Insiden Yang Tak Diingini Pemancing

Share

 

Best ke jadi pemancing? Di sebalik keseronokan hobi memancing ni sebenarnya ia antara hobi yang berisiko dan boleh mendatangkan musibah. Berikut merupakan antara kemalangan yang sinonim dengan hobi memancing.

 

Mabuk laut

Ia merupakan kemalangan yang paling pahit yang dapat dirasai ketika kemalangan. Risiko yang kerap terjadi kepada kaki pancing yang tidak biasa atau tidak selalu turun memancing di laut. Kepada yang alah dan mabuk laut, tetapi mahu turun memancing di laut, persediaan perlulah dilakukan dengan baik.

Telan pil tahan mabuk setengah atau sejam sebelum menaiki bot. Selain itu elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak sebelum menaiki bot. Rehat dan tidur yang cukup sebelum trip ke laut adalah tonik terbaik sebelum anda seronok memancing tanpa diganggu mabuk laut. Buat persiapan awal setup memancing.

 

 

Risiko Kerosakan

Barang peribadi telefon bimbit, kamera antara gajet yang majoritinya kaki pancing akan bawa setiap kali memancing. Kaki pancing perlu bersedia dengan beg kalis air untuk melindungi dua barangan ini dari terkena hujan atau jatuh ke dalam air.

Elakkan meninggalkan kereta di kawasan yang terpencil dan dalam tempoh yang lama tanpa sebarang pengawasan. Kes tayar kereta hilang dicuri, kereta di pecah masuk atau hilang antara kes-kes yang pernah berlaku. Jangan jadikan anda mangsa keadaan.

 

 

Kumpau Berdarah

Kumpau atau kumpau berdarah adalah istilah terma yang masyhur dan sering diguna pakai dalam hobi ini bila tidak dapat ikan. Ia adalah risiko yang kaki pancing perlu sedar. Ingat, hobi memancing bukanlah satu bentuk pekerjaan, sebaliknya ia lebih kepada satu hobi yang mampu memberi keasyikan dan ketenangan diri pada ketika bertarung menaikkan ikan buat insan-insan yang terpilih. Kumpau merupakan kemalangan yang paling hampir dengan pemancing dan kemalangan yang paling banyak menimpa pemancing.

 

 

Mancing Tak Ajak

Gejala kena tinggal (tak diajak dalam sesuatu trip memancing) ini merupakan fenomena terbaru dalam dunia memancing yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa. Sesiapa yang pernah mengalaminya saja yang dapat gambarkan remuknya hati dari kesan kemalangan tersebut.

 

Gigitan Ikan

Selain disengat ikan berbisa, ikan-ikan yang bergigi tajam atau memiliki sirip berduri juga boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini. Ikan-ikan bergigi tajam seperti toman, alu-alu atau malong sudah diketahui boleh mendatangkan kemalangan jika tidak dikendalikan dengan hati-hati.

Begitu juga dengan ikan patin. Walaupun tidak memiliki bisa namun sirip berduri atau sengatnya itu boleh mendatangkan kecederaan yang menyakitkan jika menembusi anggota badan. Malah ikan puyu sekecil dua jari itu juga boleh menimbulkan masalah yang amat besar jika melompat masuk ke dalam mulut.

 

 

Sesat

Pernah mengalami kejadian sesat ketika memancing. Jika pernah, anda boleh tahu betapa bingungnya macam mana ia boleh berlaku. Untuk elakkan sesat, sentiasa berteman di sesuatu lokasi yang belum anda pernah sampai. Jika menjarakkan diri di kawasan yang tiada liputan telefon pula, pastikan anda dapat melihat kelibat rakan anda dan rancang dengan rakan-rakan terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpecah lokasi. Jika berkemampuan, dapatkanlah peranti GPS.

 

 

Lemas

Suka atau tidak, risiko lemas ketika memancing merupakan risiko yang paling rapat dengan pemancing. Tentu saja kerana memancing dan air tidak dapat dipisahkan. Namun tiada sebab mengapa anda tidak memakai jaket keselamatan sebaik sahaja anda menaiki bot, lebih-lebih lagi bot fiber ketika memancing.

Sentiasa periksa dan sematkan jaket keselamatan dengan baik. Sekiranya bot karam dan terbalik, jangan sesekali panik. Cuba bertenang dan capai benda yang boleh terapung seperti tong minyak. Elakkan memakai pakaian yang berat seperti seluar jean ketika memancing.

 

Published by
Amang