Penggunaan tali sulam atau braided semakin meluas berbanding tali tangsi atau mono. Ini antara kelebihan tali sulam berbanding tali tangsi.

 

Tahap Sensitiviti

Braided memiliki daya regangan sifar. Amat sensitif. Jadi, ia memudahkan pemancing merasai setiap pergerakan tali dan seterusnya pada umpan, gewang dan Dengan ini ia amat bagus untuk merasai sentapan lebih-lebih lagi di air yang dalam.

 

Diameter lebih kecil

Dengan diameter yang lebih kecil atau halus, nyata ia lebih baik dari pelbagai aspek. Diameter lebih kecil boleh menggandakan kapasiti muatan tali dalam spool.

Boleh membuat lontaran lebih jauh kerana ia berupaya menurunkan kadar rintangan angin. Ia juga menurunkan kadar rintangan air terhadap tali. Maka gewang mampu menyelam lebih dalam dan saiz ladung lebih kecil boleh digunakan.

Ads

 

Ini Sebabnya Kenapa Tali Braided Lebih Best Dari Mono

 

Sifar memori

Sifat memori bermakna ia tidak berbalik ke bentuk asal apabila dibentuk, kekal lurus dan tidak bergelung atau berkerinting. Contoh paling hampir, jika braided disimpan lama dalam spool kekili, talinya tidak akan bergelung sebagaimana tali mono.

 

Ads

Jangka hayat lebih panjang

Tahan lama. Jika tali mono mampu bertahan hingga setahun (contoh), tali braided sekurang-kurangnya mampu tahan sekali ganda berbanding mono.

 

Ini Sebabnya Kenapa Tali Braided Lebih Best Dari Mono

 

Ads

Tahan kakisan

Tidak mudah putus bila bergesel dengan permukaan kasar atau sesuatu halangan. Contoh paling mudah, cuba potong tali mono dan braided tanpa meregangkannya. Tali mana yang lebih mudah dipotong?

 

Lebih mahal

Banyak faktor yang boleh dijadikan penentu dalam membuat keputusan memilih tali sulam. Antaranya iklan, jurujual kedai pancing, kawan-kawan dan pengalaman. Pengaruh yang terbaik ialah melalui pengalaman. Nasihat rakan-rakan juga boleh diambil kira kerana mereka telah mencubanya.

Namun faktor terpenting ialah beli ikut kemampuan anda kerana harga di pasaran berbeza-beza mengikut sulaman, jenama, mutu dan bahan yang digunakan. Kerana itulah harganya jauh lebih mahal berbanding tali mono.

 

Ini Sebabnya Kenapa Tali Braided Lebih Best Dari Mono

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI