Tau ke korang ikan gelama terutamanya anak gelama bersaiz kecil (sebesar ibu jari) amat berkesan untuk dijadikan umpan. Sama ada masih hidup atau baru mati ia merupakan umpan mujarab untuk dijadikan umpan pari.
Para pemburu pari berpengalaman banyak menggunakan anak gelama ini sebagai umpan memburu pari. Namun cara menggunakan gelama mati agak berbeza dengan menggunakan gelama hidup. Sedikit teknik perlu diubah jika menggunakan gelama mati sebagai umpan.
Bahan keperluan dan cara-caranya.
Mata dua (double hook)
Jarum besi bercangkuk
Perambut
Ads
Tutorial 1
Mula-mula sekali buat ikatan pilihan anda untuk menyambungkan perambut pada mata kail double hook (mata dua). Kemudian cucukkan dawai tajam yang bercangkuk pada hujungnya atau jarum ke mulut ikan sehingga keluar pada pangkal ekornya.
Ads
Tutorial 2
Kemudian letakkan simpulan perambut pada cangkuk jarum dan tarik perlahan-lahan sehingga simpulan perambut turut sama keluar pada pangkal ekor ikan gelama.
Ads
Tutorial 3
Tarik simpulan perambut sehingga mata kail berada di luar mulut gelama. Pastikan point mata kail berada di bahagian atas kepala umpan bagi mengelak dari situasi tersangkut pada dasar.
Tutorial 4
Perambut mata dua umpan gelama yang sedia untuk disambungkan pada set pancing. Jika tiada mata dua, boleh saja gunakan mata kail tunggal. Ia juga berkesan namun peratus hook up lebih baik jika menggunakan mata dua.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pergilah ke mana-mana bekas lombong atau tasik-tasik kecil khususnya, pasti kelihatan kelibat pemancing sedang memancing talapia. Malah, jangan terkejut apabila melihat ada pemancing yang memancing talapia di longkang-longkang besar dan kolam tadahan kawasan perumahan.
Selaku ikan yang tidak dikategorikan sebagai ikan sukan, bukan juga ikan bersaiz besar, sebaliknya dipancing untuk dijadikan hidangan, pancingan talapia lebih menjurus kepada pancingan santai.
Justeru untuk memancing talapia tidak memerlukan peralatan pancing yang khusus. Hanya dengan peralatan asas anda sudah boleh memancing talapia. Tetapi jika inginkan sedikit keseronokan, bolehlah menggunakan set peralatan ultra ringan.
talapia adalah ikan omnivor dan tidak cerewet memilih umpan. Cacing, anak udang atau dedak ayam merupakan antara umpan popular untuk memancingnya.
Namun tabiat makan talapia yang gemar mengutis umpan sehingga mengosongkan mata sedikit sebanyak menghadirkan cabaran kepada pemancing. Walaupun mata kail kecil digunakan, ia masih mampu menghabiskan umpan dengan jayanya.
Kepandaian talapia mencuri umpan ini secara tidak langsung membuka minda pemancing untuk memerangkapnya dengan kaedah pancingan alternatif.
Bagi pemancing yang benar-benar memancing talapia sebagai sumber makanan, mereka akan menggunakan jaring mini yang disambungkan pada peralatan pancing.
Jaring mini yang dilengkapi dengan alat atau dawai spring bagi mendakap umpan seperti dedak ayam atau roti, akan memerangkap talapia yang datang mengerumuni umpan.
Satu lagi teknik memancing talapia yang agak popular suatu ketika dahulu dan masih diguna pakai sehingga kini ialah sembat. Sama ada menggunakan mata tiga yang dilengkapi pemberat atau mata kail cakar ayam, bancuhan dedak ayam dikepalkan kili bersaiz besar sebagai umpan.
Cara memancingnya hampir sama iaitu apabila tali pancing bergedik menandakan ada talapia sedang mengutis umpan, joran akan disentap dengan kuat dengan harapan mata tiga atau perambut cakar ayam tersebut akan melanggar badan talapia sekaligus memerangkapnya.
Mangrove jack (MJ) atau siakap merah atau nama saintifiknya Lutjanus argentimaculatus adalah salah satu spesies yang mendomiasi muara-muara sungai air payau. Pemangsa yang menjadikan paya-paya bakau sebagai habitatnya sememangnya didambakan oleh kaki-kaki casting.
Sifatnya yang rakus menyambar gewang jika melalui lokasi serang hendapnya dan cuba membawa reba-reba kayu, menjadikan spesies ini layak digelar samseng muara.
Habitat dan sifatnya
Spesies ini menjadikan paya bakau dan sekitar muara sebagai habitatnya yang mempunyai alur keluar masuk air sungai dan laut. Akar-akar bakau dan reba yang berada di tepian muara dijadikan lokasi habitatnya untuk hidup, bertelur dan menetaskan anak dan mencari makan.
