Apakah tujuan utama anda semua memancing? Adakah ia semata-mata kerana hobi atau ada tujuan lain? Mari kita bincangkan bersama.

 

“Adakala aku memancing sebab nak rapatkan silaturahim. Adakala aku memancing sebab nak tenangkan fikiran dan berfikir cara terbaik selesaikan masalah. Adakala aku memancing sebab nak latih semula bila jiwa terasa semakin lemah. Adakala untuk mendekatkan diri dengan Allah(penyerahan dan membuka mata dan hati).

Ikan adalah bonus.Tapi biasanya bila aku memancing semua yang adakala kat atas tu akan ada sepanjang aku memancing. Bukan nak ikan sangat pun… tapi kalau ikan tu aku makan, walaupun kecil aku ambil bawa balik.”

  • YOSH

 

Ini Sebabnya Kenapa Kami Pilih Memancing!

 

“Ada yang memancing kerana hobi. Ada yang memancing niat nak tambah rezeki. Tetapi yang memancing di kolam berbayar niat nak tambah rezeki ini saya kurang faham… sebab risiko tinggi. Bila tak dapat seperti niat di hati, mulalah memekak kata kolam tipu, kolam main ubat, macam-macam lagilah.”

  • MOHD RIZWAN

 

“Mula-mula belajar memancing mesti untuk dapatkan ikan. Lama kelamaan menjadi hobi sebab ada kepuasan semasa menarik ikan, menunggu ikan makan dan menaikkan ikan tersebut.”

  • NALZAM BURN

 

Ads

Ini Sebabnya Kenapa Kami Pilih Memancing!

 

“Layan adrenaline rush sambil cari rezeki untuk makan bersama family. Bila dapat ikan dah dapat satu kepuasan, bila bawa balik tengok family seronok makan ikan segar dapat lagi satu kepuasan.”

  • ANJANG IWAN

 

“Memancing ni boleh hilangkan stress. Satu perkara lagi kita sentiasa akan bertegur sapadengan orang lain. Dapat mengeratkan silaturahim. Hobi memang hobi, pancing tetap pancing yang mendatangkan manfaat. Dapat kepuasan dan dapat laukuntuk dimasak.”

  • SYED AIDIL AL-YAHYA

 

Ini Sebabnya Kenapa Kami Pilih Memancing!

 

Ads

“Tujuan ambo… menjadi seorang yang sabar(maklum la selalu kumpau). Dapat rapatkan silaturahim antara kawan-kawan. Boleh buat lauk…kalau ada rezeki. Dapat hilangkan stress walaupun kumpau. Mencabar, sebab kau nak dapat seekor pun susah. Boleh sihat, maklum la… aku ni caster kena la rajin cari port.”

  • MOHAMMAD SHAFIQ

 

“Hobi boh hobiii… Sebab pertama boleh kurangkan stress. Kedua hilangkan perasaan bosan. Ketiga, boleh meluangkan benda berfaedah daripada nak pergi happy enjoy buang duit sana sini.”

  • ALEX LIM

 

“Biar orang kata saya ni katak bawah tempurung… tak nak ikut apa orang di luar buat…saya tetap dengan prinsip memancing untuk kepuasan dan terapi diri. Bukan motif nak bangga riak untuk cari nama.”

  • NOOR HELYNAN NAPI

 

Ini Sebabnya Kenapa Kami Pilih Memancing!

 

Ads

“Dulu-dulu memancing salah satu cabang untuk cari rezeki. Keluarga nelayan sungai. Sekarang ni tinggal sekadar riadah saja…dan supaya tak lupa asal usul sambil mengenang kembali kenangan memancing masa dulu.”

  • MUHAMMAD YEOP

 

“Memancing itu seni, memancing itu sains, memancing itu pengikat silaturahim, memancing itu hobi, memancing itu datang dari hati… tapi jangan lupa solat.”

  • IKHWAN SYAFIEQ

 

Ini Sebabnya Kenapa Kami Pilih Memancing!

 

“Sumber rezeki,terapi minda,merapatkan silaturahim, banyak kebaikan memancing ni. Kalau kaki casting pun macam saya ni boleh sihatkan badan. Ya la berjalan jauh sepanjang port. Lepas tu kalau gewang sangkut nak kena berenang dan menyelam…haha. Boleh nikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Yang paling penting rekod dalam video up dalam Youtube! Kongsi pengembaraan dengan lebih meluas dan menjana pendapatan.”

  • NAIEM

 

“Ikan dalam air tu rahsia, tapi kita gunakan sesuatu skill untuk dapatkan ikan yang diidam, andai skill kita menjadi, itu satu kepuasan. Ramai yang beranggapan, umpan dan kail dah memadai. Tanpa teknik, nasib saja la sebagai tuah…menu pula dalam kepala bagai harapan.”

  • ZULKIFFLEE HUSSIN

 

Ini Sebabnya Kenapa Kami Pilih Memancing!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI