Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa ikan dorado atau mahi-mahi yang biasa kita sebut sebagai ikan belitong merupakan sejenis ikan yang sangat digemari kerana rasanya yang enak. Di Barat, restoran-restoran di sana sering menjadikan ikan mahi-mahi sebagai hidangan istimewa ramai pelanggan begitu menggemarinya.
Sebaliknya di negara kita, ikan belitong hanya popular sebagai ikan sukan dan bukannya di meja hidangan. Tidak sebagaimana ikan tenggiri yang bukan sahaja popular sebagai ikan sukan malah laku keras di pasaran.
Ads
Di pasaran, harga ikan belitong juga rendah berbanding spesies predator lain terutamanya tenggiri. Struktur dagingnya yang agak pejal juga kurang dari segi rasa. Namun, di sebalik rasanya yang menggoda di negara luar, ikan belitong memiliki kandungan histamin yang berkeupayaan menyebabkan keracunan dan alergi.
Ads
Histamin terbentuk dari asid histidin yang diuraikan oleh bakteria. Kandungan zat histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan belitong diproses secara sempurna setelah ditangkap. Jika zat histamin sudah terlanjur terbentuk, maka akan agak sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau teknik masakan yang dapat menghilangkan zat berbahaya ini.
Ads
Tapi adakah kita sudah sedia maklum tentang bahaya ini dan mengambil sikap untuk menyukainya? Atau kerana isinya yang kurang sedap menjadi sebab sebenar kita tidak memakannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Seperti biasa apabila ada pertandingan memancing air tawar yang menawarkan hadiah tunai puluhan ribu ringgit, akan timbul isu perebutan spot memancing atau tapak pancang. Perebutan tapak pancang ini lazimnya berlaku di lokasi pertandingan yang kecil seperti kolam-kolam pancing dan kurang berlaku di lokasi pertandingan seperti pantai atau tasik-tasik besar.
Demi merebut spot panas tersebut, apa saja cara sanggup dilakukan termasuk taktik penipuan. Segala peraturan yang telah ditetapkan akan dilanggar sama ada secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan.
Lazimnya juga ia akan berakhir dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku – pergaduhan. Persoalannya, pasal pancang pun nak bergaduh ke? Dapat spot best pun belum tentu ikan nak makan umpan. Apa pendapat anda sekalian?
“Sepatutnya pihak pengajur sediakan tempat. Contohnya pacak buluh yang bernombor dan aturan nombor jangan ikut turutan. Nombor 1 sini, 2 seberang sana, 3 hujung sana. Dan para peserta akan dapat tempat mengikut nombor daftar.
Cara ini mungkin boleh elak perebutan tempat dan kelebihan kepada otai-otai sesebuah kolam. Sebelum mula tu urusetia mesti pastikan kedudukan para peserta betul pada tempatnya. Dengan membuat rajah kasar kolam dan kedudukan peserta. Cuma banyak keja sikitlah. 2-3 hari sebelum pertandingan bolehlah mula pacak buluh atau kayu bernombor.”
Azlan Fyza
“Hahaha… standard laa ni. Dalam diri belum ada perasaan rezeki kita Allah yang tentukan. Walau teknikal sekalipun, hasil akhirnya Allah jualah tempatnya. Walaupun begitu menyerah buta-buta adalah satu kerja bodoh. Usaha awal dengan hati yang ikhlas dan redha itu paling utama. Dengki tu wajib dijauhkan. Solat subuh jangan lupa. Ini tidak, semua langgar… puuuuiii!”
Hani Lebah
“Macam-macam hal… tu tak termasuk lagi geng silang tali orang. Datang berempat, dua tukang silang tali orang, dua orang lagi tukang mancing. Masing-masing buat-buat tak kenal padahal satu geng. Hadiah bagi-bagi sesama sendiri. Pernah tengok geng macam ni…. huhuhu.”
Shahrul Anuar
“Biasanya mereka yang dah bajet diri tu otai la berperangai macam samseng bila join game selalu nk membuli mereka yang masih newbie. Banyak kali aku perhatikan setiap kali ada game mesti ada spesies kaki buli. Biasanya mereka datang dalam kumpulan sebab tu mereka berlagak berani.”
Hantu Pacak
“Melalui pemerhatian saya perebutan spot pancang ni berdasarkan kawasan spot ikan yang banyak dan besar. Biasanya mereka yang sudah tahu spot ikan di kolam tersebut. Sebab itu ianya berlaku.”
Razis Riduan
“Kerana mata wang manusia jadi buta… peraturan dan disiplin diketepikan. Ibarat kompom menang padahal kumpau berdarah… kikiki. Biasalah… otak letak kat kepala lutut.”
Bob KaySee
“Tak profesional orang berebut pancang ni. Patut ban dari pertandingan orang begini.”
Faisal Perak
“Sikap orang kita… semuanya bangsa kita… payah nak ubah sikap.”
