Udang lipan, udang mentadak, udang ketak atau apa saja panggilannya adalah krustasia laut.
Ada pendapat pakar kajian mengatakan udang lipan bukanlah udang mahupun lipan sebaliknya diberi nama menurut bentuk fizikal yang hampir menyamai kedua-dua haiwan tersebut.
Walau bagaimana pun udang lipan adalah sejenis udang laut yang diperdagangkan secara meluas.
Hanya ia kurang difahami berikutan terdapat terlalu banyak spesies udang lipan dan kebanyakkannya menghabiskan hayatnya dalam lubang-lubang di dasar laut.
Apa yang pasti, udang lipan dikenali berikutan beberapa keistimewaan sifatnya.
Ads
Pertamanya, udang lipan memiliki sepasang anggota yang berdaya hentaman tinggi. Kekuatannya dikatakan berupaya untuk memecahkan cermin kaca akuarium.
Udang lipan secara morfologi mempunyai garis hitam pada bahagian belakang antara antena dan somalia mata, antenula yang menghasilkan zat warna hitam berpusat pada bahagian tepi anterior, celah antara torasik somit, dan garis tepi antara anterior dan posterior pada karapas.
Keunikan lain dari udang ini mempunyai dua mata yang berputar 360 darjah berfungsi sebagai radar.
Ads
Kebiasaan udang ini bersembunyi dan berdiam diri di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya.
Udang lipan termasuk salah satu hewan karnivor yang boleh membunuh ikan dengan ukuran lima kali lebih besar dari badannya.
Dalam dunia memancing, udang lipan merupakan umpan yang sangat berharga bagi memancing di lautan.
Ads
Terutamanya bagi memburu spesies demersal bernilai tinggi seperti jenahak dan kerapu.
Taksonomi
Nama saintifik: Harpiosquilla raphidea Nama Inggeris: Silver Mantis Shrimp Nama tempatan: Udang lipan, udang mentadak Nama Hokkien: Heh korr
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Binomial name: Macrobrachium rosenbergii (De Man, 1879)
Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang dan beruas. Udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain.
Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan bagi mengenal pasti spesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies. Udang galah (Macrobrachium rosenbergii) dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau.
Habitat udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat larva, ataupun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan penting dalam populasi udang galah. Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran sungai walaupun populasinya sedikit.
Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.
Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai.
Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.
Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan.
Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang.
Mata kumpulan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran. Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan.
Deria penglihatan ini memudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.
Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai. Antenular yang berbentuk sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.
Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor. Namun, kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak mengikut pasangan dan memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga merupakan krustasea yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan cahaya matahari.
Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di dasar sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik.
Ketam nipah yang kenali dengan nama umum mud crab atau mangrove crab, dengan nama saintifiknya Scylla serrata adalah sejenis haiwan dari jenis krustasea. Sebagai haiwan dari jenis krustasea, ketam nipah juga memiliki cengkerang sebagaimana hidupan lain yang bercangkerang seperti udang.
Selain dikenali sebagai ketam nipah, spesies yang tergolong dalam famili Portunidae ini juga dikenali sebagai ketam bakau. Di sesetengah tempat ia turut dipanggil sebagai ketam lumpur dan ketam bangkang. Mungkin disebabkan oleh sifatnya yang kuat melawan maka ia digelar sedemikian.
Pelbagai spesies ketam nipah iaitu Scylla sp dijumpai meluas di kawasan hutan bakau di mana habitatnya meliputi kawasan berlumpur zon pasang surut. Ianya merangkum sebahagian kecil perikanan di persisiran pantai.
Ketam nipah dari spesis Scylla serrata adalah jenis yang dianggap sesuai diternak disebabkan isinya yang padat, sedap dan rasa yang enak. Ketam jenis ini adalah spesies yang penting dan mempunyai permintaan yang meluas di seluruh negara Indo-Pasifik.
Harga ketam nipah adalah tinggi bergantung kepada saiznya, sebagai contohnya ketam nipah yang ada telur berharga antara RM30-RM50 seekor. Di Malaysia, industri ketam nipah dijalankan secara kecil-kecilan oleh kaum nelayan.
Secara ekologinya, kitar hidup ketam nipah bermula di kawasan paya hutan bakau dan ketika ketam nipah hendak bertelur, ianya akan berenang ke laut dan melepaskan seluruh telurnya. Induk ketam yang sihat boleh menghasilkan 3 juta telur.
Apabila telur menetas, peringkat anak larva iaitu zoea akan mengambil masa 30 hari menjadi anak ketam dan kembali ke habitat asalnya iaitu di kawasan paya hutan bakau.
Di Malaysia, ternakan ketam nipah bermula dengan ternakan anak ketam nipah yang ditangkap di kawasan paya bakau dan di pelihara sehingga membesar ke saiz yang sesuai untuk dijual. Penangkapan anak ketam nipah secara berleluasa akan mengakibatkan populasi ketam nipah berkurangan.
