Insiden Tak Diingin Ketika Memancing!!

Share

 

Sayur Keladi

Pernah sekali, misi menyelamat bot member terbalik. Tengah kalut-kalut entah macam mana tak perasan treble hook popper sangkut kat seluar, dah lama terasa pedih… nah terpacak kat peha. Mujurlah hook  standard, senang nak potong. Tapi nak menembusnya tu yang syahduuuuu…!

 

 

Mohd Shaharol

Bagi saya ilmu kena ada dari segi pengendalian bot dan peka perubahan cuaca, pasang surut air dan lapang pancingan. Jika ilmu masih kurang kita perlu cari seorang yang mahir dalam semua aspek. Sentiasa alert ketika melontar gewang dan semasa kita menghampiri rakan yang sedang casting untuk mengelakkan terjadi kemalangan yang tidak diingini. Sentiasa bawa peti pertolongan cemas untuk rawatan awal jika berlaku kemalangan. Di samping itu penggunaan life jacket mesti diutamakan jika kita boating.

 

Ct Dahlia Yusoffie

Sikap… paling utama tidak gelojoh dan berebut-rebut nak baling umpan. Sentiasa alert dan ambil ruang yang selesa. Pastikan semua selamat & beri isyarat pada kawan di sekeliling bila anda hendak melontar umpan.

 

Zanpaktou Azhar

Ya saya ada pengalaman ketika land ikan siakap di kolam, Kedah. Waktu tu casting pukul 3 pagi. Disebabkan malas nak guna lip grip yang memang dah ada tergantung dekat pinggang… sekali siakap tu menggelupur…  single hook dah lekat dalam jari daaa…!

 

 

Amir Saifudin Ahmad

Dalam banyak kes… kecederaan berpunca daripada kecuaian sendiri. Suka anggap keselamatan tu perkara remeh.

 

Wan Bukhari

Bertindak melulu… atau tidak berhati hati dalam dunia hanyir akan mendapat risiko tinggi. Kita seharusnya praktik dan belajar terlebih dahulu sebelum turun padang pancing.

 

Kelisa Merah

Tertusuk gewang atau mata kail ni asam garam seorang pemancing. Memang tak dapat nak dielakkan bila leka atau kurang berhati-hati bila memancing. Apa pun jangan cepat panik bila berlaku kejadian tersebut jadi kepada kita. Cuba keluarkan dahulu mata kail yang tertusuk di anggota badan dan jika ianya tak dapat dikeluarkan saya cadangkan cari la klinik atau hospital berhampiran.

 

Ranting Taib Andak

Memang betul malang tak berbau tapi kita boleh beringat. Walaupun pandai berenang jangan la kita cuai dengan keselamatan. Sekurang-kurangnya pakai la jugak life jacket. Peti first aid pun kalau boleh bawak la. Sekurang-kurangnya boleh digunakan dalam kecemasan… yang penting SAFETY FIRST!

 

 

Awang Yusri

Elakkan memegang ikan yang baru landing guna tangan. Sebaiknya pakai lip grip… terutamanya ketika sesi bergambar. Guna playar ketika buka mata kail dari mulut ikan. Antara dua faktor yang ambe jumpa penyebab solid hook-up kat jari.

 

Awal Awie

Nak rasa macamana sakitnya ikan kena mata kail… huhu. Biasa la kalau main dengan mata kail.

 

Shamsul Adha

Ya malang memang tak berbau tapi boleh kita berhati-hati. Pandang sekeliling sebelum cast. Elakkan bergurau keterlaluan. Sentiasa guna playar dan lip grip.

 

Afj El Toyek

Fuh… ingat lagi duri baung terbenam kat ibu jari. Gigil dibuatnya.

 

 

Kd Negri

Kesabaran dan tenang dalam apa jua keadaan… inshaallah selamat.

 

Salamander Cool

Jangan gelojoh dan bersabar… sabar itu penting.

 

Published by
Amang