Gewang merupakan terminal tackle paling utama dalam teknik mengilat atau lure casting. Dalam usaha mengilat ini kita tidak akan dapat lari dari kejadian gewang dibawa lari oleh ikan pemangsa. Namun kerugian tersebut tidaklah menyebabkan kekecewaan melampau. Perkara yang lebih memedihkan hati apabila gewang hilang atau lesap bukan disebabkan oleh kejadian seperti itu.
Mangsa Reba
Boleh dikatakan peratus paling tinggi punca kehilangan gewang disebabkan ia tersangkut pada objek di dalam air seperti reba. Tanpa penyelamat gewang dan tidak berani mengambil risiko untuk terjun menyelamatkannya maka terpaksa akan kehilangannya.
Terbabas ke atas pokok
Situasi hampir sama iaitu tersangkut pada sesuatu objek. Bezanya, gewang ini dapat dilihat tersangkut di atas pokok tetapi tidak dapat untuk diselamatkan atas beberapa sebab tertentu. Jalan terakhir terpaksalah diputuskan tali pancing dan berharap tiada siapa menemuinya.
Ads
Putus dan terbang melayang
Biasanya ia berpunca dari utama tersekat atau terputus yang mengakibatkan gewang yang sedang dilontar terbang melayang jauh. Nasib untuk menemui gewang kembali masih ada tetapi jika gewang jenis tenggelam maka ia akan menghilang dalam sekelip mata.
Snap terkangkang
Ads
Kecuaian tidak mengunci snap atau kili dengan betul juga menjadi punca gewang hilang sejurus pemangsa menyambar gewang. Ia tidak semestinya dilakukan oleh pemangsa bersaiz kasar kerana haruan bersaiz curut pun mampu melarikan gewang itu dengan mudah.
Kena curi
Ada banyak cara bagaimana gewang hilang disebabkan oleh kecurian. Tetapi kecurian yang paling menyakitkan hati adalah apabila ingin menggunakan gewang tersebut barulah sedar ia sudah hilang tanpa disedari dan tiada sebarang petunjuk siapa yang mencurinya.
Ads
Member pinjam
Selain kedekut berkongsi spot, kebanyakan pengilat juga tidak mudah untuk memberi pinjam gewang apatah lagi jika gewang berstatus rare atau tahyul. Ia adalah satu jenis kehilangan yang menyakitkan hati apabila diberi pinjam dan si peminjam hilangkannya tanpa rasa bersalah.
Kalah bertaruh
Unsur judi sememangnya tidak dapat lari dari dunia memancing. Bentuk pertaruhan pula tidak semestinya duit. Petaruhan dalam bentuk gewang sebenarnya sudah lama berlaku. Jadi, kalau tak nak gewang kesayangan dalam petaruhan, jangan sesekali menyahut cabaran sebegini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ada orang yang takut untuk berada di tengah laut kerana pada mereka laut itu menakutkan.
Maka tidak hairanlah di dalam perut laut ini terdapat hidupan yang aneh, unik dan menyeramkan. Jom kita tengok 10 daripada hidupan tersebut.
FLYING GURNARD
Ikan flying gurnard atau nama binomialnya Dactylopterus Volitans dapat dikenali dengan memiliki ciri siripnya yang besar.
Ikan ini juga dapat ditemukan dan hidup di perairan bersuhu hangat di perairan Atlantik.
Namun kalau dilihat dari namanya mungin ikan ini dapat terbang tetapi beberapa bijak pandai berpendapat seharusnya ikan ini diberi nama `helmet gurnard’.
BASKET STAR
Basket star merupakan salah satu hidupan yang cukup aneh di lautan karena kita dapat melihatnya dari bentuk dan juga tabiat pemakanannya.
Haiwan ini dapat bertahan hidup relatif lama sekitar 35 tahun.
RED FLASHING JELLYFISH
Red flashing jellyfish ini memiliki tentakel merah untuk memerangkap mangsanya, dan apa yang membuat para saintis menganalisis dan mencari ikan ini ternyata setelah dianalisis
ternyata ia merupakan haiwan laut pertama yang mampu memancarkan warna berwarna merah.
BLACK SWALLOWER
Black swallower atau great swallower (Chiasmodon niger) ialah ikan laut dalam pelahap. Ikan ini akan menelan ikan yang lebih besar dari ukurannya dirinya.
Kerakusannya menyusahkan diri sendiri kerana mereka tidak dapat menghadamnya dan menyebabkan kelebihan gas dan akhirnya mengapung ke permukaan.
WEEDY SEADRAGON
Ikonik hidupan laut Victoria, sebuah bahagian di Australia ini hanya dapat ditemukan diperairan Australia, sebelah timur Lautan Hindi.
Nama dragon diperoleh daripada bahagian tubuh mereka yang menyerupai dragon dan mempunyai daun yang dapat digunakan untuk penyamaran dan mereka agak sinonim dari segi rupa dengan kuda laut.
SEA SCORPION
Sea scorpion merupakan hidupan laut yang menyerupai kala jengking ini ternyata dikatakan hampir pupus dari kelas arthropods yang berhubung kait dengan Arachnida yang merupakan haiwan Arthropods terbesar yang pernah ada.
TONGUE – EATING LOUSE
Sebagaimana paparan di dalam filem fiksyen, kutu parasit ini hidup dengan memakan lidah ikan perumahnya dan menggantikannya dengan dia sendiri.
Nama saintifik ikan menyeramkan ini ialah Cymothoa exigua. Spesies ini masuk ke dalam mulut ikan dan mengaitkan dirinya dengan pangkal lidah ikan, setelah lidah ikan tersebut hancur kutu ini menggantikan peranan lidah ikan tersebut.
MATSUBA KOI
Ikan ini merupakan sejenis ikan yang menyerupai manusia tetapi tidak sepenuhnya. Ini kerana terdapat beberapa anggota ikan spesies ini yang hampir menyerupai organ manusia seperti hidung dan matanya.
NORTHERN STARGAZER
Northern stargazer (Astrocopus guttatus) adalah sejenis ikan yang sangat unik.
Ketika ingin memerangkap mangsanya, ikan ini akan menguburkan dirinya di dalam pasir dan menunggu mangsanya melintas.
Ikan ini dapat ditemui di kedalaman 120 kaki di bawah permukaan air laut.
AXOLOTL
Axolotl atau salamander Mexico adalah salamander neotenik ini tersenarai dalam daftar merah haiwan yang hampir pupus.
Haiwan ini ialah haiwan karnivor, mereka memakan cacing dan ikan kecil lainnya.
Kata orang, kaki pancing ni walaupun tak kaya tapi hobinya mahal! Iyelah, nak beli set pancing yang betul-betul memuaskan hati ni bukannya seringgit dua harganya, tapi
beratus-ratus, malah beribu-ribu ringgit pun ada dek kerana berbeza lapangan pancing, lainlah peralatannya.
Itu belum lagi cerita aksesori-aksesori tambahan dan servis untuk set pancing tu lagi. Semuanya perlukan pelaburan yang banyak.
Tapi nak dijadikan cerita, kaki pancing ni mesti ada sorang dua orang member yang jenis suka nak pinjam set pancing untuk keluar memancing.
Di kalangan kaki pancing mesti ada daripada kawan-kawan ni yang jenis baru nak menceburkan diri dalam lapangan memancing yang baru.
Jadi, sebabkan takde set mulalah cari kawan yang ada set pancing yang bersesuaian dengan lapangan memancing tersebut.
Masa mula-mula nak pinjam bukan main manis mulut. “Ala, pinjam seharidua je bro…Nanti aku pulang balik lah… Ada hasil lebih nanti aku bagilah kat kau sikit..”. tak nak bagi, nanti dikata kedekut.
Nak dibagi risau rosak, bimbang tak dijaga elok. Tapi lepas bagi pinjam yang tak seronoknya, lepas seminggu, sebulan, dua bulan, langsung takde khabar berita! Malah ada yang bertahun-tahun buat senyap je. Dalam erti kata lain dah jadi harta sendiri.
Lebih teruk lagi, setelah beberapa purnama perkara ni berlaku dan setelah dipaksa berulang kali, set pancing yang kita terima tak sama seperti keadaan asal.
Selain itu, dah terbalik pula kesnya…si pemberi pinjam pula berasa malu nak mintak semula hartanya, sedangkan yang meminjam langsung tak rasa malu.
Tambah memedihkan, barang yang dipinjam tidak seperti keadaan asal. Ada kes hujung joran patah, kekili bercalar teruk, kayuhan kekili kasar semacam… badan kekili atau cincin joran teruk terhakis dimakan air garam dan macam-macam lagi yang sering kita dengari.
Bila ditanya macam mana boleh jadi camni, macam-macam alasan diberi. Nak disuruhbayar ganti rugi nanti ada yang sampai tarik muka dan putus sahabat! Tapi itulah senario yang sering berlaku.
Bila dah jadi camni, kebanyakan daripada kita dah rasa serik nak beri pinjam set pancing lagi. Bukannya nak bersikap kedekut, tapi bila jadi kes semacam ini sikit sebanyak ia mengganggu emosi kita sebagai kaki pancing.
Mana taknya, ada yang sampai ikat perut berbulan-bulan lamanya semata-mata nak dapatkan set pancing yang menjadi pujaan hati.
Bila ia jatuh ke tangan mereka yang tak reti menghargai ia sememangnya akan memberi kesan yang mendalam kepada kita.
Berbalik kepada kes ini, bukannya niat penulis untuk melarang kaki pancing memberi pinjam set pancingnya kepada kawan-kawan.
Tapi seeloknya, berilah pinjam kepada mereka yang betul-betul diyakini boleh menjaga harta kita dengan baik.
Sekurang-kurangnya risiko untuk terjadi kes-kes yang disebutkan di atas untuk dapat dikurangkan.
Lebih baik lagi jika si pemancing memberi kata dua kepada si peminjam bahawa risiko semua akan ditanggung oleh si peminjam.
Dalam erti kata lain, kalau set pancing itu patah, rosak atau sebagainya, si peminjam haruslah membayar ganti rugi setimpal dengan harga barang yang dipinjam.
Dan bagi si peminjam pula, amatlah dinasihatkan agar menjaga harta orang seperti harta sendiri. Jangan biarkan kepercayaan rakan anda hilang dengan kecuaian sendiri.
Ya, memang benar untuk mendapatkan set idaman yang sesuai dengan lapangan yang ingin anda ceburi itu mahal.
Tapi, alangkah baiknya jika kita mula mengumpul dari sekarang dan dapatkan set pancing sendiri. Sekurang-kurangnya jika rosak atas tangan sendiri lebih puas hati berbanding rosak atas tangan orang lain.
Jadi, ini sebahagian coretan untuk segmen wacana bulan ini. Mari kita dapatkan pula pandangan dan luahan kaki pancing tentang isu kali ini
APA KATA NETIZEN
Pendapat 1
“Bukan joran je. Batu ladung, mata kail, perambut pun mintak kita punya juga. Ingat koperasi sekolah ke?
Kalau ada member spesies yang payah nak pulangkan balik joran kesayangan yang dia pinjam.
Lepas ni kita bagi pinjam koyan atau serek yang harga dua singgit atau pun joran budak-budak harga dalam dua belas ringgit satu set. Kalau hilang tak rasa rugi sangat.
Tak payah bagi balik pun takpe.”
Pendapat 2
“Pergi kat member yang jenis suka pinjam joran @ alatan memancing tu, cakap kat dia nak pinjam duit dalam jumlah sekian-sekian.
Lepas tu beli set memancing pakai duit tu dan bagi dekat member tu sambil ckp “Nah ni hang punya, tok sah dok pinjam barang aku dah”. Settle masalah, boleh la ngail sambil layan kuaci.”
Pendapat 3
“Cukup hanya sekali. Bagi pakai tak reti pulang. Bagi pinjam tak reti nak jaga. Mujur bagi pinjam set option kedua. Kalau la terbagi set utama, mau aku buang semua.
Serik seserik seriknya. Bayangkan sampai boleh ada anak lipas ada dalam spool aku. Aduyaaii…!”
Pendapat 4
“Ni perkara biasa berlaku. Tapi kebanyakannya dari pemancing yang kurang tegar. Kalau pemancing tegar, mesti banyak set pancing dan spare part sendiri.
Aku pun pernah terkena. Dah lepas semenanjung pun set aku. Ape pun tak boleh! Hahaha, takpe, halal kan je lah…”
Pendapat 5
“Beli set pancing boleh kata mahal time tu untuk adik. Adik suka giler dapat hadiah tu. Sekali dia bagi pinjam kat member dia. Bila mintak balik, tertinggal kat kereta pakcik katenya. Lepas tu lepas tangan. Dah hangus!”
Pendapat 6
“Redha je la, awak jugak yang meracun dia masuk jadi ahli memancing ni. Taktik aku senang je. Reka cerita yang memancing pakai barang pinjam ni tak ‘ong’. Kumpau… Hehehehe.”
Pendapat 7
“Biase la tu, tapi tak semua kawan camtu. Memang ada jenis yang pandai pinjam tapi pulang tak pandai. Jenis pakai barang orang, tapi semacam macam harta sendiri. Kita pakai, punyalah kita jaga, belai bagai, bila dah tukar tangan jahanam jadinya.”
Pendapat 8
“Mesti pernah berlaku terutamanya masa masih tahap amatur. Kawan pinjam set pancing, kalau tak bagi, kesian ada, malu pun ada kau tak bagi pinjam. Nanti kawan kata taik hidung masin.
Tapi bila dah bagi pinjam, tak reti nak pulangkan lagi pula. Kadang-kadang berbulu juga rasa. Tapi tak apa, halalkan je. Anggaplah pengalaman.”
Kos trip memancing hari ini semakin melambung. Lebih-lebih lagi trip memancing yang memakan masa panjang dan kedudukan padang pancing pula beratus batu jauhnya. Untuk melangsungkan trip seorang diri, sudah tentulah tidak semua pemancing yang mampu. Jadi, untuk menampungkan kos trip, ia perlulah dilangsungkan secara beramai-ramai.
Apabila hari kejadian tiba, tahu-tahu ada ada rakan (ahli trip) yang menarik diri. Tidak kiralah sama ada beritahu lebih awal atau lebih parah lagi tidak beritahu langsung. Dan pemancing yang bersikap sebegini sebenarnya bukan sedikit.
Di sini, kami kumpulkan jawapan dan penyelesaian para netizen (pemancing) bagi berhadapan dengan manusia-manusia yang suka kansel trip suka-suka hati mereka saja.
“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”
MOHD FAIZAL MOIN
“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk!”
SAIPUL BAHARI
“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”
JAIH ZARAKI
“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti.”
WESLLEY MELINA
“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah.…”
NAZRI RAHIM
“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minit pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”
MOHD AFIZ MUSTAPA
“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi.. hehe.”
WI ZU RAI
“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”
AZMAN APOT
“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”
PAK TAM
“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna!”
DANISH BANGKOK
“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni?”
JAS KIDDIN
“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul!”
FAUZAN YAACOB
“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...