Oleh yang demikian, Pusat Kajian Samudera dan Pantai sedang menjalani kajian penghasilan benih ketam nipah sebagai usaha menjamin bekalan anak ketam dapat menampung untuk keperluan industri ternakan ketam nipah di masa akan datang. Di samping itu, populasi ketam nipah di kawasan asalnya terpelihara dan tidak pupus di masa akan datang.
Udang kara adalah keluarga (Nephropidae juga Homaridae) besar krustasea laut.Udang kara memiliki tubuh panjang dengan ekor berotot, hidup di celah-celah atau lubang di dasar laut. Tiga dari lima pasang kaki mereka memiliki sepit, termasuk pasangan pertama, yang biasanya jauh lebih besar dari yang lain.
Udang kara sangat bernilai sebagai makanan laut, penting dari aspek ekonomi, dan merupakan salah satu komoditi paling menguntungkan di daerah persisir yang mereka huni.
Spesies yang penting secara komersial termasuk dua spesies Homarus dari Lautan Atlantik utara, dan Scampi (yang lebih mirip udang, atau udang kara mini).
Udang kara adalah invertebrata dengan kerangka luar yang keras. Seperti kebanyakan arthropoda, udang kara harus bersalin kulit untuk tumbuh, yang membuat mereka terdedah kepada bahaya.
Selama proses moulting (bersalin kulit), beberapa spesies berubah warna. Udang kara memiliki 8 kaki berjalan; tiga pasang hadapan memiliki cakar, yang pertama lebih besar dari yang lain.
Sepit hadapan juga secara biologis dianggap sebagai kaki, sehingga mereka termasuk dalam Order Decapods (sepuluh kaki). Meskipun udang kara sebahagian besar semitrikal secara bilateral seperti kebanyakan arthropoda lainnya, beberapa genus memiliki penyepit khusus yang tidak setara.
Anatomi udang kara meliputi dua bahagian tubuh utama: cephalothorax dan abdomen. Cephalothorax menggabungkan kepala dan thorax, yang keduanya ditutupi oleh karapas chitinous.
Kepala udang kara terdiri dari antena, rahang bawah, maksila pertama dan kedua. Kepala juga menyandang mata majmuk.
Berikutan udang kara hidup di lingkungan keruh di dasar lautan, mereka kebanyakan menggunakan antena sebagai sensor.
Mata udang kara memiliki struktur reflektif di atas retina cembung. Sebaliknya, mata yang paling kompleks menggunakan konsentrator sinar bias (lensa) dan retina cekung.
Thorax udang kara terdiri dari maxillipeds, pelengkap yang berfungsi terutama sebagai bahagian mulut, dan pereiopoda, pelengkap yang berfungsi untuk berjalan dan mengumpulkan makanan.
Abdomen termasuk pleopoda (juga dikenal sebagai perenang), digunakan untuk berenang serta kipas ekor, terdiri dari uropoda dan telson.
Udang kara, seperti sesiput dan lelabah, memiliki darah biru karena adanya hemocyanin, yang mengandungi tembaga.
Sebaliknya, vertebrata dan banyak haiwan lain memiliki darah merah dari hemoglobin yang kaya zat besi.
Udang kara memiliki hepatopankreas hijau, yang disebut tomalley oleh para chef, yang berfungsi sebagai hati dan pankreas haiwan.
Udang kara dari keluarga Nephropidae serupa dalam bentuk keseluruhan dengan sejumlah kelompok terkait dengan yang lain.
Mereka berbeza dari udang kara air tawar dalam kekurangan sambungan antara dua segmen terakhir thorax, dan mereka berbeda dari udang kara karang keluarga Enoplometopidae dalam memiliki penyepit penuh pada tiga pasang kaki pertama, bukan hanya satu.
Perbezaan dari keluarga fosil seperti Chilenophoberidae didasarkan pada pola alur pada karapas.
Udang kara hidup di semua lautan, di dasar berbatu, berpasir, atau berlumpur dari garis pantai ke luar batas landas kontinen.
Mereka umumnya hidup sendiri di celah-celah atau di liang di bawah batu. Udang kara adalah omnivora dan biasanya memakan mangsa hidup seperti ikan, moluska, krustasea lain, cacing, dan beberapa tanaman.
Mereka memakan bangkai jika terdesak, dan diketahui juga bersifat kanibalisme di dalam kurungan. Namun, ketika kulit udang kara ditemukan di dalam perut udang kara, ini belum tentu merupakan bukti kanibalisme kerana udang kara memakan kulitnya setelah moulting.
Sementara kanibalisme dianggap tidak ada di antara populasi udang kara liar, itu diamati pada 2012 oleh para peneliti yang mempelajari udang kara liar di Maine.
Secara umum, udang kara memiliki panjang 25-50 cm (10-20 inci, dan bergerak dengan perlahan berjalan di dasar laut.
Namun, ketika mereka melarikan diri, mereka berenang mundur dengan cepat dengan menekuk dan meluruskan perut mereka. Kepantasan 5m/s (11mph) telah dirakam. Ini dikenali sebagai reaksi pelarian karidoid.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...