Zapzizul
“Pancang ghaib pun pernah terjadi… nak tuduh depa, group depa ramai… kami berdua ja… kesudahannya duduk la kat ceruk kolam.”
Syidi Baik
“Kalau aku pancang ni aku buat tak tau je.. sebab tu sampai sekarang game je main tepi lepas tu membangau. Huhu…”
Berlari Kuda
“Daftar dua joran, pacak dua pancang rentang tali macam ada 10 joran. Perkara macam ni la selalunya jadi punca pergaduhan.”
Ekoran daripada isu yang berpanjangan ini, mari kita tanya beberapa pendapat orang ramai mengenai topik ini.
Adakah mereka sanggup mengeluarkan duit untuk menikmati seketul ikan patin muncung atau patin buah masak gulai tempoyak dan adakah berbaloi untuk mengeluarkan belanja tinggi untuk menikmati ikan berkenaan?
“Ikan patin Sg. Pahang boleh menghasilkan caviar macam sturgeon tu, memang la mahal. Pastu patin yang berumur lebih 2 tahun akan menghasilkan geliga emas / berlian kat perut dia… takkan nak jual sekilo 5 hengget kottt?? Agak-agak laaa…”
Jefry Razak
“Air sungai Pahang segar dan istimewa, punca mata air sungai Pahang ni dia naik melalui Madinah, kemudian dia pergi ke Mekah, dan daripada Mekah dia naik ke atas dan bertemu sendiri dengan Ayah Pin di istana dia.”
– Nash Ruddin
“Mahal sebab susah nak dapat kalau memancing kat situ… asyik membangau ja kat jambatan tu… memerang ja yang banyak!”
Shaiful Shahizan
“Patin sungai sama je rasanya. Tapi try la patin Sungai Kajang tengok pening ke tak pening…”
Najmudin Saidin
“Kebanyakan patin Sg. Pahang ni spesies asal yang nyata beza dengan sungai lain. Benih dari Sg. Mekong.”
Akmal hakim
“Alhamdulillah ayah saya nelayan Sungai Pahang, tahun ni kami sekeluarga merasa sekali makan patin muncung stim halia. Ayah sanggup korbankan walaupun harga tolak ikan tu anggaran 1k lebih, memang berbeza rasanya…”
Zayadi Zainal
“Pada aku sama je rasanya… patin Sg Manggis di Banting aku rasa lagi sedap sebab patin di sungai tu suka makan buah berembang! Mungkin ikan patin Pahang mahal sebab mereka bagi makan buah anggur dari USA!”
Azhari Kamatudin
“Saya rasa kalau kena patin tempoyak ori Pahang punya menggelepor nak makan lagi sekali. Tempoyak dia tu yang A… bukan pasal patin sangat pun.”
Baq UE
“Sebab sedap bau hanyir pun kurang. Ayah aku kalau balik Pahang jer mesti beli ikan patin 2-3 ekor lepas tu beli tempoyak kat pasar, kalau beli tempoyak ikan patin kat Pahang mesti kuah tu pekat.”
Muhd Azam
“Terus terang laa… rasa ikan patin Pahang dengan yang dibela kat Pasir Putih Kelantan sama saja malah yang Pasir Putih punya kurang sangat bau sungainya….”
Kie Ki
“Abg aku pernah bekalkan bertan-tan ikan patin Sungai Klang ke Pahang. Ikan-ikan ini akan dihantar ke sangkar-sangkar ikan, sebelum dijual kepada pengusaha kedai-kedai makan dan sebagainya. Aku pun tak paham kenapa mahal sangat.”
Wan Tham
“Patin Pahang Mahal sebab makan mineral bauksit mempunyai titanium potassium calsium uranium dan lln lagi berkaitan… gurau je jangan serius sangat.”
Aman Dan Meena
“Sebab sungai belum tercemar. Kalau dah mula tercemar, fikir-fikirkan…”
Riezat Eizat
“Sama je rasa ngan patin tmpat lain… diwarwarkan sedak la sangat mengalahkan apa menda… pala hotok.. sama je. Bukan bagi makan buah epal ngan buah anggur california pon… dedak tu la makannya…”
Rethaudin Hamid
“Sebab dah terlalu terkenal. Itu yang harga boleh tinggal mykad seketika sebab nak pergi cari bank…”
“Kamu semua ni dah teroka semua lubuk ikan kat Malaysia ni ke?”
“Takdelah pak cik, kita orang teroka lubuk yang pernah orang pergi sahaja, itu pun kalau ada orang yang cerita tentang lubuk tersebut.” Pakcik itu pun tersenyum sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah saya. Selepas itu, kami berborak panjang dengan pakcik itu. Di memperkenalkan namanya Pak Sahak.