Tetapi bagi pemancing ia adalah satu cabaran yang mana akar kayu bakau dan reba ini menjadi penghalang utama kepada pendaratan spesies ini setelah ia membaham umpan.
Ragutan kasar yang dibuat oleh spesies pemangsa ini akan membawa tali pemancing ke arah reba dan jika tidak bijak mengawal larian tersebut maka berakhirlah episod mendaratkan spesies ini!
Spesies ini lebih agresif pada waktu pagi di antara jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 3.00 petang hingga lewat senja. Pemancing harus menggunakan masa ini sebaiknya untuk menjerat mangsa yang kelaparan ketika itu.
Umpan
Pengetahuan dari segi penggunaan umpan bagi sesuatu lubuk adalah sesuatu perkara penting dalam memastikan misi itu tercapai.
Bagi spesies ini lebih ianya lebih cenderung menjadikan ikan jenjulung atau julung-julung sebagai diet utamanya, tetapi umpan lain juga boleh diadaptasikan seperti anak selayang segar, ikan belanak dan udang hidup juga boleh digunakan.
Namun untuk trip kali ini Mohd Nabil mempertaruhkan gewang kebanyakkannya dari model Rapala TD-7 GFR, SR-7 Pearl White, MR-7 Silver Flourescent Chartreuse SFC, SSR-7 Shad,
SR-7 Shad, Max Rap-9 Silver Blue dan MR-7 Blue dan Azlin menggunakan Rapala Shad Rap selaman dalam 9 cm, Gold Fish, Rapala Tail Dancer 9 cm, Hot Tiger, Storm Thunder Crank 7cm Clown.
Semua gewang ini menggunakan teknik selaman dalam pada jarak selaman 4 kaki dari permukaan air.
Ada dua faktor yang perlu diambil kira bagi pemilihan warna gewang iaitu ketika air jernih kebiruan maka pemancing bolehlah menggunakan gewang bewarna silver atau warna yang berkilat seakan ikan julung.
Ketika air keruh, warna terang amat sesuai digunakan seperti warna pink, merah, orange dan hijau.
Sebaiknya mata 3 perlu ditukar kepada mata tunggal, ini kerana keadaan sekitar yang banyak halangan akan menjadikan risiko gewang tersangkut menjadi tinggi.
Bayangkan seketul harga gewang puratanya berharga RM30 dan ke atas. Kalau tersangkut di reba, mau tak ‘kelat’ rasanya hati memikirkannya.
Jika menggunakan gewang lama, perhatikan split ring dan mata kailnya. Jika ada tanda berkarat, perlulah menukarnya supaya tidak berlaku kejadian ‘miss’ yang akan membuatkan rasa kecewa melanda berpanjangan berhari-hari.
Sebaiknya, sebelum memulakan misi ianya perlu diperiksa sebaik mungkin bagi menjamin kuailiti sesuatu trip itu.
Lubuk terbaik
Tekong biasanya menjadikan sepanjang alur sungai hingga ke muara yang berbakau sebagai lubuk-lubuk yang dikenal pasti berpotensi menghasilkan tangkapan.
Penulis bermurah hati untuk berkongsi beberapa panduan dan tip untuk kaki pancing menduga rumah rakit yang ada di Malaysia.
Perkara paling penting untuk kaki pancing sebelum turun memancing di rumah rakit adalah dengan membuat sedikit kajian tentang rumah rakit yang anda ingin pergi. Ini dapat membantu anda untuk mengetahui struktur, kedalaman, dan pelbagai aspek penting yang lain tentang rumah rakit tersebut.
Anda juga boleh mengkaji tentang spesies ikan yang ada di situ. Bila tahu spesies apa yang ada, anda boleh mempersiapkan kelengkapan yang bersesuaian untuk memburu ikan target. Ingat, lain ikan, lain tekniknya.
Membaca air ini mungkin agak subjektif kalau hendak kita ceritakan untuk memancing di rumah rakit. Ada rumah rakit yang sesuai untuk kita pergi ketika air besar dan ada juga yang lebih sesuai sewaktu air bani.
Tapi mengikut pengalaman penulis sendiri, antara waktu yang terbaik untuk menduga rumah rakit ialah ketika perjalanan air bani hendak ke besar ataupun ketika air besar hendak ke bani. Waktu sebegini lebih selamat kerana arusnya tidaklah begitu laju dan juga tidak begitu perlahan.
Untuk memancing di rumah rakit mudah sahaja. Tak perlulah anda menggunakan set mahal atau high end. Cukuplah set ekonomi yang tahan lasak dan diyakini mampu untuk menaikkan spesies-spesies yang ada di rumah rakit.
Untuk kekili, saiz yang biasa digunakan ialah 4000 dan ke atas. Ia kemudian dipadankan dengan mainline sama ada mono atau braided minima 20lb. Seelok-eloknya digalakkan menggunakan tali braided kerana ia lebih tahan lasak jika anda bertarung dengan ikan bersaiz besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...