Info Spesies : Kenali Seluang Bada!!

Share

 

Seluang merupakan ikan air tawar yang memiliki ukuran tubuh kecil antara 5-17 cm. Ikan ini termasuk dalam keluarga Cyprinidae dan salah satu genus Rasbora.

Sebagaimana yang telah dinyatakan terdapat puluhan spesies seluang dalam genus Rasbora dan salah satunya ialah seluang bada atau nama umumnya slender rasbora.

 

Slender rasbora membawa nama saintifik Rasbora daniconius, boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Borneo mahupun di Indonesia.

 

Ikan Seluang boleh hidup sekitar 3-6 tahun dan taburannya banyak ditemui di parit-parit ataupun sungai-sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara.

Antara ciri-ciri ikan seluang ialah, berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ianya memiliki warna putih keperakan.

 

Apabila ianya dewasa di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan.

Seluang adalah bersifat omnivor iaitu pemakan segala jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krustesia kecil, lumut dan bermacam lagi.

 

Ikan Seluang Bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan Seluang Bada merupakan ikan air tawar yang mendiami

kawasan air bertakung seperti rawa-rawa, tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.

 

Ikan seluang bada biasanya bergerak dalam kumpulan. Ikan Seluang bada merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik. Ikan Seluang bada mampu hidup dalam air pada paras pH7.

 

Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan dapat membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

 

Ikan-ikan seluang adalah di antara yang paling popular sebagai ikan akuarium. Penampilan rapi mereka, sering kali warna cerah dan menawan.

Banyak spesies yang popular seperti Harlequin Rasboras) telah diternak dan merupakan spesies penting dari aspek perdagangan ikan hiasan.

 

Published by
Amang