Bohong namanya kalau ada yang cakap tak kisah pun tak dapat ikan… janji dapat mancing je. Kalau selepas kumpau cakap macam tu memang biasa la. Kalau boleh tau hari tu akan kumpau gerenti ramai yang tak pergi mancing hari tu. Untuk mengelak kumpau daripada berlaku, kami sediakan sebab musabab yang menjadi asbab.
Silap pilih umpan
Ikan pun macam manusia jugak ada masa berubah diet. Ada masa nak udang… ada masa nak makan sotong… ada masa nak makan cacing. Kalau guna umpan cacing masa dia nak makan udang maka kumpau la sudahnya.
Tak faham diet ikan
Salah satu ilmu memancing yang perlu dipelajari adalah mengenal diet pemakanan ikan yang hendak dipancing. Contohnya kalau nak pancing ikan toman, kenalah tahu toman makan apa. Kalau guna umpan yang sama macam nak pancing ikan patin maka sampai berjanggut la tak berhasil.
Belajar tak habis
Bila dengar orang cakap casting guna gewang boleh dapat ikan, kita pun gunalah gewang untuk pancing ikan patin. Korang faham tak apa yang admin nak sampaikan ni?
Salah teknik
Sepatutnya guna teknik casting pasal ikan kat lubuk tu jenis rakus menyambar tapi kita pergi memancing guna teknik bottom. Bila guna gewang pun rendam macam pancing bottom. Mana nak dapat ikan!
Malas nak periksa umpan
Tak ambil peduli sama ada umpan masih ada atau sudah habis dibelasah anak ikan. Ikan walau lapar tahap kebulur sekali pun takkan nak bukak mulut makan mata kail kosong.
Bising macam pasar
Kalau dah bising tahap macam kenduri kahwin, mana maunya ikan nak makan umpan. Jangan kata nak makan umpan, nak stay kat lubuk tu pun belum tentu.
Masa tak sesuai
Ikan ni pun ada waktu makan tersendiri. Kalau dah tau ikan gemar makan waktu pagi, kalau pergi memancing waktu tengah hari dengan matahari terpacak atas kepala, dapat rentung je la.
Bukan rezeki
Kalau semua dah betul setting dan umpan pun power tapi tak dapat jugak ikan, maknanya bukan rezeki kitalah namanya. Sabar dan reda je la dengan ketentuan tersebut.
Takde ikan
Sebaiknya sebelum memancing di mana-mana saja lubuk, elok pantau dulu ada ikan atau tidak. Jangan main terjah aje walaupun tempat tersebut kolam memancing ikan.