SPESIES 11

Nama saintifik: Epinephelus malabaricus

Nama umum: Malabar grouper

Nama tempatan: Kerapu

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri Akhir)

Ikan kerapu merupakan ikan yang paling mudah ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun Lumpur. Ikan kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang,karang dan apa-apa struktur yang boleh dijadikan pelindungan. Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.

Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya. Selain itu penggunaan ikan selar atau kembung hidup juga mampu membuka selera ikan ini. Ikan ini juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.

 

SPESIES 12

 

Nama Saintifik: Epinephelus retouti

Nama umum: Red-tipped grouper

Nama tempatan: Kerapu bara

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri Akhir)

Ads

Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut. Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.

Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperoleh ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya. Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.

 

SPESIES 13

 

Nama Saintifik: Polydactylus macrochir

Nama umum: King Threadfin Salmon

Nama tempatan: Kurau

Ads

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri Akhir)

Ikan kurau memang dikenali dengan isinya yang lazat serta harganya yang tinggi. Harga ikan ini akan melambung sekali ganda apabila di jadikan ikan masin. Kerana itulah ikan ini menjadi buruan kaki pancing. Ikan kurau yang tinggal di kawasan lubang berlumpur amat pandai mencuri umpan ketika pemancing terleka dan jika disentap kuat, pasti kita akan kehilangan umpan. Memancing ikan ini memerlukan teknik dan kesabaran tinggi. Tidak hairanlah terdapat segelintir pemancing yang betul-betul fokus untuk menjejak ikan kurau sahaja.

Umpan: Cabuk ataupun ikan timah merupakan umpan popular untuk menjerat ikan kurau. Selain itu, umpan sotong kurita, ikan belanak hidup dan udang hidup boleh digunakan.

 

SPESIES 14

 

Nama Saintifik: Priacanthus tayenus

Nama umum: Purple spotted bigeye, 

Ads

Nama Tempatan: Lolong bara

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri Akhir)

The Priacanthidae, the bigeyes, adalah keluarga 18 spesies ikan laut. “Catalufa” adalah nama biasa bagi beberapa ahli keluarga Priacanthidae. Etimologi nama saintifik  merujuk kepada skala keluarga yang sangat kasar. Nama umum “bigeye” merujuk kepada spesies anggota ‘mata yang luar biasa besar, sesuai dengan gaya hidup mereka yang karnivor dan malam. Priacanthidae biasanya berwarna merah terang, tetapi ada yang mempunyai corak perak, coklat gelap, atau hitam. Kebanyakan spesies mencapai panjang maksimum kira-kira 30 cm (12 in), walaupun dalam beberapa spesies panjang lebih daripada 50 cm (20 in) diketahui.

Kebanyakan ahli keluarga ini berasal dari bahagian tropika dan subtropika di lautan India dan Pasifik, tetapi empat spesies (Cookeolus japonicus, Heteropriacanthus cruentatus, Priacanthus arenatus, dan Pristigenys alta) dijumpai di Atlantik. Mereka cenderung hidup berhampiran dengan gugur atau terumbu karang, walaupun sedikit diketahui mendiami perairan terbuka. Banyak spesies yang terdapat di perairan yang agak dalam, di bawah kedalaman yang dapat dicapai dengan menyelam skuba biasa. Sesetengah spesis dipetik untuk makanan.

 

SPESIES 15

 

Nama saintifik: Etelis carbunculus

Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper

Nama tempatan: Ruby Snapper

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri Akhir)

Ruby snapper merupakan spesies snapper (seperti merah, jenahak dan kakap) dan merupakan jenis ikan yang berhabitat di terumbu karang. Berbeza dengan keluarga snapper lainnya, Ruby Snapper lebih cenderung mendiami kawasan air laut dengan kedalaman 90-400 meter. Ruby Snapper memiliki morfologi gigi tajam di dalam mulut besarnya yang dijadikan senjata untuk membaham mangsa, serta didukung oleh bentuk tubuh memanjang mirip torpedo yang menjadikan Ruby salah satu perenang handal.

Umpan: Ruby snapper boleh dipancing dengan menggunakan hirisan ikan dan sotong. Ia juga boleh dipancingan dengan menggunakan umpan besi melalui teknik jigging.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI