Barracuda adalah nama umum untuk ahli keluarga Sphyraenidae dan spesies tunggal dalam genus Sphyraena.
Di negara kita spesies barracuda ini lebih dikenali dengan nama atau panggilan tempatan alu-alu, kacang-kacang, tenuk dan lain-lain.
Ia merupakan ikan yang agak popular atas sebab yang tersendiri.
Walaupun genus tunggal namun ia terdapat 29 spesies di serata dunia dan 7 spesies di temui di perairan negara kita. Taburan barracuda amat meluas.
Mereka boleh ditemui di bahagian tropika dan sub-tropika, di lautan Atlantik, India dan Pasifik.
Kebanyakan spesies dari genus Sphyraena ini mendiami perairan pantai cetek seperti teluk, estuari, atau sekitar terumbu karang, dan juga di permukaan lautan terbuka atau perairan kedalaman sehingga 100 meter atau lebih.
Barracuda dikenali dengan saiznya yang besar (sehingga kira-kira 2 meter panjang) dan penampilan menakutkan dan gigi besar yang tajam.
Barracuda boleh dikenali memiliki badan mereka yang panjang seperti torpedo, kepala panjang dan runcing, dua sirip dorsal pendek yang luas dan gigi besar, tajam, rata atau kerucut yang tidak sama rata pada rahang dan palatin.
Barracudas adalah ikan karnivor yang biasanya makan pada ikan lain. Mereka mungkin menyerang manusia apabila diprovokasi. Spesies juvenil lazimnya hidup dalam kumpulan kecil atau besar, tetapi apabila dewasa ada yang bersendirian.
Ikan barracuda adalah salah satu predator yang paling sengit di perairan tropika. Mereka akan melingkari ikan-ikan kecil hingga ikan-ikan kecil tersebut membentuk sebuah
kelompok dan membuat ikan-ikan kecil tersebut ketakutan, pada saat yang bersamaan ikan barakuda akan menyelam ke dalam gerombolan ikan-ikan kecil lalu akan memangsa ikan-ikan kecil tersebut yang sedang berada dalam ketakutan.
Dari aspek morfologi, badan ikan alu-alu ini dilitupi sisik-sisik yang halus (sisik ctenoid). Mulut berbentuk superior dan kebanyakan memiliki ekor berbentuk pendayung.
Barracuda juga tidak memiliki sirip adipose iaitu sirip kecil antara bahagian sirip dorsal dan ekor.
Ikan barakuda biasa ditemukan di permukaan atau dekat permukaan air. Namun turut turun hingga dasar untuk memburu makanan.
Barracuda termasuk jenis ikan pelagik yang menjadikan ikan-ikan kecil, udang, sotong sebagai diet utama.
Taksonomi
Species:
(sumber spesies: Wikipedia)