Sekiranya anda masih baru berkecimpung dalam arena pancingan kolam air tawar, anda akan terdengar istilah berkaitan dengan ikan patin.

Pasti ia akan membuatkan anda terpinga-pinga kerana tidak faham dengan istilah tersebut.

 

PATIN SELIPAR

Patin selipar bukanlah bermakna ikan patin memakai selipar atau diperbuat daripada getah atau isinya liat seperti selipar. Sebaliknya ia merujuk kepada ikan-ikan patin bersaiz kecil.

Lazimnya ikan patin yang bersaiz kurang dari 2 kg di mana saiz-saiz ikan tersebut hampir menyamai saiz selipar. Ia bolehlah dianggap sebagai ikan pengacau kerana sering mendahului ikan-ikan lain bersaiz besar mengambil umpan.

 

 

PATIN REMPIT

Rempit cukup sinonim dengan kelajuan. Begitu juga sifat ikan patin yang mampu memecut laju seperti merempit.

Namun tabiat ini tidak berlaku kepada semua patin. Dikatakan ikan-ikan patin dalam lingkungan berat 3 hingga 5 kilogram memiliki daya pecutan yang mengelirukan.

IKLAN

Justeru itu ikan-ikan patin dalam saiz begini dilabel sebagai patin rempit.

 

 

PATIN ABOH

Patin abah atau lebih banyak banyak disebut sebagai patin aboh bukanlah merujuk kepada status atau pangkat. Bukan juga bermaksud patin yang sudah melepasi zaman

kematangan atau sudah menghasilkan baka. Sebaliknya ia lebih merujuk kepada saiz ikan yang besar. Lazimnya ikan patin bersaiz melebihi 7 atau 8 kilogram dipanggil patin aboh.

 

 

IKLAN

PATIN PODIUM

Perkataan podium amat sinonim dengan pertandingan. Tetapi bukanlah bermakna patin podium merupakan patin yang pernah menjuarai pertandingan.

Sebaliknya patin yang bakal atau mampu menduduki podium utama. Saiznya pula bergantung kepada purata patin terberat di sesuatu kolam.

Sekiranya di kolam itu memiliki patin terberat melebihi 10 kg dan anda berjaya mendaratkan patin dalam radius saiz tersebut maka patin tersebut dianggap sebagai patin podium.

 

 

PATIN LOMBONG

IKLAN

Ia pasti mengelirukan jika anda mendaratkan patin di kolam tetapi ada pemancing yang menyebutnya sebagai patin lombong. Ia sebenarnya merujuk kepada lokasi asal patin

tersebut kerana kebanyakan kolam menempatkan patin-patin yang diternak di sangkar atau kolam. Sementara patin lombong merupakan patin liar dari lombong.

Patin lombong ini lazimnya amat cerewet memilih umpan dan bertenaga berbanding patin ternak.

 

 

PATIN IMPORT

Dalam sukan memancing juga ada pemain import sebagaimana liga bola sepak. Ia lazimnya merujuk kepada ikan-ikan patin yang dibawa masuk dari Thailand.

Terdapat dua jenis patin import yang popular dan menjadi spesies tarikan kebanyakan kolam pancing air tawar iaitu patin Mekong dan patin Chaophraya.

Kedua-duanya mampu membesar dan bertenaga mengatasi patin tempatan.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI