Di Malaysia terdapat dua jenis spesies ikan lampam yang popular. Selain lampam sungai, satu spesies lampam yang popular ialah lampam jawa.
Kedua-dua spesies ini datang daripada genus yang sama iaitu Barbonymus.
Perbezaan paling ketara bagi spesies ini terdapat pada nama umumnya. Sebagaimana namanya lampam jawa, spesies ini merupakan ikan pendatang dari Indonesia yang dibawa
masuk ke Malaysia atas tujuan akuakultur. Sementara lampam sungai pula merupakan ikan natif atau ikan tempatan.
Jika spesies bagi lampam sungai Barbonymus schwanenfeldii, nama saintifik bagi lampam jawa ialah Barbonymus gonianotus.
Jika lampam sungai dikenali sebagai tinfoil barb, lampam jawa pula dikenali dengan nama silver barb.
TAKSONOMI LAMPAM SUNGAI
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Barbonymus
Species: Barbonymus schwanenfeldii
Nama lain: Lampam, Lampam sungai, Tinfoil barb
TAKSONOMI LAMPAM JAWA
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Barbonymus
Species: Barbonymus gonianotus
Nama lain: Lampam, Lampam jawa, silver barb
Nama silver barb sepadan dengan morfologi luaran bagi lampam jawa yang mempunyai warna perak hampir keseluruhan badannya.
Lampam jawa mempunyai bentuk badan yang lebih mampat berbanding lampam sungai yang kelihatan lebih lebar.
Selain itu lampam jawa mampu membesar sehingga 45 cm panjang. Dalam kebanyakan kes, ikan lampam jawa bersaiz kasar (melebehi 1 kg) lebih mudah ditemui berbanding lampam sungai.
Barbel pada bahagian mulut lampam jawa lebihpendek berbanding lampam sungai. Selain itu, bentuk kepala lampam jawa lebih kecil dan runcing berbanding lampam sungai.
Sirip lampam jawa pula berwarna perak atau kelabu dengan terdapat kehadiran warna merah pada hujung siripnya.
Ini berbeza dengan lampam sungai yang mempunyai warna sirip merah dengan kehadiran margin hitam yang jelas.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan