leader adalah bagi membolehkan anda menambah kuasa pada pancingan anda selain dapat menambah jarak lontaran gewang.
Tutorial 1
Pertama sekali buatkan lingkaran 8 figure knot (anda boleh carian tutorial 8 figure knot dalam website ini jika tidak tahu menghasilkannya). Jangan ketatkan lingkaran yang dihasilkan terlebih dahulu.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran yang dihasilkan. Sebaiknya masukkan tali kira-kira sejengkal panjang atau lebih. Kemudian barulah tarik dan ketatkan lingkaran 8 figure knot dengan kuat.
Tutorial 3
Lilitkan hujung tali pada shock leader kira-kira 5 lilitan atau lebih.
Tutorial 4
Kemudian bawa hujung tali ke arah simpulan tadi hingga terbentuk satu lingkaran bulat sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 5
Seterusnya lilit pula hujung tali pada tindanan tali di dalam lingkaran sebanyak 5 kali juga.
Tutorial 6
Setelah itu tarik perlahan-lahan hujung tali sehingga satu simpulan ikatan terbentuk pada shock leader seperti mana di dalam gambar.
Tutorial 7
Seterusnya tarik kedua-dua bahagian utama tali sehingga kedua-dua simpulan merapati antara satu sama lain. Tarik sekuat mungkin.
Tutorial 8
Kemudian potong lebihan hujung kedua-dua jenis tali. Boleh juga bakar bahagian hujung tali terutamanya shock leader kerana ia dapat membantu kelancaran keluar masuk tali pada joran.