Ini Sebabnya Kenapa Perlu Makan Kupang Hijau!!

Share

 

Mengatasi Anemia

 

Kupang kaya akan kandungan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membentuk hemoglobin, iaitu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen.

 

Dengan memakan kupang hijau, ia membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai penyakit anemia defisiensi, ia membantu membekalkan zat besi yang cukup untuk membentuk hemoglobin.

 

 

Menjaga Kesihatan Jantung

 

Anda boleh mendapatkan khasiat asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion kupang segar. Asid lemak omega-3 sendiri mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi. Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.

 

Akan tetapi, jangan makan kupang secara berlebihan. Ini kerana kupang mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol yang terlalu tinggi juga berisiko buat kesihatan jantung.

 

Membentuk Dan Merawat Otot

 

Protein adalah zat gizi yang berperanan penting dalam membentuk massa otot sekaligus merawatnya dari kerosakan jaringan atau sel. Khusus buat Anda yang sering mengalami sakit otot, protein kupang juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot-otot yang keras dan sengal.

 

Seperti makanan laut lainnya, kupang juga kaya akan protein. Kupang bahkan jadi sumber protein yang lebih sihat dari daging lembu atau ayam kerana kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah.

 

 

Menjaga fungsi sistem saraf

 

Bagi membolehkan menjalankan tugasnya dengan baik, sistem saraf dalam tubuh anda memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya iaitu vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.

 

Oleh kerana itu, manfaat kupang yang mengandungi vitamin B12 dalam jumlah tinggi sayang sekali kalau diabaikan. Makan kupang mampu membantu menjaga fungsi sistem saraf anda, terutama pada bahagian otak.

 

Published by
Amang