Mulai saat itu, Pak Sahak mula menceritakan pengalaman-pengalaman tentang ikan dan lubuk-lubuk yang pernah diterokai. Kami semakin teruja untuk mendengarnya. Pada masa itulah, Pak Sahak menawarkan kepada kami satu lubuk yang jarang-jarang dikunjungi orang.
Cerita Pak Sahak lagi, di situ terdapat pelbagai jenis ikan dan berat ikan tidak kurang dari 1 kg. Dia pernah menaikkan seekor ikan sebarau seberat 3kg di situ dan pelbagai jenis lagi ikan yang puratanya 2-5 kg.
Dan lubuk itu dinamakan lubuk Batu Lumut. Asal usul nama lubuk itu tidak pula diceritakan kepada kami. Ia terletak di hulu Sungai Dungun. Lokasinya tidaklah jauh dari kampung kami. Kami semakin teruja dan berhasrat untuk mengunjungi lubuk tersebut.
Keesokan harinya, Fuzly, Syamil dan Ayem datang ke rumah. Mereka mengajak saya untuk ke lubuk rusa itu. Selepas berbincang, kami sepakat untuk ke sana selepas Zuhur dengan menggunakan 2 buah motosikal.
Kami menuju ke lubuk rusa berpandukan arah yang diberitahu oleh Pak Sahak malam tadi. Walaupun salah seorang daripada kami tidak pernah sampai ke situ, jalan yang diberitahu oleh Pak Sahak tidaklah susah sangat. Jalannya pun tidak lah teruk dan bahaya kerana ia melalui jalan ladang kelapa sawit sahaja.
Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di lokasi yang dihajatkan. Masing-masing tersenyum lebar kerana lubuk yang kami dengar dari mulut Pak Sahak sudah berada di depan mata. Air sungai jernih menghijau.
Pokok-pokok rendang tunduk mencecah permukaan air. Di situ terlihat juga anak sungai kecil yang menuruni lereng bukit dan batu besar sebelum memasuki sungai di hadapan kami. Lubuk sebeginilah yang menjadi kegilaan kaki casting.
Belum sempat saya membetulkan joran dan memasang umpan, satu kelibat ikan sebarau menyambar anak ikan sudah kelihatan. Saiznya agak kasar, mungkin 2kg ke atas. Apa lagi, masing-masing menguji kepakaran masing-masing.
Beberapa minit selepas itu, kami mengambil keputusan untuk berpecah. Saya dan Fuzly ke kawasan berbatu. Manakala Ayem dan Syamil menuju ke kawasan berpasir.
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Walaupun nampak kelibat ikan sebarau mengejar anak ikan, tetapi seekor ikan pun belum kami perolehi. Tiba-tiba langit yang cerah bertukar menjadi hitam. Angin bertiup kencang sehingga ada pokok tumbang berhampiran kami.
Saya berasa risau dan mengajak Fuzly, Syamil dan Ayem segera pulang. Kami bergegas menuju ke arah motosikal. Belum sempat kami menghidupkan motosikal, tiba-tiba Syamil menyebut kalimah Allah dengan kuat sambil menuding jari ke atas.
Alangkah terkejutnya saya, apabila mendongak ke langit. Kelihatan satu lembaga hitam yang sangat besar berada di hadapan kami. Matanya yang besar, kelihatan merah menyala.
Rambutnya pula panjang menegak hingga mencecah pucuk pokok yang tinggi. Tiada tangan dan kaki, hanya bertubuh besar, tinggi dan berwarna hitam. Makhluk tersebut tidak berkelip sambil menganga menampakkan taring.
Kami terdiam sambil memandang sesama sendiri. Tubuh saya waktu itu menggigil dan terasa sejuk seperti berada di dalam peti ais. Mujurlah rakan saya, Ayem adalah anak kepada seorang ustaz.
Dia melaungkan azan sambil membawa ayat Kursi dengan kuat. Serta-merta lembaga hitam berkenaan hilang dan cuaca berubah cerah. Ayem menyeru kami beristighfar dan beredar dari kawasan itu dengan segera.
Mujurlah kami tidak diapa-apakan oleh lembaga hitam berkenaan. Kami selamat sampai ke kampung lewat maghrib. Sepanjang perjalanan, kami tidak bergurau seperti biasa kerana masih terkejut dengan kejadian tadi.
Malam keesokan harinya, kami duduk bersembang di kedai Pak Karim. Cuma Syamil tidak dapat join kerana demam dan masih terkejut. Waktu itu Pak Sahak datang menghampiri kami. Dia bertanyakan tentang lubuk yang kami pergi dan kami menceritakan apa yang telah kaki lalui kepadanya.
Kami hanya memandang sesama sendiri dan saya berkata kepadanya “kenapa tempat tu keras sangat Pak Sahak?” Pak Sahak tersenyum dan memberitahu lubuk rusa itu memang keras dan berpenunggu. Dia terlupa memberitahu kepada kami perkara sebenar dan pantang larang tempat tersebut.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...