Insiden Yang Menyebabkan Pemancing Selalu Hilang Gewang!!

Share

 

Boleh dikatakan peratus paling tinggi punca kehilangan gewang disebabkan ia tersangkut pada objek di dalam air seperti reba. Tanpa penyelamat gewang dan tidak berani mengambil risiko untuk terjun menyelamatkannya maka terpaksa akan kehilangannya.

 

Biasanya ia berpunca dari utama tersekat atau terputus yang mengakibatkan gewang yang sedang dilontar terbang melayang jauh. Nasib untuk menemui gewang kembali masih ada tetapi jika gewang jenis tenggelam maka ia akan menghilang dalam sekelip mata.

 

Kecuaian tidak mengunci snap atau kili dengan betul juga menjadi punca gewang hilang sejurus pemangsa menyambar gewang. Ia tidak semestinya dilakukan oleh pemangsa bersaiz kasar kerana haruan bersaiz curut pun mampu melarikan gewang itu dengan mudah.

 

Situasi hampir sama iaitu tersangkut pada sesuatu objek. Bezanya, gewang ini dapat dilihat tersangkut di atas pokok tetapi tidak dapat untuk diselamatkan atas beberapa sebab tertentu. Jalan terakhir terpaksalah diputuskan tali pancing dan berharap tiada siapa menemuinya.

 

 

Biasanya gewang jenis selaman dalam yang menjadi mangsa keadaan. Kesilapan atau mungkin juga kedegilan menggunakan gewang selaman dalam di lubuk yang cetek mendorong gewang tersangkut pada sesuatu objek di permukaan dasar.

 

Ada banyak cara bagaimana gewang hilang disebabkan oleh kecurian. Tetapi kecurian yang paling menyakitkan hati adalah apabila ingin menggunakan gewang tersebut barulah sedar ia sudah hilang tanpa disedari dan tiada sebarang petunjuk siapa yang mencurinya.

 

Selain kedekut berkongsi spot, kebanyakan pengilat juga tidak mudah untuk memberi pinjam gewang apatah lagi jika gewang berstatus rare atau tahyul. Ia adalah satu jenis kehilangan yang menyakitkan hati apabila diberi pinjam dan si peminjam hilangkannya tanpa rasa bersalah.

 

Jangan kata isteri tidak menyumbang kepada punca kehilangan gewang. Cubalah lebih kerap pergi casting tanpa menghiraukan bebelannya. Ia bukan tidak mengamuk secara fizikal kepada anda tetapi akan menjadikan peralatan memancing termasuklah gewang anda sebagai mangsa amokkannya.

 

 

Ia mungkin jarang berlaku tetapi sekiranya anda meminjam gewang member dan menyebabkan gewang tersebut hilang, maka ia perlu diganti balik dengan gewang yang sama. Ini merupakan punca kehilangan gewang paling adil di antara banyak punca kehilangan gewang.

 

Unsur judi sememangnya tidak dapat lari dari dunia memancing. Bentuk pertaruhan pula tidak semestinya duit. Pertaruhan dalam bentuk gewang sebenarnya sudah lama berlaku. Jadi, kalau tak nak gewang kesayangan dalam pertaruhan, jangan sesekali menyahut cabaran sebegini.

 

 

Published by
Amang