Sepioteuthis lessoniana, yang dikenali dengan nama umum bigfin reef squid, oval squid atau green-eyed squid adalah spesies sotong lollipid yang penting secara komersil.

Di Australia dan New Zealand, bigfin reef squid ini dikenali sebagai northern calamary.

 

Koonthal dalam bahasa Malayalam, o osi kanava dalam bahasa Tamil, calmar tonnelet dalam bahasa Perancis, calamar manopla dalam bahasa Sepanyol, aori-ika dalam bahasa Jepun dan sotong mengabang atau mabang dalam bahasa Melayu.

 

Sotong mengabang ini adalah salah satu daripada tiga spesies yang diiktiraf berada di dalam genus Sepioteuthis.

Ia juga merupakan spesies yang paling meluas dalam genusnya. Sotong mengabang ini boleh ditemui di kawasan yang sederhana dan tropika di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik barat.

 

Info Spesies: Profil sotong mengabang

 

Julat asal mereka meliputi timur ke Kepulauan Hawaii, barat ke Laut Merah, utara ke Jepun, dan selatan ke Australia dan New Zealand, Asia hinggalah ke Malaysia.

 

Sotong mengabang juga merupakan sotong air panas neritik. Lazimnya mereka ditemui pada paras air sehingga 100 meter.

Namun spesies ini lebih cenderung mendekati garis pantai, berhampiran batu dan terumbu.

 

Mereka sedikit lebih aktif pada waktu malam dan akan bergerak ke perairan yang lebih dalam atau mencari perlindungan pada siang hari.

Justeru kebanyakan sotong mengabang juvenil sering dijumpai bersembunyi di bawah kayu hanyut terapung.

Ads

 

Info Spesies: Profil sotong mengabang

 

Bigfin reef squid atau sotong mengabang ini dicirikan oleh sirip bujur besar yang melebar sepanjang margin mantelnya (badan), hampir kepada satu persamaan rapat kepada sotong katak.

 

Ia dikelaskan sebagai sotong bersaiz kecil dan sederhana. Siripnya memanjang kira-kira 83 hingga 97 peratus daripada panjang mantel.

Garisan corak berwarna biru atau putih sempit boleh dilihat pada lembaran sirip ke mantel.

 

Renda atau badan sotong mengabang berbentuk silinder, meretas ke kon yang tumpul di bahagian posterior.

Purata panjang sotong mengabang jantan biasanya 4 hingga 33 cm dan 3.8 hingga 25.6 cm bagi sotong mengabang betina.

Namun kedua-dua jantina sotong ini boleh mencapai panjang mantel maksimum sehingga 38 cm.

Ads

 

Info Spesies: Profil sotong mengabang

 

Purata berat bagi sotong jantan dewasa 403.5 gm hingga 1.415 gm, manakala betina dewasa adalah 165 gm hingga 1,046 gm.

Namun berat maksimum bagi spesies ini tidak pernah didokumentasikan.

 

Mata besar berwarna hijau sotong ini dilindungi sepenuhnya oleh kornea sekunder yang telus.

Sotong ini juga dibekalkan dengan lapan lengan (tentakel) tebal yang tidak sama panjang. Dan kesemuanya mempunyai dua baris penyedut.

 

Mereka juga mempamerkan paparan perkahwinan yang rumit dan biasanya bertelur pada bulan Mei, tetapi ia boleh berbeza-beza mengikut lokasi.

 

Ads

Bigfin reef squid turut berkait rapat dengan Caribbean reef squid yang terkenal kerana interaksi sosialnya yang kompleks.

Sotong-sotong juvenil lazimnya membentuk kawanan namun tidak berenang secara selari kerana mereka juga bersifat kanibal yang mana sotong yang lebih besar akan mengancam spesies yang lebih muda.

 

Info Spesies: Profil sotong mengabang

 

Walau bagaimana pun diet utama sotong mengabang terdiri daripada krustasea dan ikan-ikan kecil.

Seperkara yang menarik tentang sotong mengabang adalah keupayaan tumbesarannya yang pantas.

 

Ia mempunyai kadar pertumbuhan rekod terpantas berbanding haiwan Invertebrata laut yang besar dengan mencapai berat 600 gm dalam masa empat bulan sahaja.

Namun sotong mengabang adalah spesies jangka haya pendek, dengan umur maksimum yang direkodkan sehingga 315 hari.

 

Scientific classification
Kingdom:Animalia
Phylum:Mollusca
Class:Cephalopoda
Order:Teuthida
Family:Loliginidae
Genus:Sepioteuthis
Species:S. lessoniana
Binomial name
Sepioteuthis lessoniana

 

 

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI