Belangkas atau nama saintifiknya Tachypleus gigas, merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan air payau.

Bentuk badannya yang bercengkerang dan dilihat seakan-akan kereta kebal mini yang berwarna kehijauan.

 

Kebiasaannya, bagi nelayan di Malaysia, belangkas amat mudah ditangkap menggunakan jaring atau pukat yang dipasang memanjang di pesisiran pantai berpasir.

Apabila air mulai bergerak pasang, belangkas akan bergerak ke pesisir pantai dan dari situlah ia akan terperangkap di jaring yang dipasang merentasi pantai.

 

Tahukah anda, belangkas juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Caranya dengan memerhatikan kelompok buih di atas air (sepanjang gigi air).

Dengan cara ini, Ia memerlukan daya penglihatan yang tajam untuk menangkap spesies ini.

 

IKLAN

Kebiasaannya, belangkas akan diperolehi sepasang, iaitu jantan dan betina. Kebanyakan penangkap belangkas, hanya akan mengambil belangkas betina manakala jantan akan dilepaskan.

Ia disebabkan betina bersaiz lebih besar, lebih banyak isi dan mengandungi telur.

 

Untuk menyiang belangkas ia memerlukan ketelitian kerana anda perlu membuang saluran najis hingga ke kantung perutnya yang berada di tengah-tengah anggota kakinya hingga ke dubur iaitu pangkal ekor tajamnya.

 

Ini kerana, bahagian tersebut mengandungi sejenis toksin yang boleh membuat pemakannya berasa mabuk dan pening kepala.

Untuk resipi, belangkas boleh dimasak asam pedas kering atau masak lemak cili api (salai terlebih dahulu).

IKLAN

Rasa isinya memang manis seperti isi ketam dan telurnya yang banyak dan rasanya seakan kuning telur asin yang menyelerakan.

 

Selain dijadikan masakan, belangkas juga amat popular di kalangan kaki pancing laut mahupun kolam kerana keupayaannya dijadikan umpan yang berkesan untuk memikat ikan.

Untuk pancingan laut, biasanya, pemancing akan menggunakan telur belangkas dan dikepal bersama mata kail untuk menjerat pelbagai jenis ikan.

 

Ia memang terbukti mampu menjinakkan spesies bersengat seperti sembilang, belukang dan duri.

IKLAN

Manakala untuk air tawar, belangkas dijadikan minyak belangkas yang dicampur bersama dedak atau pallet untuk menjerat rohu, patin, jelawat dan lampam.

 

Info spesies – Profil ringkas belangkas!!

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI