Tau ke korang ikan gelama terutamanya anak gelama bersaiz kecil (sebesar ibu jari) amat berkesan untuk dijadikan umpan. Sama ada masih hidup atau baru mati ia merupakan umpan mujarab untuk dijadikan umpan pari.
Para pemburu pari berpengalaman banyak menggunakan anak gelama ini sebagai umpan memburu pari. Namun cara menggunakan gelama mati agak berbeza dengan menggunakan gelama hidup. Sedikit teknik perlu diubah jika menggunakan gelama mati sebagai umpan.
Bahan keperluan dan cara-caranya.
Mata dua (double hook)
Jarum besi bercangkuk
Perambut
Tutorial 1
Mula-mula sekali buat ikatan pilihan anda untuk menyambungkan perambut pada mata kail double hook (mata dua). Kemudian cucukkan dawai tajam yang bercangkuk pada hujungnya atau jarum ke mulut ikan sehingga keluar pada pangkal ekornya.
Tutorial 2
Kemudian letakkan simpulan perambut pada cangkuk jarum dan tarik perlahan-lahan sehingga simpulan perambut turut sama keluar pada pangkal ekor ikan gelama.
Tutorial 3
Tarik simpulan perambut sehingga mata kail berada di luar mulut gelama. Pastikan point mata kail berada di bahagian atas kepala umpan bagi mengelak dari situasi tersangkut pada dasar.
Tutorial 4
Perambut mata dua umpan gelama yang sedia untuk disambungkan pada set pancing. Jika tiada mata dua, boleh saja gunakan mata kail tunggal. Ia juga berkesan namun peratus hook up lebih baik jika menggunakan mata dua.