Info Spesies – Kenali Udang Lipan @ Ketak

Share

 

Udang lipan, udang mentadak, udang ketak atau apa saja panggilannya adalah krustasia laut.

Ada pendapat pakar kajian mengatakan udang lipan bukanlah udang mahupun lipan sebaliknya diberi nama menurut bentuk fizikal yang hampir menyamai kedua-dua haiwan tersebut.

 

Walau bagaimana pun udang lipan adalah sejenis udang laut yang diperdagangkan secara meluas.

Hanya ia kurang difahami berikutan terdapat terlalu banyak spesies udang lipan dan kebanyakkannya menghabiskan hayatnya dalam lubang-lubang di dasar laut.

Apa yang pasti, udang lipan dikenali berikutan beberapa keistimewaan sifatnya.

 

Pertamanya, udang lipan memiliki sepasang anggota yang berdaya hentaman tinggi. Kekuatannya dikatakan berupaya untuk memecahkan cermin kaca akuarium.

Udang lipan secara morfologi mempunyai garis hitam pada bahagian belakang antara antena dan somalia mata, antenula yang menghasilkan zat warna hitam berpusat pada bahagian tepi anterior, celah antara torasik somit, dan garis tepi antara anterior dan posterior pada karapas.

 

Keunikan lain dari udang ini mempunyai dua mata yang berputar 360 darjah berfungsi sebagai radar.

Kebiasaan udang ini bersembunyi dan berdiam diri di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya.

Udang lipan termasuk salah satu hewan karnivor yang boleh membunuh ikan dengan ukuran lima kali lebih besar dari badannya.

 

Dalam dunia memancing, udang lipan merupakan umpan yang sangat berharga bagi memancing di lautan.

Terutamanya bagi memburu spesies demersal bernilai tinggi seperti jenahak dan kerapu.

 

 

Taksonomi

 

Nama saintifik: Harpiosquilla raphidea
Nama Inggeris: Silver Mantis Shrimp
Nama tempatan: Udang lipan, udang mentadak
Nama Hokkien: Heh korr

Published by
Amang