Bagi peminat pancingan air tawar, spesies sebarau pasti antara spesies yang menduduki carta tertinggi ikan yang mahu dipancing. Dengan kekuatan dan kepantasan renangannya, sebarau atau badong menjadi kegilaan ramai pemancing air tawar lebih-lebih lagi kaki mengilat. Sifat agresif dan kekuatan spesies pemangsa ini diumpamakan seperti serigala air tawar.

 

Spesies ikan sebarau sering dikenali sebagai pemangsa air tawar yang mampu menaikkan adrenalin kaki pancing sewaktu ikan ini di hujung tali. Sebarau paling terkenal di kalangan kaki mengilat dan kegilaan merasai tentangan spesies ini membuatkan sesudu dan gewang laris bak goreng pisang.

 

Ini Sebabnya Sebarau Menjadi Spesies Kegilaan Pemancing

 

Sebarau bersifat pemangsa atau pemburu. Spesies ini sering menerkam mangsa secara tiba-tiba selain gemar mengejar ikan kecil. Kelajuan renangan menjadikannya suatu kelebihan ketika mengejar mangsa. Selain menghentam mangsa dengan agresif, sebarau juga mampu menggunakan teknik menyedut mangsanya.

 

Ads

Sebarau biasanya bergerak secara berkumpulan dan selalunya dalam setiap kumpulan terdapat seekor sebarau yang dominan bertindak sebagai ketua. Bagi sebarau yang lebih besar, biasanya akan bergerak secara bersendirian atau pun berpasangan. Spesimen yang besar jarang berenang berkumpulan kerana sifat dominannya.

 

Ini Sebabnya Sebarau Menjadi Spesies Kegilaan Pemancing

 

Sebarau merupakan ikan pancingan sukan yang sangat mengujakan. Spesies ini mempunyai sifat seekor pemburu dan sangat agresif. Pemancing yang terjumpa kawanan sebarau sedang memburu mampu menaikkan beberapa ekor spesies ini dalam waktu yang singkat.

Ads

 

Sebarau cukup terkenal bagi penggemar teknik mengilat. Selain gewang tiruan dan sesudu, sebarau juga boleh dipancing menggunakan umpan seperti cacing dan serangga. Lokasi terbaik dan popular memancing sebarau termasuklah tasik-tasik besar, lombong tinggal, kawasan air terjun berjeram serta sungai-sungai pergunungan. Sebarau sering mendiami kawasan seperti ini.

 

Ini Sebabnya Sebarau Menjadi Spesies Kegilaan Pemancing

 

Ads

Kawasan yang mempunyai sedikit struktur menambahkan lagi potensi kehadiran sebarau. Dengan struktur seperti batu besar dan kayu, sebarau berpotensi menunggu mangsa di sebalik struktur tersebut. Penggunaan umpan tiruan lebih berpotensi dihentam sebarau jika digayakan di kawasan berstruktur.

 

Sebarau yang lebih besar atau badong pula sering menghuni kawasan yang lebih dalam dan berstruktur. Sebarau bersaiz 1kg ke atas mampu memberikan tentangan yang mengujakan sehingga ke gigi air atau tepi bot. Kes mata kail standard gewang dan sesudu patah atau lurus perkara biasa jika terkena sebarau bersaiz besar.

 

Ini Sebabnya Sebarau Menjadi Spesies Kegilaan Pemancing

 

Ada di kalangan kaki pancing awal-awal lagi akan menukar mata kail kepada yang lebih kuat, terutama menjejaki sebarau di kawasan sungai pergunungan. Kekuatan tentangan serigala air tawar ini sejak awal sehingga ke akhir perlawanan seharusnya mendapat penghormatan oleh pemancing.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI