Ini Sebabnya Kenapa Korang Kena Makan Belut

Share

 

Belut merupakan sejenis ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa.

 

Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma keluarga Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersembunyi di dasar laut (sehingga 4000 m bagi famili Synaphobranchidae).

 

 

Belut merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Bahkan Unagi (sushi belut) antara sushi kegemaran masyarakat di sana.

 

Harga Tinggi

 

Belut sawah atau paya seringkali mendapat permintaan tinggi. Disebabkan itulah, ia mempunyai harga tinggi dan mula diternak secara komersial.

 

Selain mendapat sambutan sebagai hidangan, belut juga diternak bagi dibekalkan kepada penternak lintah untuk dijadikan makanan haiwan berkenaan disebabkan belut memiliki banyak darah.

 

 

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, calories belut sawah berkhasiat tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium.

 

Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapati pada seekor belut yang beratnya hanya 204 gram saja.

 

 

Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

 

Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu.

 

Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia.

 

 

Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin.

 

Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

 

 

Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.

Published by
Amang