Rasanya semua pemancing sedia maklum bahawa semua jenis ikan tilapia bukanlah ikan asal negara kita.
Ikan tilapia (Oreochromis spp) adalah nama umum sejenis ikan yang popular dari keluarga cichlid dari puak biologi Tilapiine cichlid.
Tilapia boleh ditemui di kawasan air tawar dan juga sedikit di kawasan air payau.
Terdapat lebih dari 100 spesis ikan tilapia di seluruh dunia yang mendudukki kawasan sungai, tasik, kolam dan kawasan takungan air.
Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus.
Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia.
Di Malaysia ikan tilapia merupakan salah satu jenis ikan yang di ternak dan dijual secara komersil terutama dikawasan penternakan ikan dalam kolam ikan air tawar.
Daripada 8 Genus Ikan Tilapia hanya 3 Genus yang paling banyak diternak dan dikenali serta mempunyai nilai komersial iaitu Genus Oreochromis, Genus Sorotherodon dan Genus Tilapia.
Genus Oreochromis sahaja mempunyai 30 spesis seperti Tilapia Hitam, Tilapia Biru, Tilapia Sirip Panjang, Tilapia Mozambique, Tilapia Nil, Tilapia Rufigi dan Tilapia Wami.
Antara genus Tilapia Sarotherodon (lebih 10 spesies) adalah seperti Tilapia Mangga, Tilapia Senegal dan Tilapia Dagu Hitam.
Genus Tilapia pula mempunyai lebih 40 spesis seperti Tilapia Berintik, Tilapia Zebra, Tilapia Dada Merah dan banyak jenis lagi.
Ikan tilapia berasal dari negara Afrika dan diperkenalkan ke Indonesia sebelum ia mula berhijrah secara rasmi ke negara kita semenjak tahun 1940-an lagi sebagai sumber protein dan memacu ekononomi industri peternakan ikan.
Ia kemudian terus berkembang biak memasuki negara-negara beriklim tropika dan keupayaan mendiami perairan air masih melebihi air tawar.
Ia mempunyai kadar tumbesaran yang cepat sehingga 1.16 gm/hari, mudah dan cepat membiak, berketahanan melawan penyakit, bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran serta mempunyai nilai pasaran yang baik.
Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 70 spesies tilapia yang direkodkan di nagara kita.
Ternakan tilapia bermula dengan membawa masuk spesies Oreochromis mossambicus (Mozambique tilapia – tilapia hitam gelap), diikuti Oreochromis niloticus (Nile tilapia – tilapia hitam kehijauan).
Sementara tilapia merah pula adalah hasil dari kacukan T. mosambicus betina dan T. niloticus jantan pada tahun 1970-an lalu yang diusahakan oleh para penyelidik.
Secara amnya,tilapia mempunyai bentuk badan yang lebar dan sisi badan yang mampat. Badannya diselaputi sisik cycloid yang agak sukar dicungkil.
Sirip dorsal, pelvic dan anal mempunyai ruji kasar dan lembut, manakala sirip pectoral dan kaudal hanya mempunyai ruji yang lembut.
Sirip kaudal berbentuk bulat.Ikan tilapia adalah spesies yang mempunyai mulut pertengahan (terminal), sesuai dengan tabiat pemakanan ika ini iaitu dalam kumpulan omnivor.
Secara amnya juga, terdapat hampir 80 spesies tilapia yang telah dikenal pasti spesiesnya. Daripada jumlah tersebut, 10 spesies telah diternak secara komersial sebagai sumber makanan (Schoenen, 1982; Pullin, 1983). Antaranya ialah seperti berikut:
I. Oreochromis niloticus
II.Oreochromis mossambicus
III.Oreochromis aureus
IV. Oreochromis urolepis-hornorum
V. Oreochromis andersoni
VI. Oreochromis macrochir
VII. Oreochromis spilurus
VIII.Tilapia zilli
IX.Tilapia rendalli
X.Sarotherodon galilaeus
Taksonomi
Alam : Animalia
Filum : Chordata
Subfilum : Vertebrata
Superkelas : Osteichthyes
Kelas : Actinopterygii
Subkelas : Neopterygii
Infra kelas : Teleostei
Superorder : Acanthopterygii
Order : Perciformes
Suborder : Lebroidei
Family : Cichlidae
Genus : Oreochromis
Spesies : Oerochromis spp