Info spesies: Perbezaan belida, belida bintik & selat @c

Share

 

Terdapat beberapa perbezaan ketara antara ikan belida, belida bintik dan selat yang mana ketiga-tiga spesies ini boleh ditemui di perairan Malaysia.

Sebenarnya, tidaklah sukar untuk membezakan bagi ketiga-tiga dalam genus Notopterus ini.

 

Belida

 

Sebagaimana yang telah diketahui belida atau nama umumnya featherback atau giant featherback merupakan ikan air tawar dengan nama saintifiknya Notopterus lopis

.

Ia telah banyak dijelas dalam slot Info Spesies sebelum ini.

 

Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Osteoglossiformes
Family:
Notopteridae
Genus:
Chitala
Species:
C. lopis
Binomial name
Chitala lopis
Bleeker, 1851

 

 

Belida bintik

Berbeza dengan belida bintik, spesies yang hampir sama dengan ikan belida ini mempunyai tompokan atau bintik (spotted) hitam pada badannya sementara belida mempunyai warna perak keseluruhan badannya.

 

Nama saintifik bagi belida bintik ialah Notopterus chitala yang juga dikenali sebagai spotted featherback.

Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Osteoglossiformes
Family:
Notopteridae
Genus:
Notopterus
Species:
N. chitala
Binomial name
Notopterus chitala

 

 

Ikan selat

Lain pula halnya dengan ikan selat. Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya.

Nama binomial ikan selat pula ialah

Notopterus notopterus.

 

Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Osteoglossiformes
Family:
Notopteridae
Genus:
Notopterus
Lacépède, 1800
Species:
N. notopterus
Binomial name
Notopterus notopterus
(Pallas, 1769)

 

Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies ini boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini.

Begitu pun, kesemua spesies ini datang daripada keluarga yang sama iaitu Notopteridae.

 

 

Published by
Amang